Friday, December 30, 2011

'Kipas-Susah-Mati' Merah & Hitam (^_<)

KIPAS-SUSAH-MATI?!
Die Hard Fan ler maknanye...huhu!
Berlanjutan dengan entry sebelum ni pasal colour merah & hitam
Saye memang peminat setia colour MERAH & HITAM
Kalau boleh,semua benda nak 2 colour ni jer
Tapi buat masa nie, ini 'stuff-stuff merah hitam' yang saye ade (^_^)

[[ Handphone ]]



[[ Tiny Teddy ]]

Cik Bugs

Cik Po

[[ Kereta ]]






[[ Saye Sendirik ]]


Hope 1 hari bile berpeluang memiliki rumah sendiri
Rumah saye akan bertemakan colour MERAH HITAM juge.
Serious, cool giler!

Wednesday, December 28, 2011

RED & BLACK- A Great Combination! \(^_^)/

Mungkin terlalu awal untuk Cik Su bercerita tentang ini. Tapi...rasanya tak salah kot. Sebab semua orang pon ada impian untuk berkahwin, 'berkahwin lain' atau 'berkahwin lagi'. Huhu! Topik kali ni bukan nak bercerita 'Siapa Calon Saya'. Hoho! Tapi apekah cadangan TEMA COLOUR untuk majlis kahwin daku yang akan berlangsung tidak...owh,bukan tidak lama lagi. Tapi Tidak Tau Bila. Hahaha!
Manusia itu cuma berhak merancang tapi Tuhan itu lebih berhak menentukan. Btol tak?

Ok, this is my 3 favourite's colour di sepanjang saya bernafas (^_^)
MERAH ~ HITAM ~ PUTIH

So, Cik Su ada la survey sikit-sikit gambar wedding yang bertemakan MERAH HITAM. Ternyata ia memang combination colour yang hebat, nampak elegant, nampak mewah, nampak pasangan pengantin tu berani mencuba suasana baru dan juga pasangan yang sangat...VAH!VAH!VAH!

(Gambar ini semua ehsan dari GOOGLE images. TQ!)















Mungkin ada jugak cakap combination colour ni adalah kombinasi yang melahirkan suasana 'gothic' dan kombinasi yang garang & menakutkan. Tapi itu cuma pendapat. Pendapat itu adalah perkara yang subjektif. Di mata orang lain mungkin nampak ini colour yang 'negative'. Tapi di mata orang yang meminatinya, ia mungkin jadi satu colour yang...
MEMUASKAN HATI.

Btw, I'm RED-BLACK die hard fan.
For me, satisfaction is more important
rather than considering what people say.
Setuju? (^_^)

Monday, December 26, 2011

Orang Bujang Juga Perlukan Cuti. Setuju? (^_^)

Ala...orang bercuti, dia pon sibuk nak bercuti.

Kamu bukan ada suami/isteri pon...
Yang nak suruh kamu balik kpg jumpa mak & bapak mertua.

Kamu bukan ada anak pon...
Yang kamu kena bawak jalan-jalan sempena cuti sekolah ni.

Kamu bukan ada anak yang bersekolah pon...
Yang kamu kena pergi belikan baju sekolah, buku, beg, kasut dan sebagainya
sebelum sesi persekolahan start.

Kamu bukannya ada komitmen apa-apa pon kat rumah.
Baik kamu habiskan masa dengan bekerja dari kamu buang masa kat rumah.
Setakat nak berehat, lepas waktu kerja pon boleh berehat...ye tak?

Ye. Betul statement tu. Tepat sungguh.
Saya takde mak mertua yang perlu saya kunjungi.
Saya takde anak yang perlu saya bawak jalan-jalan.
Saya takde anak yang bersekolah & kena belikan peralatan sekolah untuk diorang.
Saya tak perlu nak berehat sangat sebab...owh, mungkin sebab saya muda.
Orang muda kerja kuat takpe. Tenaga masih ada.
Tapi....tang TAKDE KOMITMEN tu, hoh, memang silap sangat!

Kenapa?

Sebab saya masih ada IBU BAPA yang masih hidup.
Yang dulunya merekalah yang membesarkan saya.
Yang berhabis duit bagi saya makan, bagi saya belajar di sekolah sampai saya berjaya.
Yang 24 jam,setiap hari mendoakan kesejahteraan hidup saya.
Yang kemudiannya saya tinggalkan mereka untuk mengejar cita-cita dan kerjaya saya.

