Wednesday, November 30, 2011

Langgar Lari....Tragedi atau Tradisi?

      Copp! Sebelum memulakan entri ni, nak declare 1 perkara. Mulai hari ini, saya sebagai penulis blog 'Ashu Oh Ashu' ni akan menggunakan nama samaran Cik Su sebagai kata ganti nama diri untuk blog ini. Sebab? Ala...bahasa tu kan jiwa bangsa. Indah & sopan sket bunyinye kan. Perkataan 'aku' tu mungkin sekali sekala adelah guna kot. Lagipon sempena Maal Hijrah ni, nak jugak but penghijrahan kepada yang lebih baik, tak gitu? (^_^)

      Dah hampir seminggu lebih tak update blog ni kan? Actually sebab lappy Cik Su 'admitted' di service center sebab terdapat sedikit kecederaan. Sedih...sob...sob...ni pon pinjam laptop kakak. Tapi takpe, sebaik saje 'My AdiPutra' dah sehat, Cik Su akan updatekan beberapa entry yang sudah berada di kepala ketika ini. Antaranya tentang 'my bestfriend wedding' Puan Zuhaili Arshad a.k.a Kapeng.'Sorry Peng, once aku dapat balik laptop aku, aku upload sume gambar kawen ko ek & aku nak luahkan kesedihan dalam kegembiraan aku. Kenapa? Sebab terpaksa melepaskan seorang lagi sahabat baik aku untuk melangkah ke gerbang perkahwinan'. Huuuu...sedih lagi..sob...sob....

      Oklah, itu for the next entry. Entry kali ni Cik Su nak cerita 2 insiden langgar lari yang berlaku pada DIRI Cik Su sendiri & jugak di DEPAN MATA Cik Su. Bermula dengan hari Jumaat lepas Cik Su nak bergerak pulang ke kampung sempena cuti Maal Hijrah. Sampai-sampai je di Mines, jalan agak sesak & di ketika tu la kereta Cik Su telah di'sagat' oleh sebuah motor yang kemudiannya, berlalu laju dengan selamba. Tanpa sedikit pon merasa bersalah! Teruk jugak bumper Cik Su. Sampai berlaga dengan tayar. Nasib baik ada seorang pemandu lori India yang baik bantu Cik Su untuk ikat bumper tu buat sementara waktu supaya dapat bertahan sampai ke kampung. Kalau diikutkan nafsu amarah, memang nak je kejar motor tu. Tapi nasibla jalan tengah jammed. Nasib baik tak kemek & kos nak repair bumper tu tak mahal. Kalau tak memang bengang tak sudah la sampai sekarang. (*_*)

      Then, habis je cuti, on the way nak balik ke KL, satu lagi insiden langgar lari berlaku depan mata Cik Su sendiri. For the 1st time nya dalam hidup tengok orang naik motor,excident, kedua-duanya terpelanting & berpusing 360 darjah sebelum terdampar atas tanah! Lagi tragis bila nampak wanita pembonceng tu sempat bergolek di bawah tayar kereta Savy Merah yang masih bergerak laju tu! Memang salah Savy Merah tu sebab dia dengan tiba-tiba je potong di sebelah kiri, sebelah lorong motorsikal TANPA BERI SEBARANG SIGNAL. Dan kebetulan pulak penunggang motor tu lalu di situ.

       Dalam keadaan tergamam tu, Cik Su bersama kakak dan abg ipar Cik Su sempat lagi memberi bantuan segera dengan mengejarkan kedua-dua mangsa tu ke Klinik Kesihatan berhampiran. Wanita yang jadi pembonceng motorsikal tu tak boleh nak jalan langsung. I guess maybe ader fraction atau lebih teruk dari itu pada tulang kaki atau pinggangnya. Selepas memastikan semuanya selamat, barulah kami bergerak balik ke KL. Namun sehingga kini, kami masih tertanya-tanya, apelah khabar kedua-dua mangsa tu sekarang & siapalah PEMANDU KERETA SAVY MERAH YANG DURJANA tu! Cik Su dan kakak tak sempat nak tengok plat kereta tu sebab dia terlalu laju. Tapi abg ipar Cik Su ada perasan bahawa kereta tu ada tambah 2 aksesori lampu brake di bahagian bumper belakang. Hope, ada yang nampak no plat kereta tu dan buat report polis.

