Thursday, April 19, 2012

8 Days To Go... \(^_^)/

8 days to go....

Preparation dah buat sikit-sikit.



First & foremost mestilah kena APPLY CUTI....
Boss tanya macam-macam sebelum nak tenyeh tandatangan meluluskan.
Dan nasib baik lulus. Kalau tak punah harapan.... (*_*)




Pastu, aku pi wat PASSPORT lah.
Takkan nak berenang plak sampai sana. Mati kejanglah aku.
Owh, xdelah mahal sangat sebenarnya nak buat pasport.
Aku difahamkan ini harga promosi.
RM 100 untuk 2 tahun.
Hmm...nak buat pasport pon ada harga promosi yek.
Macam barang letrik plak. (^_*)




Then, aku pi beli BEG baru...Heee...comel tak?
Bukan takde beg. Sebelum ni memang ader 1 dah.
Tapi dah tak macam rupa beg dah.
Pergi kursus bwk beg tu, pergi out station pon bwk beg tu
Nak pindah-randah pon beg tu juge.
Lama-lama beg tu dah macam belacan dah aku tengok.
Huhu! (^_^) So terpaksa la kiter beli beg baru!
Alasan.



Pastu, booking TICKET FLIGHT.
Pon dapat tiket promo. 
Fuhhh...naseb baiklah..sepp bajet sket kan...hehe!
Duit lebih tu boleh 'dilebih-lebihkan' untuk 'soping-soping'
Hahahahahahahahah!



Seterusnya?
Ala, beli baju selai dua je...xkan xleh kot.... (*_*)



Pastu?
Pastu aku tak buat ape-apelagi....
Sebab keje banyak plak minggu ni...
Weekend ni siap kena out station lagi ke Kelantan.
Balik Kelantan shoot terus ke Alor Setar.
Boss macam tau-tau je minggu depan aku nak hennnjjooyy...
Takpelah boss. Kalau macam ni nampak gayanye...
Saya belikan boss magnet fridge jelah.
(*_*)



Thursday, April 12, 2012

Masalah Manusia Biasa.

Kajian Permasalahan Perhubungan Yang Biasa Berlaku

Situasi 1

Anda mempunyai seorang abang/adik angkat. Menjaga anda di kala susah dan senang. Setelah sekian lama, anda mula menyayanginya sebagai lebih dari seorang abang/adik. Bila anda dah luahkan, tiba-tiba katanya, carilah orang lain yang lebih baik darinya. Kecewa. Tapi dalam masa yang sama, tiba seorang lelaki/wanita lain yang sukakan anda sepenuh hati, meminta agar anda membalas cintanya. Setelah bahagia bersama, abang/adik angkat anda itu kemudian datang dan meluahkan isi hati. Katanya, dia juga menyayangi anda lebih dari seorang abang/adik. Ketika itu, hati anda menyayangi kedua-duanya. Dan kalau boleh tak mahu kehilangan kedua-duanya. Jadi apa penyelesaian terbaik anda? Bagi mengelakkan anda mengecewakan kedua-dua hati itu.

Situasi 2

Anda mempunyai seorang teman lelaki/teman wanita. Kemudian datang seorang lelaki/wanita lain yang ingin berkawan dengan anda. Jadi sebagai manusia biasa yang mahu berkawan dengan semua orang, anda menerima hubungan persahabatan itu dengan baik. Dia seorang yang baik, penyayang dan sangat mengambil berat tentang hal anda. Maka disebabkan itu, anda melayaninya juga dengan baik. Sebagai membalas kebaikannya pada anda. Bukan senang untuk bertemu dengan sahabat yang sebaik itu kan. Malangnya, hubungan baik itu disalah ertikan oleh sahabat tersebut. Dia mengharapkan lebih dari sebuah persahabatan. Sedangkan anda telah mempunyai seorang teman wanita/lelaki. Jadi apa penyelesaian terbaik anda? Bagi mengelakkan anda mengecewakan kedua-dua hati itu.

