Start kerja dalam minggu ni adalah pada hari Selasa hari tu. Hari ni dah hari Jumaat. Best, cepat betul masa berjalan. (^_^) Pagi ni bertungkus lumus bekerja. Siapkan segala yang tak siap. Sebab selagi kerja tu tak settle, selagi tu lah hati ni akan susah aje. Walaupun makan tetap kenyang & tidur tetap lena. Heee! Bersemangat jugak sebab hari ni hari last bekerja dalam minggu ni. Esok cuti! \(^_^)/
So, lepas siapkan semuanyer, masa pon macam tau hati tak sabor nak balik. Maka, tangan da start kemas sana, kemas sini. Tutup segala fail. Shut down netbook & air cond. Get ready utk balik! Tapi, tetiba dapat SMS, esok ada meeting dengan 2nd big boss pukui 8 pagi.
Otw nak balik, teringat sesuatu...esok cuti. esok juga ada meeting. So, just pakai casual smart je la kan? Tak perlula nak pakai uniform. Yelah, kan ari Sabtu. Keja gomen plak tu. Kalo pakai uniform, nampak sangat semangatnye nak keje time public holiday. Huhu! Tapi kerana masih rasa was-was sebab tempat kerja ni bukan boleh disangka-sangka. Kang aku sorang jer pakai casual smart. Yang lain pakai uniform. Nampak sangat try to be different la kau ni kak oi....Hehe!
So, handphone dicapai & no rakan satu tempat kerja di dail.
Cik Su: Eh, esok meeting kena pakai baju ape ek? Uniform ke casual smart?
Kawan: Ish, takkan nak pakai casual smart. Pakai uniform la.
Cik Su: Laa...tempat kerja kita declare kerja ke esok? Ganti hari ape?
Kawan: Eh, ganti ape nye pulak? Esok kan memang hari kerja? Kenapa ni?
Cik Su: Eh?! Cop-cop! Tanye sikit. Hari ni hari ape? Jumaat kan?
Kawan: Oit! Hari ni Khamis la. Esok baru Jumaat. Kau ni dah memang confirm kena kahwin cepat ni. Sampai hari pon kau dah lupa. Ish-ish...teruk betul.
Cik Su: Astaghafirullahalazimmm....Hari Khamis ke hari ni? Aku ingat hari Jumaat dah....aduiii, mcmana lah boleh lupa ni....
Kesimpulannye....esok aku kena kerja lagi sehari & Sabtu ni aku boleh tengok Shaun The Sheep. Yeaayyy!
No comments:
Post a Comment