Sunday, June 29, 2014

Marhaban Ya Ramadhan! (^_^)



Alhamdulilah...

Sedar tak sedar kita dah menjenguk 1 Ramadhan 1435 H bersamaan 29 Jun 2014. Macam sekejap je masa berlalu kan? Pejam celik pejam celik, inilah Ramadhan ke 3 bersama suami tersayang. Eh! Eh! Actually Ramadhan ke-2 sebagai husband and wife, 2013-2014. Yang 1st year tu which I mean 2012 adalah saat kami berjumpa for the 1st time. Kira macam cinte-cinte dulu lah. Next yearnya baru nikah. Ahahaha!

2012 - puasa dan bercinte
2013 - nikah, puasa and preggy
2014 - puasa bertiga (^_^)

Ramadhan memang meninggalkan 1001 kenangan manis dalam life aku. Syukur alhamdulilah. Tapi tu lah...Allah dah bagi macam-macam nikmat hidup, lepas satu dan satu. Manis-manis belaka. Tapi keimanan pada Dia macam dok takat tu aja. Sobs sobs sobs....I'm sorry. I am not a good servant :`(

Semoga Ramadhan kali ini semakin akan menambahkan lagi keimanan dan ketaqwaan aku padaNya. To all bloggers and readers, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK. Semoga Ramadhan kali ini memberi 1001 keberkatan dan kemanisan buat kalian. Jom kita sama-sama menambahkan lagi pahala dan amal di bulan yang mulia ini, Insyaallah.... (^_^)

Photo: Pantang ditegur..menyengih aje. :)

Selamat Berpuasa dari Suffi Khaleefa untuk uncles and aunties semua!

Tuesday, June 24, 2014

Pakcik Tua, Ayat Quran & RM 10 (^_^)

This is a short entry. Got another mission to be accomplish tonite.Ada perkara lebih penting untuk ditaip lepas ni. 

Semalam, aku dan shuben bawak anak-anak saudara pergi minum petang di salah sebuah gerai di tepi Queensbay. Saja lah menghabiskan masa petang sebelum mama mereka datang ambil malam tu. So, sedang kami leka makan, suddenly...there`s an old man, umur lebih kurang dalam 60-65 years old. Muka macam Pakistan dan arab-arab sikit. Berpakaian kemas, berkopiah, seluar slack dan baju kemeja lengan panjang tight in. Dia datang bersama dengan beberapa keping ayat Al Quran yang kelihatan simple saja hasil buatannya.

Dia offer kami untuk beli ayat Al Quran itu dengan harga RM 10. Aku belek ayat tu. Nampak menarik dari segi tulisan dan cardboard nya. Tapi yang tak menarik adalah ianya ditampal dengan menggunakan double sided tape yang biasa. 





Shuben mula refused untuk beli bila melihatkan ianya tersangat tak berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Aku toleh balik ke muka pakcik tua yang menjual ayat tu. Dia nampak ikhlas. Katanya (sambil speaking), "Saya sangat berbesar hati sekiranya Puan sudi membeli apa yang saya jual."

Entah macam mana, aku dengan rasa rela hati tiba-tiba mengeluarkan not RM 10 daripada handbag dan memberikan pada pakcik tadi tanpa banyak soal. Aku harap sumbangan RM 10 aku itu kalau pun tidak dapat banyak membantu pakcik tu, tapi sekurang-kurangnya akan mendapat ganjaran yang baik dari Allah SWT.

Pakcik tu nampak happy bila aku sudi beli barang yang dia jual. Selepas dia beredar, aku cakap dengan shuben "Saya harap apa yang saya sumbangkan, walau tak besar tapi dapat keberkatan dari Allah SWT" Shuben aku tersenyum sambil mengangguk. Mungkin dia bersetuju dengan pendapat aku.

Lepas lebih kurang 15 minit pakcik tu beredar, suddenly dia datang semula pada meja kami. Sambil pandang aku dan tersenyum, dia kata " Puan, saya minta maaf sekiranya apa yang saya jual dengan harga RM 10 itu tidak berbaloi kepada Puan. Tapi, saya berterima kasih dan bersyukur kepada Allah atas rezeki ini. Saya doakan kepada Allah, agar keluarga Puan, diberkati, dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT sampai bila-bila. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Terima kasih, Puan. Saya pergi dulu."

Aku tak tahu kenapa dia datang semula pada meja kami dan cakap macam tu. Tapi aku bersyukur sebab ada juga terlintas di hati dia untuk mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga hanya dengan kami memberi sedekah sekecil RM 10.

Daripada dalam kereta sampai ke rumah aku berfikir. 

Hari ini terlalu ramai manusia yang meminta sedekah, menjual barang dan meminta sejumlah wang...aku sendiri tak tahu sama ada mereka sedang benar-benar mahu meneruskan hidup dengan duit yang kita beri atau atas tujuan menipu orang yang memberi wang/sedekah.

Tapi bagi aku, dia menipu atau tidak, itu antara dia dengan Tuhan. Aku tak layak untuk judge dia selagi aku tak tahu apa kedudukan dia yang sebenarnya. Peranan aku sebagai manusia dan khalifah adalah memberi kepada yang lebih memerlukan. Bersedekah walaupun rezeki aku kecil. Sebab aku yakin, setiap pemberian ikhlas itu pasti Allah akan balas dengan sesuatu yang lebih baik. Walaupun bukan dari segi wang, mungkin juga dari segi kebahagiaan, panjang umur atau rezeki anak-anak.