Situasi 3

Anda mempunyai teman wanita/lelaki. Hubungan anda telah terjalin hampir beberapa tahun. Sayang padanya itu tak usahlah nak diceritakan. Memang sayang sepenuh hati. Namun, di akhir-akhir ini anda sering bertengkar. Walaupun hanya kerana perkara kecil. Kemudian, datang sahabat lama anda. Yang tiba-tiba mengambil berat tentang anda. Yang mendengar setiap masalah anda. Yang menceriakan anda di kala anda sedang berduka. Dan di kala hati anda sedang mengalami masalah seperti itu, anda sedikit terhibur dengan sahabat lama anda itu. Satu sikapnya yang anda suka adalah apabila dia memahami setiap yang anda perkatakan. Dan dia tidak pernah memaksa. Batu yang keras dan kasar, kalau diukir dan di asah, lama-lama akan nampak cantik dan licin. Tapi, dalam masa yang sama anda tahu bahawa teman lelaki/wanita anda itu masih menyayangi anda sepenuh hati walaupun sering bertengkar. Jadi apa penyelesaian anda yang terbaik? Supaya kedua-duanya tidak kecewa dengan tindakan anda?


Anda bukan Tuhan. 
Anda bukan malaikat. 
Anda bukan dewa-dewi. 
Anda bukan seorang yang perfectionist. 
Jadi bagaimana untuk anda menjadi seorang yang adil dengan manusia lain. 
Keadaan yang membuatkan anda tersepit. 
Walau apapun penyelesaiannya, back to basic. 
Tuhan itu tidak akan menguji hambaNya sekiranya Dia tahu anda tidak mampu untuk menghadapinya.
Betul tak?

Tuesday, April 10, 2012

Berjogging Ala-ala Terer....

Lupakan pasal tajuk entry ni...lebih-lebih lagi pada perkataan 'Ala-ala Terer' tu (^_*)

Hari ni aku nak jadi cikgu pendidikan jasmani. Nak share tips berjogging/ berlari yang aku dapat hasil dari amalan diri sendiri, dan ada jugak yang disedut-sedut dari beberapa sumber. Let's cekikdaud....!



1. Sila belajar kawal pernafasan. Jangan bernafas macam lembu nak kena sembelih. Tak kira lah masa nak jogging ke, nak masuk lumba lari ke. Tenangkan diri. Lapangkan fikiran.

2. Tarik nafas melalui hidung dan sebaiknya hembus juga melalui hidung. Kalau still rasa tak boleh, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. JANGAN belajar tarik nafas melalui mulut ketika berlari. Korang akan cepat rasa kering tekak & secara autonye penat.





3. Yang panjang kakinya, take advantage utk membuat langkahan yang besar. 1 langkah korang mungkin boleh menyamai 2 langkah orang berkaki pendek dan menjimatkan tenaga. Yang berkaki pendek, jangan sedih. Heheh...aturkan langkah korang supaya tidak terlalu banyak dalam sesuatu masa. Sebab itu akan mengundang korang rasa penat di awal larian.


4. Kalau masuk pertandingan long distance, tak perlulah nak pecut di awal garisan permulaan. Sedarlah bahawa garisan penamat tu jauh lagi. Apa yang perlu korang buat, aturkan langkah selari dengan hembusan nafas. Kalau bijak korang mengawal pernafasan, korang tidak akan merasa sakit di bahagian dada dan buah pinggang. Tak percaya? Cubalah! (^_^)






5. Hayunan tangan dan bahu. Separuh orang, hayunan tangan dan bahu akan membuatkan lariannya bertambah laju. Tapi ingat, terlalu drastik menghayun dan menggerakkan bahu akan buat korang mudah rasa penat dan letih. Tips yang selalu aku buat bila tangan dan bahu rasa lenguh, kedua-dua tangan di letakkan di belakang dan berlarilah seperti biasa. (Gaya larian ni memang nampak mcm pelik, tapi selesa. Cuma janganlah buat macam tu sampai garisan penamat.)





6. Pandang terus ke depan. Jangan amalkan untuk memandang kaki anda atau ke arah tanah sebab itu akan mengundang rasa pening atau nak pitam. Plus, berbahaya. Kot berlaga dengan orang depan nanti, naya je...huhu!




7. Jangan amalkan bercakap sewaktu berlari. Bercakap membuatkan pernafasan korang berterabur. Fokus dengan larian/ jogging. Tunggu-tunggulah lepas lari kalau nak sembang pon....






8. Jangan ingat orang yang berlari pecut di garisan permulaan, akan terus pecut sampai ke garisan penamat. Melainkan dia takde jantung lah. Alah, ini bukan macam lumba kuda. Bukak pagar je, kuda dah pecut. Tapi, biasanya kalau dah pecut di awal larian, dia pasti pancit di tengah jalan. So, apa nak risau? Time tu lah take advantage utk memotong!





