Berubah...
sekali pikir memang mudah. tapi kalau dua kali fikir, bolehkah? aku sendiri susah nak tentukan adakah perubahan itu sukar itu dilakukan atau senang dilaksanakan. sebab, aku pernah cuba utk berubah. adakalanya aku berjaya. dan adakalanya aku gagal.
tapi bagi aku, semuanya depends on usaha & berkat doa yang dipohon. kalau kita sibuk sgt nak berubah, tapi perbuatan kita tak menghala kepada 'merubah diri untuk berubah', susah juga. perubahan tu takkan muncul. melainkan kita tetap akan berada di takuk yang sama.
aku ada pengalaman memiliki sahabat2 yang tak semua orang sangka mereka akan berubah. dari seorang yang jahil kepada seorang yg baik. mengikuti ajaran Nya. dan seorang yang baik kepada seorang yang sedikit terpesong dari ajaran Nya.
sahabat yg dulunya seorang yang jahil. kepada tuhan sujudnya,memang jarang-jarang. namun dia seorang sahabat yang baik. sejahil-jahil dia, dia masih boleh membaca al quran, mengingati doa-doa hafazan yang dipelajarinya sedari kecil. namun, cara hidupnya yang sedikit up to date itu,menyebabkan dia kelihatan sedikit kabur dalam berpakaian dan amalan dalam kehidupan sehariannya. dia jarang bersolat, jarang mengaji, berdoa apatah lagi. tapi aku senang berkawan dengannya kerana dia adalah seorang sahabat yang mendengar, mahu berkongsi masalah,pendapat, suka & duka dgn kawan-kawan. dia juga pernah mengatakan bahawa,
" aku tahu, aku jahat. aku tak sembahyang, aku tak berpakaian seperti apa yang dikehendaki Tuhan dan sebagainya. tapi, aku tak mengajak korang utk mengikuti cara aku. apetah lagi menghasut. terpulang lah pada korang utk mengikut aku atau sebaliknya. tapi aku tidak mengajar korang untuk menjadi seperti aku."
aku memandang kata-katanya di satu sudut yang positif. dia menyedari kesilapannya. dia tahu dia berkelakuan buruk di hadapan rakan-rakan, tapi dia juga mengingatkan bahawa berkawanlah dengannya namun janganlah mengikuti cara hidupnya. jika rakan-rakan tetap mahu mengikutnya, terpulanglah kepada kekuatan iman masing-masing.
bagi aku, sebagai orang yang telah dewasa,kita sudah tahu apa yang baik dan buruk jalan yang perlu kita pilih. dan sebagai kawan, aku tetap setia berkawan dengannya kerana sekurang-kurangnya dia menjadi penguji kepada keutuhan iman yang aku ada. kalau iman aku rapuh, maka terjerumus lah aku kepada hanyut duniawi. kalau iman aku masih boleh menjadi benteng kepada kemungkaran,maka ukhrawi aku masih boleh diselamatkan.
dan kini..sahabat aku itu, tanpa disangka-sangka telah memilih jalan yang diredhaiNya. dan semua orang tidak menyangka tindakan itu akhirnya menjadi jalan utama dalam hidupnya. dan aku menjadi sahabat yang sangat berbangga dengan tindakan itu. dari situ dapat aku simpulkan bahawa, tidak semestinya manusia yang jahil, akan terus jahil buat selama-lamanya...syabas buat beliau. semoga perubahan itu akan kekal sehingga ke akhir hayat. amin.
dan aku juga punya sahabat yang memang semua orang tau, dia adalah sebaik-baik umat dikalangan kami. yang sentiasa mengingatkan kami dengan perbuatannya bahawa solat itu tiang agama. ajaran agama itu adalah wajib dituruti, maksiat itu harus dijauhi, kemungkaran itu membawa kepada kehancuran. namun sayang, dalam pada kebaikan yang terpamer itu, dia adalah manusia yang mudah terpengaruh. dan di akhirnya, dia sendiri terjebak. terpengaruh dengan kata-kata org yang dirasakan hebat & dihormati. sayang...dalam kekuatan iman yang dimiliki, dia sukar membezakan antara kata-kata yang boleh diikuti dengan yang tak patut dituruti. akarnya rapuh disitu. menunggu masa untuk pohon itu mati & rebah ke tanah.
disitu bezanya antara 2 insan. yang bermula dengan kejahatan, berakhir dengan kebaikan. dan sebaliknya. dan kita, sebagai orang yang menonton drama dunia ini, perlulah mengambil iktibar bahawa jangan terlalu mudah menghakimi, jangan terlalu mudah dipengaruhi, jangan terlalu hebat mengecami & jangan terlalu lalai dari jalan yang sepatutnya dituruti. dunia ini terlalu banyak godaan. hampir di setiap sudut adanya syaitan.
aku pun tidak tahu bagaimana akhirnya perjalanan hidup aku. sama ada aku termasuk dalam golongan yang rugi ataupun golongan yang dapat mencium bau syurga. dan aku harap agar aku mati di dalam islam & iman. sesungguhnya aku juga adakalanya jahil & adakalanya iman yg senipis bawang itu sedikit menyelamatkan aku. dan aku harap agar Tuhan terus memberkati jalan hidup aku. amin...
sama-samalah kita renungi jalan hidup kita sendiri agar syurga itu tempat kita yang abadi. insyaallah..
No comments:
Post a Comment