Thursday, May 26, 2011

Tergamaknya Kau Wahai Anak...!

Salam semua!

Ok, hari ni kita stop dulu baca episod seterusnya untuk Novel baru aku yang bertajuk Syyhhh...! I Love You... sorry insyaallah aku akan publish episod seterusnya sebab aku lebih terpanggil untuk bercerita dengan korang tentang satu topik yang aku anggap serius dan WAJIB aku ketengahkan untuk perkongsian ramai.

" Siapa IBU Dalam Hidup Kita? "

Aku tau. topik ni separuh orang menganggap bahawa ia adalah satu topik yang membosankan. Tapi perkara yang membosankan inilah yang sebenarnya boleh menyedarkan semua orang bahawa betapa TINGGI nya martabat seorang IBU dalam hidup kita.

Aku bukan sengaja nak buka cerita ni untuk menyedihkan semua orang. Aku mintak maaf kepada pembaca yang sudah ketiadaan ibu. Namun, percayalah...ibu kalian cuma sudah tiada di dunia ini, tetapi insyaallah dia sedang menunggu kita di SANA nanti.

Terpanggilnya aku untuk membicarakan tentang topik ini adalah kerana aku baru saja mendengar satu kisah realiti yang berlaku di kalangan orang yang aku pernah kenal suatu masa dulu. Dan aku tak sangka dia sanggup untuk melakukan hal ini kepada ibunya yang telah banyak berkorban untuknya sejak dari kecil lagi.

Apa yang aku tahu, dia ditatang bagai minyak yang penuh sejak dari kecil lagi. Namun, sayang sekali...dia bertindak kurang ajar dengan ibunya sebaik sahaja dia mengenali seorang lelaki dalam hidupnya. Lelaki itu juga tidak pernah menghormati ibu perempuan ni. Sedangkan dia mahu memperisterikan perempuan itu. Namun, oleh kerana terlalu sayangkan anaknya, restu diberi & kini hamba allah itu telah mengahwini lelaki tersebut. Tapi, sebaik sahaja majlis berakhir, hamba allah itu terus meninggalkan ibunya dan berpindah masuk ke rumah baru mereka. tTiada ucapan terima kasih di atas bantuan ibunya menganjurkan majlis pernikahan mereka apetah lagi memberi bantuan tenaga mengemaskan apa yang patut setelah majlis selesai.

Dan sehingga ke hari ini, sudah hampir sebulan mereka dinikahkan, tidak sekalipun anaknya datang menjenguk ibunya itu. Sedangkan mereka bukan duduk berjauhan. Hamba allah ini lebih rela untuk bertukar tempat kerja ke kampung ibu mertuanya yang sangat jauh dari kediamannnya sekarang. Mungkin baginya, kini cuma ibu mertuanya lah yang berhak untuk diberi perhatian yang lebih. Mungkin juga dia fikir bahawa dia kini hanya memiliki seorang ibu sahaja di dunia ini.

Menangislah si ibu mengenangkan perubahan sikap anaknya yang mendadak itu. Aku pasti, setiap saat dia memikirkan tentang anaknya. Apabila melihat orang lain bahagia bersama anak-anak mereka, ibu ini pasti akan lebih pilu. Di hari biasa pun anaknya tidak datang menjenguk, apetah lagi nanti di Hari Lebaran. Mungkin di hari kematiannya juga, batang hidung anaknya tidak akan kelihatan.

Sedih sangat bila tengok keadaan ibunya. Namun apalah dayanya lagi. Anaknya sudah memiliki keluarga sendiri. Dia kini perlu mendengar kata-kata suaminya. Aku tak tau nak cakap macamana. Apa yang aku tau, aku TERLALU sayangkan mama aku. Dan sebolehnya, apa saja yang diminta, aku akan cuba turuti. Kalau tak dapat, aku mohon maaf padanya. tak pernah terlintas di hati untuk aku guris perasaannya. Kalau aku terlanjur berbuat demikian, aku mesti akan mintak maaf. Sebab aku tau, IBU adalah segala-galanya dalam hidup aku.

Aku tak tau macamana oranglain boleh menderhakai ibu bapa diorang. Apa sebenarnya yang ada dalam hati mereka? Sungguhpun ibu bapa itu pernah melakukan kesilapan, namun fikirlah balik bahawa dia masih ibu bapa kandung kita. Yang melahirkan & membesarkan kita. Yang bersusah payah mencari rezeki  memberikan pendidikan terbaik sehingga kita mampu menyara hidup sendiri. Kita hidup ber'bin' kan bapa. mati ber'bin' kan ibu. Kita lahir bermula dengan mereka dan kita mati berakhir dengan mereka juga. 

Jadi tergamakkah kita mengguris perasaan mereka? Tahu tak bahawa menderhakai ibu bapa balasannya sangatlah azab di akhirat kelak. Sekarang ni pun Tuhan dah tunjukkan di dunia balasan bg yang menderhakai ibubapa. Hidupnya hancur, menyesal tak sudah. Tuhan tarik segala nikmat yang dipinjamkanNya selama ini.

Janganlah kerana CINTA, kita hanyut sehingga menyebabkan kita terheret masuk ke dalam golongan orang yang bakal diseksa kerana dosa menderhakai ibu bapa. Buat kata mama aku," Hubungan bersama pasangan, boleh terputus dengan talak. Namun, hubungan dengan IBU BAPA tidak akan terputus sehingga akhirat kelak. Macamana sekalipun kita bencikan mereka, mereka TETAP ibu bapa kita...dunia akhirat.

Jadi aku ingatkan pada diri sendiri, kawan-kawan, keluarga dan mungkin orang yang aku tidak kenal, yang membaca blog aku ni agar...janganlah kita sengaja mencari peluang untuk menjadi anak derhaka. Apa yang kita kejar di dunia ini, sama ada HARTA, TEMAN LELAKI, TEMAN WANITA, SUAMI atau ISTERI...itu hanyalah sementara sahaja. Sekali Tuhan nak tarik semua itu dari kita, sekelip mata sahaja kita akan hilang semuanya. Harta yang tergadai boleh dicari ganti,teman wanita/lelaki/suami/isteri jika hilang atau mati, kita boleh cari pengganti. Tapi kalau hilang IBU BAPA kandung kita sendiri, Allah tidak akan memberi peluang kali kedua untuk kita memiliki mereka lagi. Itulah pertama dan terakhir kali.

Sama-samalah kita
berubah dari yang buruk, kepada yang baik.
dari yang baik, kepada yang lebih baik.
dari yang lebih baik kepada yang sempurna.
dan dari yang sempurna kepada yang diredhaiNya.

Firman ALLAH S.W.T maksudnya:

 “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa.”
(Surah al-Ahqaaf, ayat 15)

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).( Luqman: 14)

“Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.”
(Surah al-Isra, ayat 23).

Sabda Rasulullah bermaksud:

“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.”
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

 “Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kec il kami.”
(Hadis riwayat Tabrani).
~Wallahualam~


 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...