Tuesday, May 13, 2014

Kenapa Facebook Menarik (^_^)

Salam, hye!

Sape ada facebook, angkat siku. Bahaha!



Facebook aku tafsirkan sebagai salah satu identiti diri yang wajib ada pada setiap individu di zaman cyber ni. Kau takde facebook, sila pegi lapor balai polis. Haha. Kidding. Itu perumpamaan. Macam bila kita takde IC - rasa macam tak lengkap diri sendiri
- rasa macam kau pendatang haram
- rasa macam kau alien dari planet Zuhal
- kau try to be different. LOL.

Pendekata, kalau kau takde facebook, orang lain rasa macam nak cakap, "Eh, peliknya engkau ni?" Sampai macam tu sekali pengaruh facebook dalam hidup manusia sekarang.

Ok, entry aku kali ni bukan nak judge --> 'kau takde facebook maka kau kuno, kau ada facebook kau manusia up to date'.
Atau aku bukan nak judge --> 'kau ada facebook maka kau si pembazir masa, kau takde facebook maka kau seorang yang bagus.'

Bukan.....bukan itu tujuan aku.

Aku cuma nak utara kan kenapa aku suka buka facebook. Apa aku dapat dari facebook. Apa aku belajar dari facebook. Ada orang cakap, sebab facebook, orang boleh bergaduh, bercerai atau mungkin sampai tahap berbunuhan. That's the negative side. 

Bagi aku, kalau kita nak buat sesuatu perkara tu, kita kena buat dengan cara yang baik. Sedaya upaya, cubalah avoid dari melakukan sesuatu perkara itu dengan cara yang salah. Kau nak minum, kau minum lah guna cawan dan pakai tangan. Jangan minum dengan baldi dan guna kaki. Kau nak makan, kau makanlah dengan tangan kanan dan duduk dengan elok. Jangan kau makan dengan tangan kiri sambil kau tido. Macam tu lah perumpamaannye. Haa, giteww....suka sangat bagi perumpamaan sejak dua menjak ni. Ekekek....!

Macam tu lah jugak dengan facebook. Aku rasa, tujuan asal Mark Zuckerberq cipta facebook ni adalah dengan tujuan agar setiap orang yang menggunakannya menjadikan facebook sebagai ruang untuk bersosial. Berkenalan mencari kawan. Atau dijadikan medium mencari sahabat-sahabat yang telah lama terpisah. Tapi sayangnya, semakin bijak manusia, semakin serong jalannya. Facebook dijadikan tempat bergaduh, menggatal, mencari mangsa untuk ditipu, diculik, dibunuh, dijadikan tempat untuk stalker org lain, tempat bergossip, tempat meluahkan perasaan yang negatif dan macam-macam lagi perkara salah. 

Kenapa aku suka buka facebook? Orang lain punya pendapat, aku tak tau lah kan. 

1. Status.
Ye, column status. Suka baca semua status orang. Kat situ aku boleh tapis dan nilai sikap yang macamana aku nak jadikan contoh atau sikap mana yang aku perlu jauhi. Sekalipun orang tu just tulis 'Hmmmmm.....' dalam status dia. Aku suka baca. Sebab kat situ, aku akan berfikir, kenapa dia tulis macam tu. Mungkin dia boring, mungkin dia sedang berfikir tapi tak mau cerita, mungkin dia ada masalah tapi tak mau beritahu. Apetah lagi orang yang terang-terangan tulis apa yang ada dalam fikiran dia. Secara normalnya, kalau boleh kita nak semua orang tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran kita. Ye tak?

2. Komen.
Komen ni salah satu part interesting yang menarik untuk dibaca. Daripada cara orang jawab komen, kita bley tau sama ada dia ambil pusing atau tidak dengan status yang member dia taip. Dia amik pusing dengan apa yang ada dalam fikiran member dia. Kalau dia bersungguh komen, means that status member tu menarik perhatian dia. Sekalipun komen dia tu komen yang negatif. Kadang-kadang aku suka bila orang yang bg komen tu, bukan setakat bagi komen biasa. Tapi dia buat lawak jugak. Ada lawak yang memang sangat lawak, lawak bodoh, lawak menyakitkan hati atau lawak poyo.Haha! Comel-comel....

3. Gambar.
Aku suka tengok gambar. Daripada gambar aku boleh tau, betapa happy nya life member tersebut. How crazy dia bergambar. Betapa sportingnya hidup dia, family dia, kawan-kawan dia. Betapa comel dan agresifnya dia ber'selfie'. Betapa jauhnya dia travel. Betapa gigihnya dia simpan duit untuk sampai ke situ. Betapa obsesnya dia dengan sesuatu. Sebagai contoh, aku sendiri sekarang sangat obses letak gambar anak. Bagi aku, facebook adalah antara device yang boleh dijadikan sebagai album kenangan untuk gambar-gambar yang suatu hari nanti pasti akan ada yang mencarinya semula. Kadang-kadang kalau simpan dalam album, mungkin boleh hilang, mungkin boleh rosak. 

