To be honest.....
My last entry adalah pada 3 Mac 2015. Kira-kira setahun yang lepas. And it's about AYAH. Ayah yang pada tahun ini telah hampir 8 bulan meninggalkan kami. And to be honest again, blog aku terhenti pun kerana last entry tu. Rasa beratnya hati lepas tu nak terus aktif blogging, writing dan keep socializing dgn readers through my writing.
Ketika aku tulis post pasal ayah tu, masa tu ayah baru sahaja jatuh sakit and of course, harapan kami untuk ayah sembuh sangat tinggi. Sebab sebelum ni penyakit paling teruk ayah pernah kena adalah kencing tikus atau Leptospirosis. Yang semua orang tahu penyakit tu akan buat mostly pesakitnya menemui maut. Tapi, atas semangat ayah yang sangat kuat (sepertimana yang dia selalu ajar pada kami, anak-anaknya) ayah recover sepenuhnya dari penyakit tu dan kembali sihat macam biasa. Sampaikan doktor pun terkejut sebab ayah boleh sembuh dengan faktor usia yang sudah begitu tua.
Dan kami ingat, kali ini, ayah sakit dan dia mampu melawan penyakit tu. Tapi kami lupa, sekuat mana pun semangat ayah, ajal dan maut itu tetap di tangan Allah. Dia yang berkuasa menghidup dan mematikan. Bila ayah disahkan menghidap Lung Cancer Stage 4, kami rasa lost sangat. Macam-macam usaha kami buat. Modern, alternative semua kami cuba. Dan kami tidak pernah nampak ayah selemah itu. Sekurus itu. Dan semangatnya tidak pernah selemah itu. Bila ayah lemah, kami juga dalam diam turut rasa lemah. Sebab selama ni, kami hidup dengan semangat ayah.
Secara jujurnya, ayah cuma menanggung derita terlantar di hospital selama 6 bulan sahaja. Dan itulah saat kedua kali dalam hidup kami (yg pertama ketika kena Leptospirosis) , kami lihat ayah tidak sekuat sebelum ini. Kalau sebelum ini, sekalipun dia demam, ayah tetap turun ke ladang bermandi peluh. Sejujurnya kami bersyukur, sekalipun ayah telah pun pergi menghadap Illahi dan kami telah kehilangan lelaki yang paling kami sanjung, tapi kami tahu, Allah memberi ayah merasai penderitaan itu cuma sekejap. Dia tidak biarkan ayah terlantar sehingga menyusahkan semua orang. Dia tidak biarkan nasib ayah sakit sehingga terpaksa membuatkan anak-anak dan isterinya mencuci sisa buangannya. Malah sehingga hari terakhir ayah, arwah masih lagi boleh ke tandas sendiri. Lebih tidak disangka, dalam keadaan sakit dan memerlukan bantuan pernafasan tu, ayah masih lagi boleh repair plug radio mama yang rosak sehingga radio tu kembali baik seperti biasa. Allahu...besar sungguh nikmat sakit dan semangat yang kau telah berikan pada ayah. Dan kerana itu, kami juga tidak sangka secepat itu Kau telah mengambil nyawa ayah.
Tapi sesungguhnya mama dan kami anak-anak ayah...telah redha dengan ketentuan ini. Sekalipun ayah tidak lagi bersama kami, tapi Kau telah mempermudahkan urusan di hari pemergiannya. Seperti mana yang semua manusia mahukan. Memang mudah sungguh ayah pergi. Dari saat nyawanya diambil sehinggalah jasad ayah ditutupi dengan tanah. Semuanya dipermudahkan. Syukur alhamdulilah.
Untuk ayah...kita cuma berpisah di dunia. Kita akan dipertemukan kembali oleh Allah suatu hari nanti. Ayah tunggu kami ye. Sesungguhnya ayah telah menemui jalan yang pasti. Cuma kami di dunia ini yang masih tidak tahu nasib kami di sini. Semoga urusan kami juga dipermudahkan olehNya. Ayah tunggu kami ye. Kami semua sayang ayah sangat-sangat.
Al Fatihah...
Mohtar Hamid
3 Mei 1954 - 4 Julai 2015
Wednesday, March 2, 2016
Tuesday, March 3, 2015
Siapa IDOLA Anda? (^_^)
Salam.
