Antara tempat-tempat / situasi-situasi yang kita kadang-kadang / selalu / sengaja tak nak buat / terlupa untuk ucap........
"TERIMA KASIH"
# Depan kakak/ abang/ pakcik/ makcik cleaner.
Bepeluh-peluh diorang sapu, mop, lap tingkap, buang habuk kat office korang. Pastu bila dah siap kerja dia, korang hanya lihat saja mereka berlalu pergi. Memanglah mereka dibayar gaji untuk buat semua kerja tu. Tapi tak luak pon kalau korang layangkan kata-kata TERIMA KASIH dan sedikit senyuman manis. Kuranglah sikit penat mereka membersihkan office korang tu. Ini tak, korang mengarah buat itu & ini lagi adelah. Tak patut...tak patut...
# Dengan toll gate girl/boy.
Tak kisah la mereka nak buat muka ape pon mase mereka hulur tiket atau nak amik duit dari korang. Sekali pun mereka tak pandang mata korang. Ape salahnya korang ucap TERIMA KASIH untuk tugas mereka yang duduk di tengah-tengah jalan berjam-jam, dalam bilik kotak yang kecik dan sempit, setia menunggu pengguna jalan raya. Untung-untung bila kita cakap TERIMA KASIH, muka mereka yang masam (mungkin sebab stress bekerja) akan jadi manis secara tiba-tiba.
# Dengan Bangla petrol station.
Walau siapapun mereka, dari mana asal negara mereka, ape pun bangsa mereka, mereka tetap manusia. Makhluk tuhan yang dicipta lengkap ada perasaan. Penat mereka isikan minyak kereta korang. Kadang-kadang tolong wipe kan cermin kereta korang. Apa? Bukan mereka yang bayar minyak kereta tu? Memanglah...Tapi sekurang-kurangnya dengan ucapan TERIMA KASIH tu sekaligus dapatkan mempamerkan kepada mereka bahawa rakyat Malaysia ni sangat berbudi bahasa dan baik budi pekerti.
# Dengan makcik cleaner toilet.
Sepanjang masa dia bekerja, muka mereka memang sentiasa ada dalam toilet. Kadang-kadang kalau yang extreme dengan kebersihan toilet yang mereka jaga tu, mereka sanggup tunggu kita keluar dari toilet, hanya semata-mata untuk bersihkan toilet yang kita dah gunakan. So, apelah salahnya sedang korang mencuci tangan dan ingin melangkah kaki keluar tu, korang ucap TERIMA KASIH kerana memberi korang peluang menggunakan toilet yang bersih. Kalau toilet tu tak bersih sekalipun, ucapkan jugak perkataan tu. Mungkin secara auto nya, mereka akan rasa terpukul dengan perkataan itu dan mula rasa malu kerana tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.
# Dengan operator telefon.
Selepas mintak mereka sambungkan kepada talian yang korang nak, ape salahnya korang cakap TERIMA KASIH sebelum talian itu disambungkan? Tapi biasanya tak sempat nak cakap terima kasih pon, diorang dah terus sambungkan, betul tak? Hehe....
Sebenarnya banyak lagi keadaan dan situasi yang korang selalu tak sedar/ buat-buat tak sedar untuk memberi ucapan TERIMA KASIH. Tapi yang paling ketara, bila kita bangun pagi, kita selalu terlupa untuk ucap TERIMA KASIH pada Tuhan yang masih memberi kita peluang untuk bernafas lagi pada pagi tersebut. Betul tak? =)

No comments:
Post a Comment