Mereka lah yang masih perlu untuk saya kunjungi.
Mereka kini tinggal berdua saja di kampung.
Memang mereka faham bahawa saya datang ke sini untuk bekerja.
Untuk cari rezeki.
Tapi jauh di sudut hati mereka...
Mereka nak tengok anak-anaknya pulang, jenguk mereka di kampung.
Kamu mau saya jadi anak derhaka? Kamu mau saya jadi si Tanggang?
Seperti kacang lupakan kulit?
Yang mengUTAMAkan kerja & duit, lebih dari mengUTAMAkan mereka?
Setelah mereka berhabis segalanya untuk saya?
Kadang-kadang terpaksa bergolok bergadai
demi membina tangga kejayaan untuk saya?
Jadi, apa guna mereka hantar saya belajar tinggi-tinggi?
Kalau bila saya dah berjaya hari ini, saya akhirnya lupakan mereka?

Bujang tak bermakna saya TAKDE KOMITMEN.
Bujang tak bermakna tak perlukan cuti.
Maka, jangan dihalang orang bujang untuk bercuti.
Sebab mereka juga seperti kamu. Ada KOMITMEN.
Jangan NAFIKAN hak mereka =)

p/s: Kalau boleh olah ayat ini jadikan kepada surat rasmi lagi bagus. Pastu submit pada boss. Selamat Mencuba! Hehe...

Saturday, December 24, 2011

A Trip To Kuching, Sarawak (^_^)

I'm holiday while working (^_^)




















Sarawak is beautiful & full of tradition & history....
Mari Melawat Sarawak! (^_^)

Wednesday, December 21, 2011

Bila Terlalu Banyak Soalan KENAPA... (*_*)

Kenapa dia dapat, saya tak dapat?
Kenapa gaji dia tinggi, tapi gaji saya rendah?
Kenapa gaji kami sama, tapi saya buat kerja lebih?
Kenapa bagi dia lebih, saya dapat ciput?
Kenapa dia bahagia, tapi saya asyik merana je?
Kenapa dia cantik, saya suam-suam kuku je?
Kenapa dia hensem, saya hidung penyek?
Kenapa orang suka dia, orang tak pandang saya?
Kenapa dia kaya, saya misekin?
Kenapa dia berjaya, saya asyik tersungkur aje?
Kenapa dia boleh, saya memanjang tak boleh?
Kenapa bagi kerja kat saya je, kat dia tidak?
Kenapa tak bagi macam apa yang saya mintak?

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Banyak sangat kenapa nye. Nak tanya SATU soalan je....

KENAPA KAMU SUSAH SANGAT NAK BERSYUKUR?

Itu pon dah cukup baik Tuhan masih bagi bernafas. Kalau tuhan tarik nikmat bernafas tu tiba-tiba?
Gaji tak dapat, kerja tak dapat, cantik hensem tah ke mana...

Learn to be THANKFUL. It's better than u pot pet pot pet....and the thing makes NO DIFFERENT.
Unless you talk & a the same time your mouth/voice produce a GOLD. So, we allow you to talk & talk non stop =)

Monday, December 19, 2011

Merdeka Palace Hotel & Suites (^_^)

.:: XOXO ::.
Current location?
Of course...Kuching, meow2!
Hehe! Hotel ni sangat selesa & cantek!
Hotel ape?
MERDEKA PALACE HOTEL & SUITES
Jln Tun Abang Haji Openg,
93000 Kuching, Sarawak.
Tak percaya?! Fine....sila tengok gambor...






Hoho! Berposing itu mesti.... (^_*)









Untuk destinasi percutian yang menarik
Kuching antara yang tempat terbaik dan
Merdeka Palace adalah penginapan yang disyorkan =)
Hotelnya selesa, cantik, feeling2 'oversea' gitu environment nye.
Lagi-lagi datang time Christmas Eve ni.
So, mari2! Kita ke Kuching!
(adakah saye boleh dpt 2% keuntungan drp pihak hotel dengan promosi ini?)
 Haha! Just kidding... =p

p/s: btw, sape berminat here's the detail
082-258000 (telefon)
082-425400 (faxs)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...