I'm pretty sure semua orang ada idola masing-masing. Same goes to me. Idola aku tak pernah berubah sejak dari kecik. AYAH adalah idola aku.
Bila cikgu di sekolah tanya, 'siapa idola awak?', aku akan jawab dengan pasti 'AYAH saya'.
Bila cikgu suruh buat karangan 'Bapa Saya', karangan aku yang paling panjang patah perkataannya.
Bila ayah datang ke sekolah, aku lah orang yang paling bangga. (sebab ayah kerja jauh masa tu dan jarang boleh hadir ke sekolah kami)
Bukan...ayah aku bukan Menteri, bukan Tan Sri, bukan jugak mana-mana VVIP yang pakai kot, pakai kasut kulit, usung briefcase, keje dalam office berhawa dingin, makan dinner kat hotel dan pegi ke mana-mana ada driver. Ayah aku asalnya cuma seorang pemandu lori dan kini seorang petani yang mengusahakan sebuah ladang yang dibangunkan sendiri. Itupun ladang tersebut bukanlah tanah sendiri. Cuma tanah milik orang yang dipajak untuk beberapa tahun.
Akademik
Ayah aku sekolah takat darjah 6 je. Itu pencapaian akademik dia yang paling tinggi. Sumpah. Aku tak tipu. Tapi aku salute dia, aku jadikan dia idola aku sebab, ayah rendah bab akademik, tapi tinggi bab semangat. Tinggi bab motivasi diri. Tinggi bab kerja keras dan tak putus asa. Ayah pernah jatuh tersungkur apabila memulakan hidup baru sebagai seorang pengusaha sebuah bengkel kereta selepas retired dari menjadi lorry driver. Duit pampasan ayah bekerja sebagai seorang pemandu lori gas di sebuah syarikat petroleum terkenal selama berbelas tahun, lebur begitu saja. Kalau orang lain mula rehat dan duduk goyang kaki dengan duit pencen, ayah aku masih merangkak seumpama baru nak hidup. Aku masih hingusan lagi masa tu. Seawal umur 12 tahun. Tapi benda tu semua masih segar di ingatan. Dan aku sangat kagum....malah sentiasa kagum, ayah masih tak mengeluh.
Tertipu, Mangsa Khianat dan Dengki Manusia
Tak dinafikan, kerana kurangnya ayah dalam hal akademik, ayah sering menjadi mangsa penipuan. Apetah lagi ketika tu anak-anak masih kecik dan masih tak dapat nak bela nasib dia. Itu belum kira lagi yang berhasad dengki dan khianat dia atas segala usaha ayah. Dituduh macam-macam. Kalau tuduhan itu aku umpamakan sebagai penukul dan ayah sebagai paku, aku rasa ayah sudah terbenam jauh ke dalam dek kerana kuatnya tuduhan yang dilemparkan pada dia. Tapi apa yang kami, anak-anak sentiasa ingat...setiap kali ayah balik, duduk di meja makan, sambil bercakap dengan mama, dia akan kata 'Biarlah apa orang nak buat pada kita. Insyaallah, ada rezeki untuk anak-anak.'
Tidak Putus Asa
Aku tak nafikan ayah seorang yang tinggi egonya. Dia tidak mahu kalah dengan penat badan. Tidak mahu kalah dengan keadaan. Lebih ramai orang kata dia tidak mampu, lebih jauh dia akan usaha. Kalau dilihat fizikal, ramai orang dah suruh ayah berehat. Tapi semangat dan usahanya tak pernah rehat. Sebab tu apa sahaja dia buat, pasti berhasil. Jika gagal sekalipun, itu bukan titik noktah baginya. Ada orang pernah kata 'Mohtar itu hangat-hangat tahi ayam je. Tengoklah lama mana dia boleh bertahan.'
Dan aku pasti orang itu masih tertunggu-tunggu sampai sekarang, bila ayah akan berhenti dari berusaha.
