Thursday, April 5, 2012

Jog...Jog...Jogging! Bukan Jogjakarta Hokeeyy.... (^_*)

Jogging



Separuh orang, dengar perkataan ni je...dia dah rasa malas. Apetah lagi nak melaksanakannya. (^_*) Separuh orang lagi, mungkin pengsan terus bila suruh jogging. (*_*) Teruk betul lah....Tapi ada jugak yang semangat bila di ajak jogging  \(^_^)/ Aku? Dulu malas jugak. Tapi sekarang, kalau ajak...no hal aje. 

Btw, aktiviti berjogging ni memang banyak faedahnya. Alah, kalau aku tak cakap pon mesti semua orang tau kan...Punca aku rajin berjogging ni, bermula masa zaman frust menonggeng dululah. (ceh...tak rockkk betul lah aku mase tu...LOL) Tapi nasib baik mase aku frust dulu aku tak buat benda-benda bodoh. Yang menjahanamkan diri sendiri. Sebaliknya aku menjadikan jogging ni sebagai salah satu cara untuk cepat rasa letih, mengantuk dan terus tidur...tanpa perlu menangis bengkak-bengkak mata sebab frust. Hahaha!



Tapi, lama kelamaan, aktiviti ni jadi macam satu hobi pulak. Kaki rasa ringan. Pernafasan rasa teratur. Dan kalau nak suruh aku lari/ jogging memang takde masalah. Insyaallah boleh. Alah macam dalam lagu kat TV 1 tu..."Aaadik-adik ku....Insyaallah boleh!" (^_^) - Ok, fineeee! Takde kena mengena.



Tapi nak kata hebat berlari macam atlit tu, taklah. Bukanlah hebat tahap sprinter. Jujurnya, aku mengaku aku tak boleh buat short distance, tak boleh nak speed, tapi Insyaallah mampu untuk buat long distance. (^_^) But, since 3,4 tahun gemar berjogging ni, aku banyak collect tips sendiri...macamana nak maintain step masa berlari, nak kawal pernafasan, nak elak rasa sakit kat buah pinggang, nak kurangkan rasa penat, nak bajet masa. Walaupun aku tak tau sama ada tips aku ni adalah tips yang betul mengikut fakta kesihatan atau tak, tapi sekurang-kurangnya aku boleh ckp yang aku selesa dengan cara ni. Dan memang selalu amalkan sehingga ke hari ini.



Apa tips-tips nye? Ok, baca entry lepas ni. Hahahaha! Saje je kan nak  buat gimik? ~Lalalala~


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...