Copp! Sebelum memulakan entri ni, nak declare 1 perkara. Mulai hari ini, saya sebagai penulis blog 'Ashu Oh Ashu' ni akan menggunakan nama samaran Cik Su sebagai kata ganti nama diri untuk blog ini. Sebab? Ala...bahasa tu kan jiwa bangsa. Indah & sopan sket bunyinye kan. Perkataan 'aku' tu mungkin sekali sekala adelah guna kot. Lagipon sempena Maal Hijrah ni, nak jugak but penghijrahan kepada yang lebih baik, tak gitu? (^_^)
Dah hampir seminggu lebih tak update blog ni kan? Actually sebab lappy Cik Su 'admitted' di service center sebab terdapat sedikit kecederaan. Sedih...sob...sob...ni pon pinjam laptop kakak. Tapi takpe, sebaik saje 'My AdiPutra' dah sehat, Cik Su akan updatekan beberapa entry yang sudah berada di kepala ketika ini. Antaranya tentang 'my bestfriend wedding' Puan Zuhaili Arshad a.k.a Kapeng.'Sorry Peng, once aku dapat balik laptop aku, aku upload sume gambar kawen ko ek & aku nak luahkan kesedihan dalam kegembiraan aku. Kenapa? Sebab terpaksa melepaskan seorang lagi sahabat baik aku untuk melangkah ke gerbang perkahwinan'. Huuuu...sedih lagi..sob...sob....
Oklah, itu for the next entry. Entry kali ni Cik Su nak cerita 2 insiden langgar lari yang berlaku pada DIRI Cik Su sendiri & jugak di DEPAN MATA Cik Su. Bermula dengan hari Jumaat lepas Cik Su nak bergerak pulang ke kampung sempena cuti Maal Hijrah. Sampai-sampai je di Mines, jalan agak sesak & di ketika tu la kereta Cik Su telah di'sagat' oleh sebuah motor yang kemudiannya, berlalu laju dengan selamba. Tanpa sedikit pon merasa bersalah! Teruk jugak bumper Cik Su. Sampai berlaga dengan tayar. Nasib baik ada seorang pemandu lori India yang baik bantu Cik Su untuk ikat bumper tu buat sementara waktu supaya dapat bertahan sampai ke kampung. Kalau diikutkan nafsu amarah, memang nak je kejar motor tu. Tapi nasibla jalan tengah jammed. Nasib baik tak kemek & kos nak repair bumper tu tak mahal. Kalau tak memang bengang tak sudah la sampai sekarang. (*_*)
Then, habis je cuti, on the way nak balik ke KL, satu lagi insiden langgar lari berlaku depan mata Cik Su sendiri. For the 1st time nya dalam hidup tengok orang naik motor,excident, kedua-duanya terpelanting & berpusing 360 darjah sebelum terdampar atas tanah! Lagi tragis bila nampak wanita pembonceng tu sempat bergolek di bawah tayar kereta Savy Merah yang masih bergerak laju tu! Memang salah Savy Merah tu sebab dia dengan tiba-tiba je potong di sebelah kiri, sebelah lorong motorsikal TANPA BERI SEBARANG SIGNAL. Dan kebetulan pulak penunggang motor tu lalu di situ.
Dalam keadaan tergamam tu, Cik Su bersama kakak dan abg ipar Cik Su sempat lagi memberi bantuan segera dengan mengejarkan kedua-dua mangsa tu ke Klinik Kesihatan berhampiran. Wanita yang jadi pembonceng motorsikal tu tak boleh nak jalan langsung. I guess maybe ader fraction atau lebih teruk dari itu pada tulang kaki atau pinggangnya. Selepas memastikan semuanya selamat, barulah kami bergerak balik ke KL. Namun sehingga kini, kami masih tertanya-tanya, apelah khabar kedua-dua mangsa tu sekarang & siapalah PEMANDU KERETA SAVY MERAH YANG DURJANA tu! Cik Su dan kakak tak sempat nak tengok plat kereta tu sebab dia terlalu laju. Tapi abg ipar Cik Su ada perasan bahawa kereta tu ada tambah 2 aksesori lampu brake di bahagian bumper belakang. Hope, ada yang nampak no plat kereta tu dan buat report polis.
Kita ni dok heboh perkatakan tentang kes orang di China yang melanggar lari seorang budak kecil berusia 2 tahun. Kita kata orang di China tu kejam, takde sifat perikemanusiaan, zalim, takde rasa tanggungjawab, jangan pergi ke sana sebab nyawa kita bakal berisiko. Tapi sebenarnya orang di Malaysia ni juga ramai yang berperangai sedemikian. Malah mungkin lebih teruk! Takde langsung sivik dalam diri. Takde rasa belas dan rasa tanggungjawab. Yang diorang tau cuma nak melepaskan diri dari hukuman atau denda. Ingat wahai manusia. Kalau kamu fikir, takde orang yang nampak perbuatan kita, tapi Tuhan tu nampak. Kalau tak didunia balasannya, di akhirat kelak pasti akan merasa. Hari ini hari orang lain, entah esok lusa hari kita pulak. So don't be so selfish!
No comments:
Post a Comment