A Very Detail Person
Setiap bapa aku pasti sentiasa ada sifat melindungi dan bertanggungjawab. Same goes to my father. Tapi aku klasifikasikan ayah sebagai seorang yang sangat teliti dalam segala perkara. Especially yang melibatkan keselamatan rumah & keluarganya. Aku bagi beberapa contoh mudah. Melibatkan aktiviti rutin harian dia di rumah yang aku dah observe sejak dari kecik:
Kasut - Ayah tak boleh tengok kasut bersepah. Apetah lagi apabila waktu malam sudah menjelang. Setiap lewat petang, ayah akan make sure, semua kasut di muka pintu, baik di dapur, di tengah rumah mahupun pintu hadapan -- di susun rapi. Seperti mana kita pergi kedai kasut. Nampak sebaris dan kemas je.
Tingkap dan pintu - Ayah akan suruh anak-anak kunci tingkap dari dalam dan dia akan meronda keliling rumah untuk memastikan setiap tingkap diperketatkan dari luar. Nasib baik rumah kami setingkat aje. Kalau dua tingkat, aku tak taulah macam mana. Hehe....
Kemudian, dia akan masuk ke dalam rumah dan memastikan setiap pintu dikunci dengan betul. Kalau ada yang perlu berselak, dia akan selak.Kalau ada yang perlu dimangga, dia akan mangga.
Nyamuk - Selepas make sure kasut disusun dan pintu tingkap berkunci, ayah akan capai botol spray nyamuk dan dia akan sembur di setiap sudut dalam rumah. To make sure that nyamuk takkan bermaharajalela dalam rumah. Tiada bilik yang terkecuali. Tiada sudut yang nyamuk mampu sembunyi.
Suis, Lampu, Kipas dan Pili Air - Setiap kali mahu keluar rumah, 4 perkara ini akan buat ayah meronda bilik-bilik dan semua bahagian dalam rumah. Setiap yang mempunyai punca tenaga elektrik atau yang menyalurkan air, dia pasti akan tutup (jika tiada sesiapa yang akan tinggal dalam rumah)
Kereta - Bila anak-anak semua balik, kereta kami pasti akan bersepah-sepah di laman. Rutin ayah setiap maghrib adalah memastikan setiap kereta disusun dan dimasukkan ke dalam parking yang telah disediakan. Maksud aku, dia sendiri akan mintak kunci dan akan parkingkan bagi pihak anak-anak dan menantu-menantu.
Itu serba sedikit ketelitian ayah yang masih ayah amalkan sehingga ke hari ini. Sekali pun dia balik kerja dalam keadaan yang terlampau penat. Dan aku rasa aku belum pernah jumpa lagi sikap ini pada mana-mana lelaki lain buat masa ini. He's the perfect one.
Tak Boleh Duduk Diam
Pernah kami, anak-anak kuarantinkan dia di rumah kerana dia jatuh sakit.
Namun, ayah bukan jenis orang yang boleh goyang kaki depan TV. Bukan jenis, bukak karaoke dan melayan alunan suara sendiri sampai petang. Ayah akan turun di laman rumah, membersihkan segala apa yang nampak semak di matanya. Kalau tak mesin rumput, dia akan bakar sampah. Kalau tak, dia akan pergi ronda keliling pagar rumah tengok mana pagar yang rosak. Atau paling kuat pun dia akan basuh kereta. Kalau ada 5 biji kereta, kesemua 5 biji dia akan basuh.
Inovasi
Kalau ada anugerah inovasi kat kampung tu, aku sudah pasti akan calonkan ayah. Setiap apa yang boleh dikitar semula, dia akan simpan. Sebagai contoh, kipas. Sebuah kipas siling yang dah rosak, memang confirm tak boleh guna lagi, dia tetap akan simpan. Bila kita tanya dia nak buat apa, dia kata 'ada gunanya'. Minggu depan bila balik kampung, kau akan lihat sebuah kincir angin tersergam gah di tepi rumah melawan arah angin. Dan ia berputar sangat laju. Ye, kipas angin turn to kincir angin. Tak ke inovasi namanya tu?
Then, ada satu tahun di bulan puasa, setiap kali berbuka dia akan minum setin air Redbull. Namun, tin Redbull tu, dia tak bagi mama buang. Simpan dan kumpul katanya dalam setor belakang rumah. Di malam 7 likur, anak-anak sibuk tanya 'bila ayah nak pasang pelita?'. Suddenly, dia keluar dari setor dan usung satu kereta tolak berisi penuh 'pelita handmade' nya. Nampak shinning je dari jauh sebab tin Redbull kan warnanya GOLD. Rupa-rupanya pada setiap petang di bulan puasa, dia 'mengerjakan' tin-tin Redbull tu dengan meletakkan sumbu di setiap tin untuk dijadikan pelita. Bukankah itu satu inovasi?