9. Tak tau lah orang lain. Tapi aku gemar berjogging sambil menyumbat telinga dengan MP3/MP4. Lagu-lagu yang rancak akan menyumbang kepada semangat larian aku. (^_^) Tapi terpulanglah pada diri korang sendiri. Kalau yang suka berlari secara tenang, mungkin tak suka guna MP3/MP4.
p/s: Sorry dengan gambar di sebelah. Agak memalukan. Haha!


10. Pemilihan kasut adalah sangat penting. Tapak, rekabentuk, material kasut sangat penting untuk menjamin keselesaan semasa berlari di samping menjaga kesihatan korang. Kaki tu nak pakai lama. Jadi apa salahnya beli kasut yang bagus sikit. Bagus tak semestinya mahal.







11. Selesai sahaja larian, jangan terus duduk atau meneguk air (lagi-lagi air sejuk atau berkarbonat). Sebab ia sangat membahayakan jantung. Sebaiknya, buat sedikit regangan, slow walk/jog atau cooling down. Bagi urat-urat, darah, degupan jantung korang berfungsi semula secara normal. Jangan tak percaya, ada yang pernah melayang nyawa hanya kerana dia terus meneguk air selepas berlari/berjogging!







Actually banyak lagi tips yang aku nak kongsi. Tapi korang amalkanlah dulu yang 11 ni. Sebab ini semua yang basic. Kalau nak jadi lebih terer, kenalah mula dari yang basic dulu betul tak? Selamat berlari/ berjogging!       \(^_^)/

Thursday, April 5, 2012

Baby Steps Into The Kitchen (^_^) Part 2

Ok, seperti yang dijanjikan, disebabkan entry ni ada part 1, so kena la ader part 2 kan...
Tak nak cakap banyak...just nak bagi korang terliur je.
Hahahahaha!
Silalah scroll dan lihatlah keindahan makanan ni semua..............















Haa...laparkan? Laparkan?
Memang menguji keimanan kalau nengok time puasa ni. Huhu!
Sebenarnya aku lebih suka tengok presentation makanan ni lebih dari cara menyediakannya...
So samalah macam aku masih tak belajar masak jugakkk! Hahahaha!

Jog...Jog...Jogging! Bukan Jogjakarta Hokeeyy.... (^_*)

Jogging



Separuh orang, dengar perkataan ni je...dia dah rasa malas. Apetah lagi nak melaksanakannya. (^_*) Separuh orang lagi, mungkin pengsan terus bila suruh jogging. (*_*) Teruk betul lah....Tapi ada jugak yang semangat bila di ajak jogging  \(^_^)/ Aku? Dulu malas jugak. Tapi sekarang, kalau ajak...no hal aje. 

Btw, aktiviti berjogging ni memang banyak faedahnya. Alah, kalau aku tak cakap pon mesti semua orang tau kan...Punca aku rajin berjogging ni, bermula masa zaman frust menonggeng dululah. (ceh...tak rockkk betul lah aku mase tu...LOL) Tapi nasib baik mase aku frust dulu aku tak buat benda-benda bodoh. Yang menjahanamkan diri sendiri. Sebaliknya aku menjadikan jogging ni sebagai salah satu cara untuk cepat rasa letih, mengantuk dan terus tidur...tanpa perlu menangis bengkak-bengkak mata sebab frust. Hahaha!



Tapi, lama kelamaan, aktiviti ni jadi macam satu hobi pulak. Kaki rasa ringan. Pernafasan rasa teratur. Dan kalau nak suruh aku lari/ jogging memang takde masalah. Insyaallah boleh. Alah macam dalam lagu kat TV 1 tu..."Aaadik-adik ku....Insyaallah boleh!" (^_^) - Ok, fineeee! Takde kena mengena.



Tapi nak kata hebat berlari macam atlit tu, taklah. Bukanlah hebat tahap sprinter. Jujurnya, aku mengaku aku tak boleh buat short distance, tak boleh nak speed, tapi Insyaallah mampu untuk buat long distance. (^_^) But, since 3,4 tahun gemar berjogging ni, aku banyak collect tips sendiri...macamana nak maintain step masa berlari, nak kawal pernafasan, nak elak rasa sakit kat buah pinggang, nak kurangkan rasa penat, nak bajet masa. Walaupun aku tak tau sama ada tips aku ni adalah tips yang betul mengikut fakta kesihatan atau tak, tapi sekurang-kurangnya aku boleh ckp yang aku selesa dengan cara ni. Dan memang selalu amalkan sehingga ke hari ini.



Apa tips-tips nye? Ok, baca entry lepas ni. Hahahaha! Saje je kan nak  buat gimik? ~Lalalala~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...