Tuesday, March 3, 2015

Siapa IDOLA Anda? (^_^)

Salam.

I'm pretty sure semua orang ada idola masing-masing. Same goes to me. Idola aku tak pernah berubah sejak dari kecik. AYAH adalah idola aku. 

Bila cikgu di sekolah tanya, 'siapa idola awak?', aku akan jawab dengan pasti 'AYAH saya'
Bila cikgu suruh buat karangan 'Bapa Saya', karangan aku yang paling panjang patah perkataannya.
Bila ayah datang ke sekolah, aku lah orang yang paling bangga. (sebab ayah kerja jauh masa tu dan jarang boleh hadir ke sekolah kami)

Bukan...ayah aku bukan Menteri, bukan Tan Sri, bukan jugak mana-mana VVIP yang pakai kot, pakai kasut kulit, usung briefcase, keje dalam office berhawa dingin, makan dinner kat hotel dan pegi ke mana-mana ada driver. Ayah aku asalnya cuma seorang pemandu lori dan kini seorang petani yang mengusahakan sebuah ladang yang dibangunkan sendiri. Itupun ladang tersebut bukanlah tanah sendiri. Cuma tanah milik orang yang dipajak untuk beberapa tahun.

Akademik
Ayah aku sekolah takat darjah 6 je. Itu pencapaian akademik dia yang paling tinggi. Sumpah. Aku tak tipu. Tapi aku salute dia, aku jadikan dia idola aku sebab, ayah rendah bab akademik, tapi tinggi bab semangat. Tinggi bab motivasi diri. Tinggi bab kerja keras dan tak putus asa. Ayah pernah jatuh tersungkur apabila memulakan hidup baru sebagai seorang pengusaha sebuah bengkel kereta selepas retired dari menjadi lorry driver. Duit pampasan ayah bekerja sebagai seorang pemandu lori gas di sebuah syarikat petroleum terkenal selama berbelas tahun, lebur begitu saja. Kalau orang lain mula rehat dan duduk goyang kaki dengan duit pencen, ayah aku masih merangkak seumpama baru nak hidup. Aku masih hingusan lagi masa tu. Seawal umur 12 tahun. Tapi benda tu semua masih segar di ingatan. Dan aku sangat kagum....malah sentiasa kagum, ayah masih tak mengeluh.

Tertipu, Mangsa Khianat dan Dengki Manusia
Tak dinafikan, kerana kurangnya ayah dalam hal akademik, ayah sering menjadi mangsa penipuan. Apetah lagi ketika tu anak-anak masih kecik dan masih tak dapat nak bela nasib dia. Itu belum kira lagi yang berhasad dengki dan khianat dia atas segala usaha ayah. Dituduh macam-macam. Kalau tuduhan itu aku umpamakan sebagai penukul dan ayah sebagai paku, aku rasa ayah sudah terbenam jauh ke dalam dek kerana kuatnya tuduhan yang dilemparkan pada dia. Tapi apa yang kami, anak-anak sentiasa ingat...setiap kali ayah balik, duduk di meja makan, sambil bercakap dengan mama, dia akan kata 'Biarlah apa orang nak buat pada kita. Insyaallah, ada rezeki untuk anak-anak.'

Tidak Putus Asa
Aku tak nafikan ayah seorang yang tinggi egonya. Dia tidak mahu kalah dengan penat badan. Tidak mahu kalah dengan keadaan. Lebih ramai orang kata dia tidak mampu, lebih jauh dia akan usaha. Kalau dilihat fizikal, ramai orang dah suruh ayah berehat. Tapi semangat dan usahanya tak pernah rehat. Sebab tu apa sahaja dia buat, pasti berhasil. Jika gagal sekalipun, itu bukan titik noktah baginya. Ada orang pernah kata 'Mohtar itu hangat-hangat tahi ayam je. Tengoklah lama mana dia boleh bertahan.' 

Dan aku pasti orang itu masih tertunggu-tunggu sampai sekarang, bila ayah akan berhenti dari berusaha.

A Very Detail Person
Setiap bapa aku pasti sentiasa ada sifat melindungi dan bertanggungjawab. Same goes to my father. Tapi aku klasifikasikan ayah sebagai seorang yang sangat teliti dalam segala perkara. Especially yang melibatkan keselamatan rumah & keluarganya. Aku bagi beberapa contoh mudah. Melibatkan aktiviti rutin harian dia di rumah yang aku dah observe sejak dari kecik:

Kasut - Ayah tak boleh tengok kasut bersepah. Apetah lagi apabila waktu malam sudah menjelang. Setiap lewat petang, ayah akan make sure, semua kasut di muka pintu, baik di dapur, di tengah rumah mahupun pintu hadapan -- di susun rapi. Seperti mana kita pergi kedai kasut. Nampak sebaris dan kemas je.