Terlalu banyak yang aku nak ceritakan pasal ayah. Memang tak boleh muat dalam satu entry. Sebab nama pun IDOLA. Once jadi idola, kau akan kagum setiap perkara tentang dia. Betul tak? Walaupun orang lain tak kagum, tapi ape kau peduli?
Aku harap, entry ni akan dapat dibaca oleh cucu cicit ayah di satu hari nanti. Supaya mereka tahu bahawa Tok Ayah mereka walaupun bukan orang ternama tapi dia adalah HERO untuk segala-galanya.
"Ashu Sayang AYAH"
Monday, February 23, 2015
Perangai 'Copy Paste' (^_^)
Salam.
Suffi sekarang dah pandai faham bahasa. Bila dia buat sesuatu dan kita kata 'jangan' so dia akan stop sekejap dari buat perkara tu. Tapi sekejap jela. Tak sampai dua minit dia akan buat balik. Sebagai contoh, bila tangan dia mula capai frame gambar yang ada dekat bawah TV, dari jauh lagi aku akan kata 'jangan'. So, dia akan pandang muka kita sambil ulang perkataan 'jangan' tu. Tapi bunyinya jadi 'Aaa...nan'. Walaupun tak berapa sangat bunyi 'jangan' yang keluar, tapi rythm dia tetap ada. Kira oklah tu nak. Hehehe... Then, dia kembali balik berusaha capai frame tu.
Bagi sesetengah orang, mungkin mereka kata waktu sekarang ni biarlah anak nak buat ape pun. Sebab itu antara progress-progress dalam tumbesaran dia. Aku akui ada benarnya fahaman macam tu. Tapi tak semua perkara yang Suffi buat aku akan iya kan sahaja. Sebab di satu sudut pandangan aku yang lain, pada umur macam ni lah kita kena ajar anak kita apa perkara yang boleh dan apa yang tak boleh. Umur bukanlah faktor untuk kita mengiyakan segala apa yang dia buat. Sebab tu ada pepatah lama mengatakan 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.
Aku pun dah mula ajar dia DO & DON'T dengan cara menjentik jari dia kalau 2-3 kali kita kata 'jangan' dia still jugak buat. Sebab dalam sejarah kehidupan aku selama 29 tahun aku hidup, ayah pernah lempang aku sekali je. Yes. Cuma sekali. Tapi aku sangat ingat kesannya sampai hari ni. Kenapa kena lempang? Sebab aku memekak bergaduh dengan adik masa dia sedang tidur. 3-4 kali dia warning kami suruh diam, tapi kami still bergaduh. Sudahnya dapat sorang sedas pelempang sulung. Keh keh keh...
Now, aku juga tahu bahawa aku juga adalah seorang ibu yang garang.
Tapi bagi shuben aku, Suffi sangat kecil untuk dimarahi. Untuk dirotan. Dia selalu kata, 'Mummy, janganlah babab Suffi. Kesianla kat dia." atau dia akan pujuk anak dia cepat-cepat bila Suffi start menangis sebab kena marah atau kena jentik. Sudahnya, setiap kali Suffi kena marah, dia akan cari Daddy. Sebab dia tahu, Daddy akan back up dia habis-habisan. Bila dia kena marah masa Daddy takde, dia akan menangis sambil pandang gambar daddy dalam frame atau gambar kahwin kami yang terlekat kat dinding. Sambil nangis syahdu sambil sebut 'Da...da...da...'
Kalau korang nak tahu, apa yang Suffi buat sekarang adalah perangai 'copy paste' aku masa kecik dulu. Tak dinafikan, mama macam aku. Sangat garang. Mulut bising, dan mama ajar anak-anak dengan rotan. Tapi ayah tidak. Dan disebabkan itu, setiap kali aku kena rotan atau kena marah dengan mama, aku buat perkara sama dengan Suffi. Menangis sambil sebut 'Ayah...ayah...ayah...'
