Monday, December 26, 2011

Orang Bujang Juga Perlukan Cuti. Setuju? (^_^)

Ala...orang bercuti, dia pon sibuk nak bercuti.

Kamu bukan ada suami/isteri pon...
Yang nak suruh kamu balik kpg jumpa mak & bapak mertua.

Kamu bukan ada anak pon...
Yang kamu kena bawak jalan-jalan sempena cuti sekolah ni.

Kamu bukan ada anak yang bersekolah pon...
Yang kamu kena pergi belikan baju sekolah, buku, beg, kasut dan sebagainya
sebelum sesi persekolahan start.

Kamu bukannya ada komitmen apa-apa pon kat rumah.
Baik kamu habiskan masa dengan bekerja dari kamu buang masa kat rumah.
Setakat nak berehat, lepas waktu kerja pon boleh berehat...ye tak?

Ye. Betul statement tu. Tepat sungguh.
Saya takde mak mertua yang perlu saya kunjungi.
Saya takde anak yang perlu saya bawak jalan-jalan.
Saya takde anak yang bersekolah & kena belikan peralatan sekolah untuk diorang.
Saya tak perlu nak berehat sangat sebab...owh, mungkin sebab saya muda.
Orang muda kerja kuat takpe. Tenaga masih ada.
Tapi....tang TAKDE KOMITMEN tu, hoh, memang silap sangat!

Kenapa?

Sebab saya masih ada IBU BAPA yang masih hidup.
Yang dulunya merekalah yang membesarkan saya.
Yang berhabis duit bagi saya makan, bagi saya belajar di sekolah sampai saya berjaya.
Yang 24 jam,setiap hari mendoakan kesejahteraan hidup saya.
Yang kemudiannya saya tinggalkan mereka untuk mengejar cita-cita dan kerjaya saya.

Mereka lah yang masih perlu untuk saya kunjungi.
Mereka kini tinggal berdua saja di kampung.
Memang mereka faham bahawa saya datang ke sini untuk bekerja.
Untuk cari rezeki.
Tapi jauh di sudut hati mereka...
Mereka nak tengok anak-anaknya pulang, jenguk mereka di kampung.
Kamu mau saya jadi anak derhaka? Kamu mau saya jadi si Tanggang?
Seperti kacang lupakan kulit?
Yang mengUTAMAkan kerja & duit, lebih dari mengUTAMAkan mereka?
Setelah mereka berhabis segalanya untuk saya?
Kadang-kadang terpaksa bergolok bergadai
demi membina tangga kejayaan untuk saya?
Jadi, apa guna mereka hantar saya belajar tinggi-tinggi?
Kalau bila saya dah berjaya hari ini, saya akhirnya lupakan mereka?

Bujang tak bermakna saya TAKDE KOMITMEN.
Bujang tak bermakna tak perlukan cuti.
Maka, jangan dihalang orang bujang untuk bercuti.
Sebab mereka juga seperti kamu. Ada KOMITMEN.
Jangan NAFIKAN hak mereka =)

p/s: Kalau boleh olah ayat ini jadikan kepada surat rasmi lagi bagus. Pastu submit pada boss. Selamat Mencuba! Hehe...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...