Hye!
Cuci muka. Ye, betul. Hari ni nak cerita pasal cuci muka. Nampak macam remeh. Tapi tahukah anda, perkara remeh yang anda anggap kecil selalunya merupakan permulaan kepada satu kekecewaan yang besar? Contoh.
"Sewaktu Bedah (bukan nama sebenar) remaja dan masih muda, Bedah sangat rajin pakai mekap. Bagi dia kecantikan itu sangat penting. Tapi sayangnya, Bedah rajin pakai mekap namun MALAS untuk mencucinya. Jika dia cuci pun, sekadar cuci yang nampak di mata. Itu pun guna 2 jari, tenyeh-tenyeh-tenyeh, kurang 2 minit dan terus cuci dengan air. Pencuci muka pun beli yang paling murah dan jimat. Asal nampak banyak buih, dia rasa itu dah cukup bersih.
Kini Bedah telah memasuki umur 40 an. Wajahnya sudah mula nampak kusam. Bekas jerawat bersepah-sepah. Sekalipun dia pakai mekap 5 inci tebal namun tiada serinya. Malah, jeragat dan white head sudah mula bertamu tanpa diundang. Sekalipun dia tutup pakai liquid paper, jeragatnya tetap terserlah jelas di wajah Bedah. Bedah sangat kecewa. Kalaulah Bedah menjaga wajahnya sejak dari awal dulu, sudah tentu tidak akan jadi begini."
Ok, itu adalah normal situation yang selalu berlaku pada ramai wanita. Punca asal, suka mekap tapi tak suka cuci. Kalau cuci pun sekadar buat syarat sahaja.
Tak dinafikan, aku juga hampir-hampir jadi macam si Bedah. Suka mekap tapi MALAS nak cuci betul-betul. Tenyeh-tenyeh-tenyeh, lalukan dengan air. Lagi-lagi kalau dah balik lewat malam,mata mengantuk. Sambil lelap je cuci muka. Huhuhu!
Luckily, ada kesedaran awal selepas terserempak dengan seorang kakak (lingkungan umur 40an...I guest. Or lebih muda sebenarnya?) masa nak bayar barang dekat cashier sebuah kedai. Jeragat dan white head dia...Allahuakbar...sangat menakutkan. White head nampak tercacak-cacak dan jeragat sangatttt tebal. Rasa macam sedih dan takut sangat masa tu. Adakah aku akan jadi macam dia bila semakin dimakan usia nanti? Owh tidakkkkk....
Pastu...aku rajin sikit la nak cuci muka. Tapi, timbul curiga di hati...bersih ke cara aku cuci muka ni? Tanggal ke semua bekas mekap yang ada kat muka ni? Haduiiii....makin bertambah lagi risau bila terbayang-bayang white head akak tu.
Ye. Skinvigorate Brush by Mary Kay.
Khas untuk mencuci wajah dengan jaminan 85% lebih baik dalam tugas menanggalkan solekan berbanding menggunakan tangan.
Bagaimana ia berfungsi membantu kulit wajah?
Honestly, mula-mula aku takut jugak nak guna kan. Sebab selalu orang guna berus kat badan ni untuk bersihkan gigi, tapak kaki atau bahagian belakang badan. Ini tiba-tiba nak berus muka pulak. Macam pelik je. Tapi kakak aku kata, cuba dulu la baru komen. Ok, so aku setuju.
Ready? (^_^)
What's inside the box?
1 x pemegang
2 x berus
2 x bateri AA
1 x manual book
Owh by the way gambar di atas baterinya sudah tiada yek.
Sebab kakak iolls dah masukkan siap-siap dalam pemegang brush tu.
And this is mine. Ready to brush! Brush! Brush! Weeeee! \(^_^)/
And one more thing nak habaq mai
aku gunakan brush ni bersama dengan cleanser MK yang paling aku suka,
Mary Kay Timewise.
Apakah bahagian-bahagian penting yang kita perlu bersihkan?
1. Dahi
2. Kedua belah pipi
3. Dagu/bawah bibir
4. Hidung
Macam semua orang tahu, point-point yang disebutkan di atas
adalah bahagian yang sangat mudah berminyak, berjeragat, white head tumbuh dan sebagainya.
So, fokuskan lebih kepada bahagian tersebut at least 15 seconds pada setiap bahagian.
Ok marilah kita mulakan!
Brush!
Brush!
Brush!
Brush!
Brush!
Tengah syok-syok brush, tetiba terdengar suara shuben menjerit dari luar toilet.
"Yang oiii....awak tu cuci muka ke, bertapa depan singki tu?
Suffi dah menangis cari awak ni."
Huhuhu! Punyalah sedap brush tu 'massage' muka kita, sampai tak perasan rupanya dah dekat setengah jam aku duduk depan singki toilet tu. So, cukuplah untuk malam ni. Esok cuci lagi lah kan. Dulu kemain malas lagi nak cuci muka lama-lama. Sekarang sampai tak sabar-sabar nak tunggu esok. Hahaha~
Lastly, after guna brush tu...korang boleh tanggalkannya semula dan basuh lah brush tu. Kemudian keringkan untuk penggunaan seterusnya nanti.
Haa...nampak tak daki-daki, saki baki mekap semua keluar kat berus tu haa....
puas hati makk, nyahhh!
(tangan kat bahu, mata ke atas, senyum lebor)
So, tunggu ape lagi kawan-kawan.....
Mehla try jugak. Janganlah berkira benor duit yang ada.
Karpet baru buh kat kaki, boleh order...
Handbag mahal buh bawah ketiak boleh beli...
Takkan kemudahan untuk kulit muka sendiri tak boleh beli kan? kan? kan?
Hehehe....
Jom order satu! Call/What's app SD Noraniza Mohtar 013-6689648
Muuuuuu...aaaahhhhhh!
Okebai.
3 comments:
salam kenal gan
ternyata untuk mencuci muka itu ada urutannya ya...
dan kalau untuk tempat kaos
kaki wanita yang koleksinya lengkap di bandung itu dimana ya...
maaf ya kalau pertanyaannya tidak nyambung dengan artikel
salam sukses
artikelnya menarik untuk di baca
dan kalau untuk cara mencuci kaos kaki muslimah yang bagus itu seperti apa ya...
mohon infonya ya...
Mana boleh saya dapatkan kalau nak borong ? Daoat harga baper yer
Post a Comment