Tapi keadaan aku lebih teruk. Sambil nangis, sambil panggil ayah, sambil tangan laju packing baju masuk dalam beg. Konon nak lari rumah letteww...lagi kelakar lepas siap packing, seret beg duduk depan pintu pagar rumah sambil nangis teresak-esak. Dengan harapan, ayah balik, amik aku bawak lari. Masa tu ayah kerja jauh. Balik cuma on weekend.
Haa...korang mampu drama macam tu? Tak mampu kan? Makk mampu nyahh...! Keh keh keh....
Dan sedihnya takde pulak orang tangkap gambar aku berdrama depan pintu pagar rumah time tu. Kalau tak, mesti macam tengok Maharaja Lawak Mega dia punya gelak sekarang ni. Hahahaha!
Labels:
My Sweethearts,
Parenting Guide
Sunday, February 22, 2015
Suffi Khaleefa Turns 1 (^_^)
Salam...
Tutup mata...celik mata...tup tup Suffi dah pun mencecah umur setahun. Rasa macam baru semalam beritahu nurse, "Nurse, tolong tolak saya pi labor room sekarang boleh tak? Sebab saya rasa macam kepala anak saya nak keluar dah ni." Pastu nurse kelam kabut cari wheel chair. Keh keh keh....!
Honestly memang cepat sangat masa berlalu. Rasa macam masih banyak moment Suffi membesar yang aku miss. Yelah, anak sulung kan. Setiap moment tu rasa sangat berharga. Rugi kalau tak captured. Siapa yang jadi friends dalam FB mesti rasa macam,"Eh, si Ashu ni takde cerita lain ke dia nak update? Asyik gambar anak dia je. Macam dia sorang je ada anak."
Ok, 1st sekali, sejak ada anak, passion aku memang terhadap anak je la. satu hari aku rasa paling minimum pun, 5 keping gambar dia aku snap. Paling minimum 2 keping aku upload dalam FB atau IG. Al maklumlah, sejak henpon memasing makin smart dari otak manusia. Tak perlu nak pegi beli kodak kat kedai gambar. Sampaikan muka sendiri atau muka shuben dah tak bape boleh dikesan dalam wall aku tu. Hehe...
Keduanya, kalau rasa semak wall anda, feel free to remove me. No offence. No dakwa dakwi. Tiada paksaan untuk anda mengadap keterujaan ibu-ibu seperti aku ni terhadap anaknya. Langsung tiada. Ketiga, langsung tiada niat nak kata "Anak aku je pandai serba serbi. Anak kau tak." LANGSUNG TAKDE. Aku cuma menghargai setiap saat dia membesar. Sebab mama kata, kalau aku nak tengok macam mana wajah dan perangai aku masa kecik, tengok pada anak aku sendiri. So, itu je cara aku ingat kembali zaman childhood aku yang aku rasa semakin hari semakin pudar dari ingatan. Since memory otak kita ni pun bukannye besar sangat pun kan. Bila masuk benda baru, benda lama kita lupa. Hehe!
Berbalik kepada birthday Suffi tadi. As for her 1st birthday celebration, mummy daddy dia ada la buat sikit sambutan kecil-kecilan. Sebagai untuk menyimpan memori zaman kanak-kanak dia. 2 kali sambutan. Satu di rumah Mak Tok di SP dan 2nd time di rumah Mak Wan di n9. 2 kek. Tapi satu hadiah saja ye, nak. Hehe! TQ to all yang menjayakan sambutan kecil-kecilan birthday Suffi ni. You all memang awesome (^_^) Moh kita tengok gambornye yek.
1st birthday cake Suffi mummy pilihkan tema Princesses.
Ditempah khas dari bellaria-eve.blogspot.com
Thanks Bellaria!
Cake choc moist nya sangat sedap!
Sape yg nak tempah cake sedap2,
dan ada di area Sg Petani dan kawasan yang sewaktu dengannya,
boleh la tempah kat Bellaria owner ni yek.
Belum start nyanyi dia dah cepuk kek.
Haduiii!
Settle celebration kat rumah mak tok! Thanks to mak tok yg buatkan karipap dan Mak Ndak yg sgt rajin buatkan lollipop cupcake!
2nd cake Suffi,mummy pilih Minnie Mouse Cake sebab Suffi sangat suka tengok Mickey Mouse Club House.
Thanks to Bellicious Cake which is Daddy's friend (Uncle Rezza) punya wife yang buat,Auntie Zana.
