Friday, January 16, 2015

DIY: 3D Felt Idea. (^_^)

Hye. Selamat tengah malam. (^_^)

Takde rasa nak tido lagi. Dan tiba-tiba rasa macam blog ni makin bersawang. Jadi marilah kita update se entry dua sebelum tido.

Minggu lepas dan beberapa minggu lepas, aku berkesempatan lagi nak buat 2-3 DIY items. Itupun waktu malam. Lepas Suffi tido dan lepas semua kerja rumah siap. Ibu bekerja macam aku ni, masa untuk kemas rumah time weekdays ni adalah pada waktu malam. Nak harap kemas pagi-pagi tu, memang kirim salam di angin lalu la. Mananya nak sempat. Lagi-lagi bila si kenit tu suka bangun awal.  So, malam adalah waktu terbaik untuk jadi amah.

Berbalik pada cerita DIY tadi. Ok, cut it short...dimulakan dengan GUEST BOOK untuk staf aku yang nak melangsungkan majlis perkahwinan. Disebabkan dia orang Sabah dan majlis dia pun dibuat di sana, dan lagi...aku tak dapat nak hadir, maka aku rasa sebagai menggantikan kehadiran aku di sana, maka aku hadiahkan dia sebuah 3D Guestbook hasil dari air tangan aku sendiri. Nah, lihatlah hasil 'ke 3D an' nye. (sorry, I manipulate the language & the spelling)






Dan tak ketinggalan aku ada buatkan jugak satu lagi guestbook untuk rakan sekerja yang turut naik pelamin pada bulan yang sama. Al maklumlah, hujung-hujung taun ni memang ramai simpan dana untuk bina masjid. Hahaha!



Jadi, SELAMAT PENGANTIN BARU diucapkan kepada kedua-dua pasangan merpati dua sejoli, Endgie & Junis serta Fazlin & Yaasir. Dah kawin jangan joli sangat. Simpan duit untuk baby. Hohohoho~

Pastu, next weeknya pulak aku TERRRrajin nak buat satu lagi 3D DIY hasil dari idea yang tiba-tiba datang masa tengah tidokan anak. Haaa, nampak? Gitu extreme sekali berangan time-time tenang macam tu sampai tercetus idea baru. Huhuhu! Cut it short, kali ni aku buat something yang berkonsepkan FRAME. Maka terhasillah 3D Sakura Frame ni. Haa, nama dia pon tak menahan. (^_*)




Very the santekkk kalau gantung kat dinding. Nampak real & alive. Dan comel. Ukuran frame ni? 30cm x 39cm. Memang aku nak buat koleksi frame DIY kat rumah baru nanti. Haishhh! Tak sabarnyeee.....!

Oh ye, by the way...aku juga ada buka tempahan untuk 2 item DIY ni. Sesiapa berminat boleh la beritahu yek. 

Oklah nyah. Makk ngantuk ni. Mak jalan dulu ye. Daaaa! 

ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ....Kroiihhh....Kroiihhhh.....


2 comments:

yoorin melacolea said...

Kreatif..cantik guest book yg 1st tuuu.. ada jugak nak ber DIY bagaii.. me x nyempat laaaaaaa ada anakndara pon tukang buat sepah..hahaha

nurstar ashu said...

Haha! Itu time rajinnye dtg sis. Kalau time maleh,masa tidokan anak tu...dgn mak mak dia sekali tido sampai ke pagi. Hihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...