jangan bercakap dengan aku tentang hormat sekiranya kau sendiri tidak reti menghormati manusia lain. jangan ingat ketinggian pangkat, kelebihan umur, kehebatan segala pengalaman hidup dan kerjaya kau membuatkan kau mahu semua orang menghormati taraf hidup kau, sedangkan dalam masa yang sama, kau memperlekehkan kehidupan orang lain.
bukan mahu memuji diri, tapi aku kenal siapa aku. aku bukan seorang pemarah. jauh sekali seorang pendendam. tanya saja dengan anak-anak buah aku di office, pernah tak mereka tgk aku marah? kalau ada pon, aku hanya lebih byk berdiam diri dari bersuara. kalau aku dah tak tahan sgt, aku akan menghilang dari office. spy aku tak tunjuk pada orang betapa marahnya aku. so, macamana kau boleh katakan yang aku kurang budi bahasa? aku belum pernah lagi rasanya bertempik pada orang, mahupun mengherdik, jauh sekali menghina.
tapi bukan bererti aku diam,kau boleh pijak kepala.marah aku ada hadnya.pernah tengok periuk api anti kereta kebal? (hah, tetiba masuk bab military.) kau pijak la periuk api anti tank tu,duduk & menari-narilah di atasnya.ia takkan sekali-kali meletup. tapi kalau kau bersama-sama sebuah tank lalu dan memijak periuk api tersebut, ia akan memusnahkan kau,kereta kebal dan orang yang berada di sekitar kau jugak. so,aku ibarat periuk api anti tank tu. selagi aku boleh bersabar, aku akan bersabar. tapi sekiranya,orang melakukan lebih dari tahap kesabaran yang aku miliki, aku tidak akan segan silu memusnahkan segalanya.
orang seperti kau ni la yang dikatakan,
"kita bagi gula, kau balas dengan tuba.
kita beli dengan madu, kau bayar dengan racun.
kita beri bahu untuk membantu, kau memijak kepala untuk menunjukkan kuasa."
jangan sampai tuba itu tercekik di tekakmu,
racun itu membutakan matamu
dan
kuasa itu meletakkan maruah kamu
setaraf dengan kaki ini yang memijak bumi.
berwaspadalah.
No comments:
Post a Comment