Tingkap dan pintu - Ayah akan suruh anak-anak kunci tingkap dari dalam dan dia akan meronda keliling rumah untuk memastikan setiap tingkap diperketatkan dari luar. Nasib baik rumah kami setingkat aje. Kalau dua tingkat, aku tak taulah macam mana. Hehe.... 

Kemudian, dia akan masuk ke dalam rumah dan memastikan setiap pintu dikunci dengan betul. Kalau ada yang perlu berselak, dia akan selak.Kalau ada yang perlu dimangga, dia akan mangga.

Nyamuk - Selepas make sure kasut disusun dan pintu tingkap berkunci, ayah akan capai botol spray nyamuk dan dia akan sembur di setiap sudut dalam rumah. To make sure that nyamuk takkan bermaharajalela dalam rumah. Tiada bilik yang terkecuali. Tiada sudut yang nyamuk mampu sembunyi. 

Suis, Lampu, Kipas dan Pili Air - Setiap kali mahu keluar rumah, 4 perkara ini akan buat ayah meronda bilik-bilik dan semua bahagian dalam rumah.  Setiap yang mempunyai punca tenaga elektrik atau yang menyalurkan air, dia pasti akan tutup (jika tiada sesiapa yang akan tinggal dalam rumah)

Kereta - Bila anak-anak semua balik, kereta kami pasti akan bersepah-sepah di laman. Rutin ayah setiap maghrib adalah memastikan setiap kereta disusun dan dimasukkan ke dalam parking yang telah disediakan. Maksud aku, dia sendiri akan mintak kunci dan akan parkingkan bagi pihak anak-anak dan menantu-menantu.

Itu serba sedikit ketelitian ayah yang masih ayah amalkan sehingga ke hari ini. Sekali pun dia balik kerja dalam keadaan yang terlampau penat. Dan aku rasa aku belum pernah jumpa lagi sikap ini pada mana-mana lelaki lain buat masa ini. He's the perfect one.

Tak Boleh Duduk Diam 
Pernah kami, anak-anak kuarantinkan dia di rumah kerana dia jatuh sakit. 

Namun, ayah bukan jenis orang yang boleh goyang kaki depan TV. Bukan jenis, bukak karaoke dan melayan alunan suara sendiri sampai petang. Ayah akan turun di laman rumah, membersihkan segala apa yang nampak semak di matanya. Kalau tak mesin rumput, dia akan bakar sampah. Kalau tak, dia akan pergi ronda keliling pagar rumah tengok mana pagar yang rosak. Atau paling kuat pun dia akan basuh kereta. Kalau ada 5 biji kereta, kesemua 5 biji dia akan basuh. 

Inovasi
Kalau ada anugerah inovasi kat kampung tu, aku sudah pasti akan calonkan ayah. Setiap apa yang boleh dikitar semula, dia akan simpan. Sebagai contoh, kipas. Sebuah kipas siling yang dah rosak, memang confirm tak boleh guna lagi, dia tetap akan simpan. Bila kita tanya dia nak buat apa, dia kata 'ada gunanya'. Minggu depan bila balik kampung, kau akan lihat sebuah kincir angin tersergam gah di tepi rumah melawan arah angin. Dan ia berputar sangat laju. Ye, kipas angin turn to kincir angin. Tak ke inovasi namanya tu?

Then, ada satu tahun di bulan puasa, setiap kali berbuka dia akan minum setin air Redbull. Namun, tin Redbull tu, dia tak bagi mama buang. Simpan dan kumpul katanya dalam setor belakang rumah. Di malam 7 likur, anak-anak sibuk tanya 'bila ayah nak pasang pelita?'. Suddenly, dia keluar dari setor dan usung satu kereta tolak berisi penuh 'pelita handmade' nya. Nampak shinning je dari jauh sebab tin Redbull kan warnanya GOLD. Rupa-rupanya pada setiap petang di bulan puasa, dia 'mengerjakan' tin-tin Redbull tu dengan meletakkan sumbu di setiap tin untuk dijadikan pelita. Bukankah itu satu inovasi? 

Terlalu banyak yang aku nak ceritakan pasal ayah. Memang tak boleh muat dalam satu entry. Sebab nama pun IDOLA. Once jadi idola, kau akan kagum setiap perkara tentang dia. Betul tak? Walaupun orang lain tak kagum, tapi ape kau peduli?  

Aku harap, entry ni akan dapat dibaca oleh cucu cicit ayah di satu hari nanti. Supaya mereka tahu bahawa Tok Ayah mereka walaupun bukan orang ternama tapi dia adalah HERO untuk segala-galanya. 


"Ashu Sayang AYAH"



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...