Tuesday, December 16, 2014

HFMD: Pengalaman Suffi & Mummy (*_*)

Hye.

Dah masuk hari kedua aku cuti anak sakit. Esok ada satu hari lagi untuk aku pantau kesihatan Suffi. Nampak dah semakin reda jangkitan HFMD nya tu. What is HFMD? Yes. Bukan korang je yang tak tahu. Dulu aku pun tak amik tau pasal penyakit ni sampailah terkena sendiri pada anak aku. Baru terhegeh-hegeh nk google, baru gabra nak tanya-tanya orang. Biasala tu kan...sebab tu lah wujudnya pepatah 'sudah terhantuk baru nak terngadah'. Pepatah kasarnya, dah terpijak tahi ayam candu baru nak pakai selipar. Ha, gitteww....mih mih mih,

Ok, aku terangkan serba ringkas la ek psl HFMD ni berdasarkan pengalaman aku dan sedikit pembacaan dari internet serta penjelasan dari doktor pakar yang merawat Suffi.

What is HFMD?

HFMD stands for Hand Food Mouth Disease. Atau dalam bahasa Melayu nya Penyakit Kuku Tangan dan Mulut. Ia disebabkan oleh virus Coxsackie A16. Virus Coxsackie merupakan salah satu dari jenis virus yang terdapat dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus Polio, dan Echovirus. Serangan virus tu mostly terjadi pada bahagian telinga, mulut, tangan, lutut dan kaki. Boleh tengok contoh macam yang terkena pada Suffi.








At first, aku ingatkan Suffi kena demam campak. Yes. Dia ada demam pada awalnya kemudian diikuti dengan muncul banyak bintik-bintik merah seperti ruam yang aku bajet virus campak atau chicken pox.  Tapi setelah masuk beberapa hari, demamnya kebah tapi bintik-bintik tu jadi makin teruk. Daripada ruam-ruam merah, menjadi gelembung-gelembung air yang besar.

HFMD Symptoms

Mereka yang dijangkiti penyakit ni akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti:
1. Demam
2. Ulcer di mulut
3. Ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki.

Luckily, Suffi tidak sampai tahap ada ulcer dalam mulut dan dia boleh makan dan menyusu seperti biasa. Jika ulcer tumbuh dengan banyak dalam mulut, that's why anak tak mau makan dan minum hingga menyebabkan mereka dehydrate dan boleh ditahan di wad. Itu yang doktor pakar Hospital Pantai beritahu pada aku dan husband.

Komplikasi

Biasanya penyakit ni akan sembuh dalam masa 4-5 hari jika ianya tak serius. Tapi dari pembacaan aku terhadap beberapa blog kesihatan terdapat sebilangan kecil kes yang didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung. Furthermore, if demam anak mencapai suhu yang tinggi, akan berisiko untuk kena sawan. 

Cara Merebak

HFMD adalah satu penyakit mudah merebak. Ia boleh merebak melalui sentuhan secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka yang dijangkiti kuman ini. Penyakit ni mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghadapinya. Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun amat mudah dijangkiti virus ini.

So, jika anak korang terkena penyakit ni, silalah kuarantinkan mereka beberapa hari sehingga betul-betul sembuh agar tidak terkena pada kanak-kanak lain. Aku pun tidak mahu menuduh sesiapa yang menyebabkan Suffi dijangkiti penyakit ni. Ini bukan masa untuk mencari kesilapan orang lain. Kalau orang tu tau dan nampak virus tu, takkanlah dia nak biarkan orang lain pun terkena sama, ye tak? Plus, aku anggap ini ujian kecil dan lesson learn pada aku sebagai seorang ibu dan ujian ketahanan antibodi pada Suffi sendiri. Alhamdulilah, setelah dia terkena penyakit ni, aku boleh nampak sejauh mana dia boleh menahan dan melawan kesakitan. Anak mummy is a strong girl!

Cara Mencegah Dari Merebak

Jika anak kita dah terkena penyakit ni, tolong lakukan beberapa perkara:

1. Bawa jumpa doktor secepat mungkin.
2. Tidak digalakkan ubatan tradisional atau cubaan untuk merawat sendiri jika dah confirm kena HFMD.
3. Elakkan dari anak bergaul dengan kanak-kanak lain buat sementara waktu.
4. Jaga kebersihan dari segi menyediakan makanan dan menukar lampin.
5. Jangan biarkan perkongsian barang kegunaan pesakit dengan orang yang belum dijangkiti.

Apa yang aku lakukan bila Suffi terkena penyakit ni?

1. Aku ambil cuti beberapa hari untuk fokus pantau kesihatan dia.
2. Aku kuarantinkan Suffi di rumah dan sedaya upaya elak daripada berjumpa kanak-kanak lain.
3. Semua pakaian dan permainan Suffi, aku rendam dengan air panas dan Dettol bagi membunuh kuman. Kemudian baru aku basuh seperti biasa.
4. Kerap cuci tangan Suffi since dia dah pandai merangkak dan pergi ke merata tempat.

Itu usaha aku. Aku harap, penyakit ni tak berpanjangan terkena pada Suffi dan tidak juga berjangkit kepada anak orang lain. So, good luck to every moms yang membaca entry aku ni. Takpe. Jangan rasa down bila anak kita terkena penyakit ni. Bukan kerana kegagalan kita tidak memastikan anak kita selamat. Aku percaya, setiap ibu dah lakukan terbaik untuk anak masing-masing. Tapi, kadangkala Tuhan nak uji kita dengan sedikit ujian dunia. Insyaallah, sama-sama kita redha dan berusaha mencegahnya. 

By the way, perkara yang paling aku seronok walaupun Suffi terkena HFMD ialah bila selera makan dia langsung tak berubah. Tiada pantang makan. Kecuali PANTANG NAMPAK. Semua dia belasah dengan cukup berselera. Bhahahaha!



Roti dia belasah.


Ayam Daddy dia pun dia bedal.



Dan paling sedih...
Wall Selection Hershey's Ice Cream mummy pon dia habiskan...!
Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Awak tau tak mummy makan sikit-sikit supaya benda tu lambat habis?
Mai awak, sekali hadap je nak... (-_-)



















2 comments:

Hawa said...

comellnye.... hehehe

Hawa said...

comellnye.... hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...