This is a short entry. Got another mission to be accomplish tonite.Ada perkara lebih penting untuk ditaip lepas ni.
Semalam, aku dan shuben bawak anak-anak saudara pergi minum petang di salah sebuah gerai di tepi Queensbay. Saja lah menghabiskan masa petang sebelum mama mereka datang ambil malam tu. So, sedang kami leka makan, suddenly...there`s an old man, umur lebih kurang dalam 60-65 years old. Muka macam Pakistan dan arab-arab sikit. Berpakaian kemas, berkopiah, seluar slack dan baju kemeja lengan panjang tight in. Dia datang bersama dengan beberapa keping ayat Al Quran yang kelihatan simple saja hasil buatannya.
Dia offer kami untuk beli ayat Al Quran itu dengan harga RM 10. Aku belek ayat tu. Nampak menarik dari segi tulisan dan cardboard nya. Tapi yang tak menarik adalah ianya ditampal dengan menggunakan double sided tape yang biasa.
Shuben mula refused untuk beli bila melihatkan ianya tersangat tak berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Aku toleh balik ke muka pakcik tua yang menjual ayat tu. Dia nampak ikhlas. Katanya (sambil speaking), "Saya sangat berbesar hati sekiranya Puan sudi membeli apa yang saya jual."
Entah macam mana, aku dengan rasa rela hati tiba-tiba mengeluarkan not RM 10 daripada handbag dan memberikan pada pakcik tadi tanpa banyak soal. Aku harap sumbangan RM 10 aku itu kalau pun tidak dapat banyak membantu pakcik tu, tapi sekurang-kurangnya akan mendapat ganjaran yang baik dari Allah SWT.
Pakcik tu nampak happy bila aku sudi beli barang yang dia jual. Selepas dia beredar, aku cakap dengan shuben "Saya harap apa yang saya sumbangkan, walau tak besar tapi dapat keberkatan dari Allah SWT" Shuben aku tersenyum sambil mengangguk. Mungkin dia bersetuju dengan pendapat aku.
Lepas lebih kurang 15 minit pakcik tu beredar, suddenly dia datang semula pada meja kami. Sambil pandang aku dan tersenyum, dia kata " Puan, saya minta maaf sekiranya apa yang saya jual dengan harga RM 10 itu tidak berbaloi kepada Puan. Tapi, saya berterima kasih dan bersyukur kepada Allah atas rezeki ini. Saya doakan kepada Allah, agar keluarga Puan, diberkati, dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT sampai bila-bila. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Terima kasih, Puan. Saya pergi dulu."
Aku tak tahu kenapa dia datang semula pada meja kami dan cakap macam tu. Tapi aku bersyukur sebab ada juga terlintas di hati dia untuk mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga hanya dengan kami memberi sedekah sekecil RM 10.
Daripada dalam kereta sampai ke rumah aku berfikir.
Hari ini terlalu ramai manusia yang meminta sedekah, menjual barang dan meminta sejumlah wang...aku sendiri tak tahu sama ada mereka sedang benar-benar mahu meneruskan hidup dengan duit yang kita beri atau atas tujuan menipu orang yang memberi wang/sedekah.
Tapi bagi aku, dia menipu atau tidak, itu antara dia dengan Tuhan. Aku tak layak untuk judge dia selagi aku tak tahu apa kedudukan dia yang sebenarnya. Peranan aku sebagai manusia dan khalifah adalah memberi kepada yang lebih memerlukan. Bersedekah walaupun rezeki aku kecil. Sebab aku yakin, setiap pemberian ikhlas itu pasti Allah akan balas dengan sesuatu yang lebih baik. Walaupun bukan dari segi wang, mungkin juga dari segi kebahagiaan, panjang umur atau rezeki anak-anak.
Satu pengalaman yang berlaku dalam masa tak sampai 5 minit, tapi memberi pengajaran dan teladan yang boleh aku bawak sampai mati. Bersedekah tidak mengurangkan rezeki malah ia menambahkan rezeki, Insyaallah.
No comments:
Post a Comment