Sangat comel dan pretty.
Sape nak tempah,especially yg area Melaka dan N9 boleh la call Bellicious owner ni yek.
013-3171496
FB: imilna suzana jasmi
IG: imilna_suzana
Kakak Naurah sgt excited sbb dia pun minat Mickey & Minnie juge :)
Yoyo Car - a gift from Daddy Mummy.
Muka baru bangun tidur. Innocent angat.
After a while baru dia nak senyum.
Mungkin blur mengantuk dah hilang.
Hehehe....
Tengok mummy dia dah macam bibik dah sangkut2 tuala atas bahu. LOL.
By the way, kami bukan shj sambut besday Suffi seorang,
Kami juga sambut besday Mak Wan yg ke 58.
Mak Wan is on 11th Feb
While Suffi is on 12th Feb
Selamat Ulang Tahun, Mama/Mak Wan.
We love you so much!
Thanks to Mak Wan & Tok Ayah family coz memeriahkan lagi birthday celebration Suffi yang pertama for the 2nd time.
Next year,ada rezeki,ada umur kita celebrate sesama lagi yek!
Love uolls so much. :)
Semoga Suffi Khaleefa Mummy membesar dengan sihat dan bijak. Ameen...
Friday, January 16, 2015
DIY: 3D Felt Idea. (^_^)
Hye. Selamat tengah malam. (^_^)
Takde rasa nak tido lagi. Dan tiba-tiba rasa macam blog ni makin bersawang. Jadi marilah kita update se entry dua sebelum tido.
Minggu lepas dan beberapa minggu lepas, aku berkesempatan lagi nak buat 2-3 DIY items. Itupun waktu malam. Lepas Suffi tido dan lepas semua kerja rumah siap. Ibu bekerja macam aku ni, masa untuk kemas rumah time weekdays ni adalah pada waktu malam. Nak harap kemas pagi-pagi tu, memang kirim salam di angin lalu la. Mananya nak sempat. Lagi-lagi bila si kenit tu suka bangun awal. So, malam adalah waktu terbaik untuk jadi amah.
Berbalik pada cerita DIY tadi. Ok, cut it short...dimulakan dengan GUEST BOOK untuk staf aku yang nak melangsungkan majlis perkahwinan. Disebabkan dia orang Sabah dan majlis dia pun dibuat di sana, dan lagi...aku tak dapat nak hadir, maka aku rasa sebagai menggantikan kehadiran aku di sana, maka aku hadiahkan dia sebuah 3D Guestbook hasil dari air tangan aku sendiri. Nah, lihatlah hasil 'ke 3D an' nye. (sorry, I manipulate the language & the spelling)
Dan tak ketinggalan aku ada buatkan jugak satu lagi guestbook untuk rakan sekerja yang turut naik pelamin pada bulan yang sama. Al maklumlah, hujung-hujung taun ni memang ramai simpan dana untuk bina masjid. Hahaha!
Jadi, SELAMAT PENGANTIN BARU diucapkan kepada kedua-dua pasangan merpati dua sejoli, Endgie & Junis serta Fazlin & Yaasir. Dah kawin jangan joli sangat. Simpan duit untuk baby. Hohohoho~
Pastu, next weeknya pulak aku TERRRrajin nak buat satu lagi 3D DIY hasil dari idea yang tiba-tiba datang masa tengah tidokan anak. Haaa, nampak? Gitu extreme sekali berangan time-time tenang macam tu sampai tercetus idea baru. Huhuhu! Cut it short, kali ni aku buat something yang berkonsepkan FRAME. Maka terhasillah 3D Sakura Frame ni. Haa, nama dia pon tak menahan. (^_*)
Very the santekkk kalau gantung kat dinding. Nampak real & alive. Dan comel. Ukuran frame ni? 30cm x 39cm. Memang aku nak buat koleksi frame DIY kat rumah baru nanti. Haishhh! Tak sabarnyeee.....!
Oh ye, by the way...aku juga ada buka tempahan untuk 2 item DIY ni. Sesiapa berminat boleh la beritahu yek.
Oklah nyah. Makk ngantuk ni. Mak jalan dulu ye. Daaaa!
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ....Kroiihhh....Kroiihhhh.....
Subscribe to:
Posts (Atom)