Situasi 1
Anda mempunyai seorang abang/adik angkat. Menjaga anda di kala susah dan senang. Setelah sekian lama, anda mula menyayanginya sebagai lebih dari seorang abang/adik. Bila anda dah luahkan, tiba-tiba katanya, carilah orang lain yang lebih baik darinya. Kecewa. Tapi dalam masa yang sama, tiba seorang lelaki/wanita lain yang sukakan anda sepenuh hati, meminta agar anda membalas cintanya. Setelah bahagia bersama, abang/adik angkat anda itu kemudian datang dan meluahkan isi hati. Katanya, dia juga menyayangi anda lebih dari seorang abang/adik. Ketika itu, hati anda menyayangi kedua-duanya. Dan kalau boleh tak mahu kehilangan kedua-duanya. Jadi apa penyelesaian terbaik anda? Bagi mengelakkan anda mengecewakan kedua-dua hati itu.
Situasi 2
Anda mempunyai seorang teman lelaki/teman wanita. Kemudian datang seorang lelaki/wanita lain yang ingin berkawan dengan anda. Jadi sebagai manusia biasa yang mahu berkawan dengan semua orang, anda menerima hubungan persahabatan itu dengan baik. Dia seorang yang baik, penyayang dan sangat mengambil berat tentang hal anda. Maka disebabkan itu, anda melayaninya juga dengan baik. Sebagai membalas kebaikannya pada anda. Bukan senang untuk bertemu dengan sahabat yang sebaik itu kan. Malangnya, hubungan baik itu disalah ertikan oleh sahabat tersebut. Dia mengharapkan lebih dari sebuah persahabatan. Sedangkan anda telah mempunyai seorang teman wanita/lelaki. Jadi apa penyelesaian terbaik anda? Bagi mengelakkan anda mengecewakan kedua-dua hati itu.
Situasi 3
Anda mempunyai teman wanita/lelaki. Hubungan anda telah terjalin hampir beberapa tahun. Sayang padanya itu tak usahlah nak diceritakan. Memang sayang sepenuh hati. Namun, di akhir-akhir ini anda sering bertengkar. Walaupun hanya kerana perkara kecil. Kemudian, datang sahabat lama anda. Yang tiba-tiba mengambil berat tentang anda. Yang mendengar setiap masalah anda. Yang menceriakan anda di kala anda sedang berduka. Dan di kala hati anda sedang mengalami masalah seperti itu, anda sedikit terhibur dengan sahabat lama anda itu. Satu sikapnya yang anda suka adalah apabila dia memahami setiap yang anda perkatakan. Dan dia tidak pernah memaksa. Batu yang keras dan kasar, kalau diukir dan di asah, lama-lama akan nampak cantik dan licin. Tapi, dalam masa yang sama anda tahu bahawa teman lelaki/wanita anda itu masih menyayangi anda sepenuh hati walaupun sering bertengkar. Jadi apa penyelesaian anda yang terbaik? Supaya kedua-duanya tidak kecewa dengan tindakan anda?
Anda bukan Tuhan.
Anda bukan malaikat.
Anda bukan dewa-dewi.
Anda bukan seorang yang perfectionist.
Jadi bagaimana untuk anda menjadi seorang yang adil dengan manusia lain.
Keadaan yang membuatkan anda tersepit.
Walau apapun penyelesaiannya, back to basic.
Tuhan itu tidak akan menguji hambaNya sekiranya Dia tahu anda tidak mampu untuk menghadapinya.
Betul tak?
No comments:
Post a Comment