4. Luahan Perasaan
Semua orang tau facebook juga adalah tempat untuk luahan perasaan. Macam-macam jenis luahan perasaan kita boleh tengok.

Berdoa ~ Aku suka baca. Dia nak semua orang tau, apa yang dia hajati. Apa yang dia sedang cuba usaha mintak dengan Tuhan. Bagi aku la kan, dari sudut positif, bukan bermakna dia nak mintak dengan Mark Zuckerberq supaya tunaikan hajat dia, tapi tujuan dia agar kawan-kawan dia pon mendoakan perkara yang sama untuk dia. Kalau dihujung ayat dia tulis perkataan 'amin', kalau 40 orang baca dan meng'amin'kan doa dia, mudah-mudahan hajat yang baik, Tuhan akan kabulkan. Who knows? Tuhan boleh baca hati setiap orang kan?

Memaki ~ Yang ni pun aku suka tengok. Hari ni pung pang pung pang dia maki orang. Biasanya dia tak mention nama lah. Dengan harapan orang berkenaan akan terasa. Atau yang kamikaze tu, dia tagged jer terus manusia tu. Hehe...so, aku tau. Hari ni individu tu sedang marah. Sampai tak terbendung kemarahan dia dan terpaksa dia lepaskan dalam tulisan. Tulisan yang orang lain boleh baca. Kalau tulis dalam diari, orang tak boleh baca. Mungkin dengan cara tu hati dia puas. Lesson learn untuk aku, kawal perasaan itu penting. Sebab kita tak tau apa yang orang lain fikirkan tentang kita melalui kemarahan tersebut. Dan banyak cara positif lain untuk kita lepaskan kemarahan. 

Berdakwah ~ Yang ini pon bagus. By posting status-status berbaur hadis dan ayat nasihat, ia akan bagi manfaat pada orang lain. Aku tak anggap dia sebagai ustaz atau ustazah. Sebaliknya aku anggap dia cuba berdakwah dengan cara millenium. Mungkin dia tak layak untuk bagi kuliyah kat surau atau masjid, tapi dia nakkan pahala menyebarkan kebaikan tu. Jadi, by posting sesuatu yang berbaur keagamaan atau nasihat, bagi aku itu tak salah. 

Putus cinta/terjalinnya ikatan ~ To tell the world, 'Hello, saya telah kembali single, jadi silalah isi borang.' Hahaha! Atau 'Hey! Saya telah berpunya, jadi jangan sibuk nak chat personal dengan saya atas tujuan mengorat.' Hehe...take it as positive jelah kan. Tapi kalau boleh yang putus cinta tu janganlah sampai menjatuhkan air muka sendiri dengan status2 yang teramat sedih. Yang hangat bercinta tu kalau boleh jangan sampai orang meluat nak baca. Kalau retiss tu ok la. Dia mmg ada peminat. Hihi...

Saya Saja Yang Betul ~ Haa, orang macam ni pon aku suka perhatikan. Setiap post dia, semua nak kondem orang. Itu salah, ini salah. Kau ajelah yang betulnye. Sedangkan kalau siapa yang kenal life dia, tunggang terbalik jugak nampaknya. 

5. Bisness Online
This is sooo good. Meluaskan mata pencarian dengan bijak. Sekalipun dia cuma duduk di depan komputer. Bagi aku orang-orang macam ni bagus dan aku suka tengok. Bagi manfaat kat aku jugak sebab kalau barang dia bagus, aku boleh beli. Ahaha! Tapi yang tak bagusnya bila dia paksa kita masuk, beli atau join bisnes dia. Bila kita tak mau join, dia kata kita ni golongan tak mahu kemajuan. Kau ni dah kenapa?

So,kesimpulannya aku anggap facebook ni sebagai medium sosial yang positif...kalau kita pikir negatif, maka negatif la jadinya. Tapi husband aku kata, facebook ni memusnahkan hidup dan membuang masa, oleh itu dia telah deactivate akaun dia secara rasmi. Hehe...susah orang workaholic ni. Dalam kepala dia fikir kerja...kerja...kerja...bola. Eh? Bola? Yelah....Balik rumah, kalau tak mengadap anak, dia tengok bola la. Berebut remote TV dengan aku. Ni World Cup dah nak start ni. Habis lah makkk, nyahhh...kem salam la makk nak tengok drama, nyahh oii....Huhuhu~

Psstt...takpelah sayang, daripada awak gilakan perempuan lain, biarlah awak gila bola. Saya sanggup tak tengok drama. Giteewww.....Hahahaha!






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...