Monday, December 19, 2011

Kepercayaan & Percintaan...adakah saling berkait? (^_^)

Kata orang-orang yang bijak-pandai,

DIPERCAYAI itu lebih UTAMA daripada DICINTAI.

Kita selalu rasa bertuah apabila dicintai. Bila dah cinta, kita percaya. Tetapi trust me, jika kepercayaan itu telah mula kurang, maka lama kelamaan cinta orang kepada kita akan terhakis.

Bila hilang kepercayaan, rasa cinta, hormat, kasih dan taat akan musnah. Sampai bila-bila pun manusia lebih mempercayai mata berbanding telinga. Maksudnya, apa yang dilihat (perbuatan) lebih berkesan untuk meraih kepercayaan berbanding apa yang didengar (percakapan). Mat salleh pon ada cakap,

action speaks louder than words.

So, rakan-rakan...untuk membina sebuah cinta, kena bina sebuah kepercayaan dulu. Baru ada bahagianya. Tapi kalau kamu dah mendapatkan cinta & kamu mula abaikan kepercayaan, so risiko untuk cinta kamu goyah akan jatuh kepada 98.9%.

Diumpamakan macam CINTA itu adalah sebuah rumah agam yang tersergam indah. KEPERCAYAAN itu pula adalah pasaknya yang berada di dalam bumi. So, adakah kamu rasa sebuah rumah agam itu mampu berdiri kukuh dan tersergam indah, tanpa adanya pasak yang kukuh di dalam bumi? Pasti rumah tu akan roboh, ye tak? So, same goes to CINTA & KEPERCAYAAN. Tanpa kepercayaan, cinta takkan menjadi indah.

Maka, kalau kamu punya kedua-duanya...Cik Su nak ucapkan TAHNIAH. Sebab tak semua orang memiliki 2 perkara itu serentak.

  • Kalau kamu cuma punya cinta, tapi kamu abaikan kepercayaan...kamu dalam keadaan bahaya.
  • Kalau kamu telah mempunyai kepercayaan, dan sedang mencari kebahagiaan....so cubalah membina cinta.
  • Kalau kamu tak berani untuk membina kedua-duanya...so,sit back,rilexs & enjoy another part of your life.

Owh, people! Mereka 'berdua' ini saling berkait. Kedua-duanya sama penting, bukan?

So, fikir-fikirkan.... (^_^)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...