Monday, May 9, 2011

Ibu & Anak...Satu Ikatan Yang Saling Melengkapi

sedih bila dengar cerita dalam dua tiga minggu kebelakangan ni...

-Ibu Terkorban Demi Nyawa Anak-

-Kehilangan 3 Anak di Hari Ibu-

-Si Ibu Meratapi Kehilangan Si Anak-

segalanya berkaitan ibu dan anak. ibu yang meratapi pemergian anak tersayang. anak meratapi kematian ibu yang terkorban demi menyelamatkan nyawa cahaya matanya.

Ya Tuhan, berikanlah mereka-mereka ini kekuatan untuk terus menempuhi hidup tanpa anak dan ibu mereka di dunia ini. dan rahmatilah roh si ibu dan anak yang pergi meninggalkan keluarga tercinta.

dugaan itu sangat hebat. segala-galanya telah ditakdirkan. menguji sifat kesabaran yang tinggi bagi golongan manusia yang tidak setabah Nabi. kehilangan itu adalah satu kesedihan yang bakal diratapi dalam masa yang begitu panjang.

dan kepada kita yang masih punya ibu,punya anak yang masih belum tuhan tarik dari kehidupan kita, hargailah...kerana sekali tuhan tarik,dia tidak akan mengembalikan orang yang sama kepada kita. nun, di padang mahsyar nanti barulah kita diketemukan semula.

kepada ibu yang sedang hebat mendera anak...sibuk mengutamakan tugas lebih dari anak sendiri...ingat. anak adalah anugerah tuhan yang tidak ternilai. mereka adalah salah satu sumber kesejahteraan kita dalam kubur nanti.

kenapa?

kerana doa mereka yang bisa membantu kita di alam kubur nanti. didiklah mereka supaya mereka mampu mengingati kita sehingga setelah kita berpindah ke alam lain. dan jangan kerana salah didikan, perbuatan mereka di dunia ini nanti menjadikan kita semakin terseksa di alam kubur kelak. segala-galanya bermula dari rebung....

kepada anak yang sedang sibuk dengan harta dunia sehingga mengabaikan orang tua...kepada anak yang sudah membuang ibu bapa kerana harta kerana teman lelaki atau teman wanita...kepada si anak yang sedang hebat menderhakai orang tuamu...ingatlah.

kita cuma bisa mendapatkan ibu bapa kandung itu...SEKALI dalam seumur hidup kita.hargailah mereka lebih tinggi dari kamu menghargai harta, teman lelaki mahupun teman wanita. harta boleh dicari, teman boleh bertukar ganti. tapi sekali Tuhan tarik ibu bapa kita pergi...itulah kali terakhir kamu temui mereka di dunia ini. bertemunya kita di padang mahsyar nanti dengan halatuju masing-masing. ketika itu, tiada gunanya kemaafan yang dipinta. kerana belum tentu lagi tempat kita sama...di neraka atau pun syurga.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...