       Kita ni dok heboh perkatakan tentang kes orang di China yang melanggar lari seorang budak kecil berusia 2 tahun. Kita kata orang di China tu kejam, takde sifat perikemanusiaan, zalim, takde rasa tanggungjawab, jangan pergi ke sana sebab nyawa kita bakal berisiko. Tapi sebenarnya orang di Malaysia ni juga ramai yang berperangai sedemikian. Malah mungkin lebih teruk! Takde langsung sivik dalam diri. Takde rasa belas dan rasa tanggungjawab. Yang diorang tau cuma nak melepaskan diri dari hukuman atau denda. Ingat wahai manusia. Kalau kamu fikir, takde orang yang nampak perbuatan kita, tapi Tuhan tu nampak. Kalau tak didunia balasannya, di akhirat kelak pasti akan merasa. Hari ini hari orang lain, entah esok lusa hari kita pulak. So don't be so selfish!

Wednesday, November 23, 2011

Jangan Bersedih (^_^)

Mengingat masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan bodoh dan gila. Ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan. Jangan biarkan hidup kamu dihantui masa lalu dan sentiasa dibayangi dengan sesuatu yang telah berlalu. Takkan kamu nak mengembalikan sungai kepada sumber mata airnya? Memulangkan matahari ke tempat terbitnya? Memulangkan anak ke dalam rahim ibunya? Dan air mata kembali semula ke dalam mata? Mustahil.....

Terima kasih pada Dr Aidh al qarni yang banyak membuka mata bagi orang-orang yang bersedih termasuklah aku suatu ketika dulu. * ouhhh...malunye sedih2 mcm tu...* tapi takpe, semua orang pasti ada kenangan silam yang pedih & sedih kan. lagi bosan kalau hidup takde cabaran. putus cinta, kematian, pergolakan itu semua lumrah kehidupan. Tiada gunanya jadi seorang manusia jika tidak diuji, kan?

Bagi yang belum memiliki buku tu,pergilah Kinokuniya, MPH,atau mana-mana bookstore yang ada jual macam-macam edisi buku beliau. tak rugi beli buku yang mahal sikit harganya demi untuk merawat luka hati kamu yang sebenarnya lebih merugikan masa & airmata kamu tu.

But trust me, kamu tak perlu jumpa bomoh, mintak air jampi, bayar beratus2 semata-mata untuk memulihkan semangat dan jiwa kamu. Cuma banyakkan membaca. Baca buku-buku motivasi, baca al quran. Insyaallah dgn izin tuhan & kalau kita ikhlas lakukan, tuhan akan bagi kita kebahagiaan semula. Daripada kamu pergi jumpa bomoh yang letak tengkorak depan kamu * scary okehhh* kemudian jampi muka kamu dgn entah apa-apa jampi serapah yang kita tau perkara tu syirik & berdosa.

so? Fikir-fikirkan dan selamat beramal!(^_^)

Tuesday, November 1, 2011

Kajian Elaun.... (^_^)

Entri yang ditulis di dalam kereta.

Seronok jugak bila travel jauh-jauh ni dan kita hanya duduk di belakang, orang lain yang drive. So, apelagi...sempatlah aku on laptop dan tulis blog. Haha! Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Selalunya aku yang drive tapi kali ni menumpang kereta orang, so berpeluanglah menaip sambil menikmati pemandangan indah jelapang padi di negeri Kedah ni.

Currrently dalam perjalanan ke Penang. Bekerja sambil bercuti. Semalam di Ipoh, hari ni di Taiping & esok di Penang. Wah! Macam Malaysia ni aku punye je kan? Haha! Macam jarak antara ketiga-tiga negeri tu sejengkal aje. =p

Buat apa sampai kena travel jauh-jauh gitu? Owh, actually aku terlibat dengan satu team kajian. Team ni terdiri daripada 1x YDP & 2X ahli. Kajian pasal elaun. Ape?! Elaun?! Haa...jangan nak teruja sangat. Baru nak kaji je. Belum tentu lulus. Hahaha! But, anyway we try our best untuk buat paperwork yang terbaik bagi melayakkan golongan yang kami kaji, mendapat elaun yang di propose kan. Elaun ape? Owh, itu 'russsiiiaaaa'. (btw, i wanna say RAHSIA. perkataan russiiaa tu nenek aku sorang je yang suka guna. Aku pon tak pasti dari mana dia dapat perkataan tu) Hehehe....

So, bila sampai ke Penang nanti, niat hati memang nak berjalan tapi faham,-faham jela kan. Niat utama ke sana untuk bekerja. To make sure that our paperwork is done with good outcomes. So, bersiar-siar atau tidak bergantung kepada siap atau tak siapnya paperwork tu. Huhu...walau ape pon, tugas diutamakan. Ceewaahh! Yo-yo-oo jela.....

p/s: Bagi yang masih sibuk nak tau elaun ape...tak yah pk sgt. Macam aku ckp tadi, baru nak kaji. Belum tentu lulus lagi. Hehehe....jangan kecewa. ape-apepon, bekerjalah secara ikhlas. Kalau boss tak beri anda elaun, Tuhan akan beri anda pahala. Lagi berbaloi-baloiii.... ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...