Wednesday, January 25, 2012

DIY: Tutorial Bunga Kain... (^_^)

Nak turunkan ilmu sikit. Ilmu yang Cik Su amik dari kawan.
Dan mungkin kawan tu amik dari orang lain.
Alah...sharing knowledge tu kan sesuatu yang sangat mulia.
Saya pandai, kamu pandai, nanti semua orang pandai =)

Ok, btw...this xtvt dah jadi hobi tetap Cik Su buat masa ni.
So, let's cekidaud macamana nak buat bunga ni.

Bahan-bahan yang diperlukan.
                                                 1. 3 jenis kain berlainan warna
                                                 2. Pembaris panjang
                                                 3. Dawai
                                                 4. Gunting
                                                 5. Benang & jarum
                                                 6. Kapur penanda
                                                 7. Tape lilitan
                                                 8. Lilin
                                                 9. Butang


Then, korang potong kain mengikut size yang tertera.


Nampak tak garisan tu?
Di sepanjang garisan tu adalah seeloknya kalau korang layurkan sikit
kain tu dengan api lilin.Why?
Untuk menampakkan lagi kekemasan kelopak bunga
yang korang buat tu nanti.
Takdelah benang kain terkeluar sana sini lepas korang gunting kain tu.
(Sila berhati-hati. Jangan sampai terbakaq jari. Huhu)


Langkah seterusnya, lipat kain tu macam ni.


Pastu korang iron. Kenapa perlu iron?
Of course untuk nampak kemas & cantik.


Next, lipatkan kain yang telah di iron tadi ke tepi.
Cantumkan hujung kain belah kanan dan kiri.


Pastu korang kasi jahit hujung kain tadi.


Seterusnya, buat jahitan jelujur di sepanjang kain.


Pastu bila dah sampai hujung,
korang tarik benang jahitan jelujur tadi sampai dia jadi kedut macam ni.
Kemudian, matikan jahitan tu.


Seterusnya, cucuk dawai ke dalam butang dan simpulkan
(supaya butang tak tercabut)
Pastu, last steps...
korang masukkanlah 3 kelopak bunga yang dah siap tadi.
Make sure masukkan kelopak yang paling kecik dulu ok.

So, bila dah buat banyak-banyak kuntum...
Ia akan jadi sejambak!
Dan inilah hasilnya....




Boleh dibuat hiasan,
boleh juga kalau nak buat hand bouquet utk majlis tunang atau kahwin (^_^)
Selamat mencuba!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...