Thursday, February 2, 2012

Si Kecil dan Kuihnya (^_^)

Pagi tadi my sis call. Katanya, ketika dia hantar Aleeya, anak keduanya ke kindergarten kat TTDI pagi tadi, dia bawak sekali si Aireen, anak bongsu yang baru berumur 2 tahun lebih. Dan terjadilah satu insiden di mana si kecik ni sedang belajar sesuatu tentang hidup.


Selepas keluar dari kindergarten tu, my sis singgah satu stall kecik untuk membeli nasi lemak dan kuih buat breakfast si kecik pagi tu. Tapi setelah kuih dan nasi lemak dibungkus, barula my sis tersedar yang dia tersilap bawak wallet. Wallet yang dia bawa pada waktu tu adalah wallet kosong. Takde cash. Hanya ada kad bank je dalam tu. Ha, apelagi...menggelabah puyuh la minah tu. Hehe! Tu la, suka tukar-tukar wallet lagi.

Makcik:   Takpelah dik. Esok datang anta anak sekolah, adik bayar lah.

Kakak:   Eh, tak bolehla macam tu kak. Akak tunggu sekejap ye. Saya pegi amik duit kat bank.

Makcik:  Takpe dik. Esok-esok je bayar. Kesian anak tu nak makan.

Kakak:   Takpe kak. Sekejap lagi saya datang balik (sambil bwk si kecik masuk dalam kereta)

Kakak tadi follow dari belakang dan bawak bungkusan plastik makanan tadi.

Makcik:   Ambil dulu. Kasi anak tu makan. Kesian dia. Akak sedekah je ni. (sambil pandang si kecik yang sedang terkebil-kebil melihat situasi gelabah mamanya)

At last my sis pon mengalah.

Kakak: Owh, terima kasih kak. Sekejap lagi saya datang balik ye.


So, my sis pon pecut ke bank untuk keluarkan duit. Kata kakak aku, si kecik tu asyik pandang je muka mamanya masa dia drive kereta menuju ke bank. Tiba-tiba dia bertanya,


Aireen:  Maa, kalau kite nak 'matan' 'tuih' (kuih) kita kena ada duit ke?

Kakak:  Ye sayang. Kalau kita nak makan, kita kena ada duit. Takde duit, tak boleh makan.

Aireen:   Oooooo.....

kata si kecik tu sambil memandang bungkusan kuih yang diberi makcik tadi. Sikit pon dia tak sentuh kuih tu. Sesudah membayar balik harga makanan tadi pada makcik gerai tu, si kecik bertanya lagi.

Aireen:  Mama...'tuih' (kuih) da bayar. Adik boleh 'matan' 'tuih' tak?

Kakak:  Alah, kesian sayang mama. (sambil menghulurkan sebiji kuih padanya.)

Kata kakak aku lagi, sepanjang perjalanan dari TTDI ke rumah, bukanlah jauh mana pun. Dalam 15 minit je dah sampai. Tapi dalam tempoh 15 minit tu jugak, si kecik ni dah habiskan 2 biji kuih! Sikit pon tak terbuang. Mungkin masa tu akalnya sedang belajar bahawa untuk makan, perlu ada duit. 
Dan kalau dah dapat makan, mesti kena habiskan sebab betapa susahnya untuk dapat makan sebiji kuih.

Perkembangan minda anak-anak juga boleh dibentuk melalui situasi & teladan hidup. Bukan sekadar menghantar mereka belajar di sekolah. So, jangan ingat apa yang kita buat depan mata anak-anak, mereka tak ambil tahu. Sebenarnya merekalah orang yang paling 'alert' dalam situasi-situasi sebegitu. (^_^)






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...