Satu pengalaman yang berlaku dalam masa tak sampai 5 minit, tapi memberi pengajaran dan teladan yang boleh aku bawak sampai mati. Bersedekah tidak mengurangkan rezeki malah ia menambahkan rezeki, Insyaallah.


Monday, June 9, 2014

DIY: Puding Jagung Strawberry (^_^)

Nak bagi tutorial dan resepi lagi boleh?
Jangan nanges baca entry semalam dan hari ni. 
Memang aku tak pandai masak.
Bila pandai sikit-sikit resepi yang simple2
Habis satu malaya nak sebarkan.

Hoi.
Jangan negatif sangat.
Ilmu yang sikit tu lah lebih baik disebarkan kepada ramai orang
Supaya nanti Tuhan balas dengan ilmu yang lebih banyak dan luas.
Tak gitewww? Kohkohkoh~

PUDING JAGUNG STRAWBEERY


Anda perlukan:
1. Tepung Kastard secawan
2. susu Full Cream secawan
3. 2 cawan air 

Gaulkan kesemua bahan ini dan panaskan di dalam periuk bersama api yang kecil.



4. 1/2 cawan gula pasir

Agak-agak campuran 3 bahan tadi dah bergaul sempurna, masukkan gula pasir.



5. 1 tin jagung manis

Teruskan mengacau campuran tadi. 
Agak-agak dah nampak sebati, masukkan jagung manis pula.


Gaul lagi sehingga pekat. 
Jangan tinggalkan terlalu lama sebab ia akan mudah berketul.



5. Buah strawberry. 
Kuantiti, ikut suka anda.


Potong kepada 2 bahagian. Ini untuk hiasan atas puding.
Tapi kalau rasa-rasa nak campurkan dalam adunan tadi pon boleh, 
kena potong dadu kecil-kecil.
Masukkan ketika agak-agak lagi 1-2 minit nak tuangkan adunan tadi ke dalam loyang 
Tujuan? Supaya strawberry anda tak lebam, tak fresh dan jadi tak sedap


Tuangkan ke dalam loyang dan hiaskan dengan strawberry yang dah dibelah tadi 
mengikut citarasa hiasan anda.


Sejukkan dalam peti ais.
Lepas 2-3 jam, bolehlah potong dan makan!

Puding aku ni presentation dia memang tak berapa nak menarik. 
Almaklumlah, bukan lulusan diploma atau ijazah kulinari. Hohoho~ 
Alah, apa ada pada rupa kalau rasa tak sedap.
Sama jugak kalau rupa cantik tapi budi bahasa kurang.
Ok, tetiba je kan? Hahahahaha~
Selamat mencuba!

Sunday, June 8, 2014

DIY: Roti Telur Cheese Meleleehhhhh....! (^_^)

Faktor terbesar aku lambat kahwin, selain dari jodoh lambat sampai adalah-->
FAILED bab memasak. 
Takut sangat kalau-kalau bakal mak mertua tak dapat terima seorang menantu yang tak pandai masak. Haha! Jumud sangat pemikiran aku kan. Padahal kebanyakan ibu mertua sekarang tidaklah sekejam dan se'rigid' dulu --> kau tak pandai masak, maka kau jangan berangan nak kahwin dengan anak bujang aku. Haa, giteww. Nasib baik mak mertua iols sangat baik dan memahami. Terima iols seadanya. Tenkiu mak! Ngeh ngeh ngeh....

Sekarang, lepas setahun kahwin, alhamdulilah walau tak terer mana memasak tapi nampak macam shuben aku takdelah hidup dalam kebuluran. Atau tiap-tiap hari kena makan nasik bungkus. Dia siap boleh bawak bekal dari rumah lagi you...haha! Breakfast yang ringkas-ringkas sudah memadai, janji ikhlas dari air tangan bini, tak gitu? Koh koh koh~

Oklah, intro yang membebel sangat. 
Short and sharp, ni aku nak ajar (cewahh ada hati nak ajar orang...kohkohkoh) 
Yelah, ayat lagi sedap nak bagi resepi dan tutorial macamana nak buat 
ROTI TELUR CHEESE MELELEH
Nampak? 
Baru dapat resepi simple dari kakak aku, aku dah berlagak nak ajar orang. Nampak?
Hahaha! Bukan berlagak, share ilmu. Nak kedekut buat ape. 
Bukan boleh bawak mati pun ye tak.
Apa? Nak amik pen dan kertas? 
TAK PAYAHHHHHH....
Ni resepi paling simple dalam dunia. Budak 3 taun pon boleh ingat.
Dah, jom scroll gambar.



Bahan-bahan --> Roti, cheese dan telur


2 keping roti bersama sekeping cheese.


Cheese tersebut dihimpit rapattt oleh roti 2 keping tadi.


Potong ikut bilangan dan bentuk yang uols suka.


Telur tadi--> pecah dan pukul sampai sebati seperti gambar di atas. 
Tak payah bubuh garam sebab nanti bila dah ada cheese, akan sediakala masin.


Celupkan roti dan cheese yang dah dipotong tadi ke dalam telur.


Dan goreng. Siap!


Ni aku ZOOM kan bagi korang nampak betapa melelehhhh nye cheesedale tadi.
Terliur tak? Terliur tak?
Esok nak buat lettewww....
Hahaha! Selamat mencuba!


Kepada Mak Mertua saya, Puan HIJRAH BT ISMAIL.


"Mak, seperti yang mak tau....
menantu mak ni memang tak pandai masak. 
Tapi Ashu janji, Ashu takkan biar anak mak 
makan nasi bungkus tanpa sebab dan tanpa kerelaan.
U can count on me, mak!"

Ngeeeeee (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...