Monday, February 27, 2012

Treasure Box 2

Geledah punya geledah lagi dalam kotak tu, terjumpa lah beberapa 'harta karun' yang rupanya masih aku simpan untuk sekian lamanya. Sijil-sijil zaman tok kaduk. Owh, kiranya dulu, aku ni bukanlah student yang pasif sangat. Haha!

Kalau tgk sijil ko kurikulum tu...memang bersepah. Dulu sangat obses dengan badan beruniform ni. KRS join, Renjer Puteri join, Puteri Islam pon aku balun. Johan sana, emas sini, negeri, kebangsaan. Tapi sekarang bile dah keje pakai uniform, entah ke mana la perginya ke 'obses' an aku tu. Nak sarung uniform pon rasa berat. Hilang semuanya entah ke mana. Terookk btol! (*_*)








Antara salah satu benda yang aku respect dengan diri sendiri masa zaman sekolah dulu, ialah hobi membaca. Kalau nak buat karangan BM tu, benda pertama yang akan aku capai adalah Kamus Dewan Bahasa. Suka cari perkataan-perkataan yang pelik dan jarang digunakan, then apply dalam karangan. Kamus pon baca macam buku cerita. Tapi sekarang? Kamus ke mana, buku ke mana. Hari-hari dok 'pesbukk' ajer. Hoho!



Dulu kecik-kecik, bab agama pon tak ketinggalan. So, sedikit sebanyak dapat bagi panduan untuk kehidupan di masa depan. Tapi walau apepun, masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Selagi hidup, selagi itulah ilmu itu perlu dicari.


Haa, yang ni paling tak boleh tahan kalau tengok.
(tak boleh tahan gelak, maksud saye. Huhu!)
Tae Kwan Do.
Tai geuk 1,2,3 sampai ke 8 semuaya blaja.
Pecah papan, pecah batu, sparring, bla3x....
Tapi sekarang, cuba kena attack sket,
perkara pertama yang mungkin aku akan buat adalah....
angkat kaki....cabut lariiiii! (^_*)



Dulu kalau kecik-kecik, orang tanya "ape hobi awak"?
Aku akan jawab,
"aktiviti lasak seperti mendaki gunung, berkhemah dan sebagainya."
tapi lepas aku daki Gunung Tahan ni 8 tahun lepas....
Korang bagilah sejuta ringgit sekalipun
aku takkan naik lagi dah....
Letihhhh!! Hancur kaki....


Owh, yang ni best. Jadi 'Engineer Cilik'. Masa tu baru umur 12 tahun.
Kalau tak silap, team kami cipta
Menara Eiffel daripada straw. Ada sistem takal. Then, bila takal tu di isi air...
PAP! Tetiba mentol yang ada di puncak menara tu terpasang dengan sendirinya.
Hoho! Hebat-hebat....tepuk-tepuk!
Tapi masa tu lah rasa hebatnya.
Budak-budak sekarang ni lagi terer.
Main karbaid buat meriam lagi. 
Semua ciptaan diorang melibatkan nyawa. (*_*)


GERKORAMA-Gerak Ko kurikulum Berirama...
Kalau tak silap la.
Menari-nari sambil buat formation dan pegang pom-pom.
Aku pun tak tau kenapa aku boleh join group ni
sedangkan aku sangat kayu bab menari... (*_*)


Yang ni penamat dunia study aku (untuk sementara waktu ni la). Still simpan lagi surat ni wooo! Heheh!


Sijil-sijil macam ni memang kena simpan.
So besok-besok kalau kita ada anak, anak kita malas nak pegi Ko-kurikulum atau kurikulum,
kasi tunjuk sket sijil-sijil ni kat diorang sambil cakap,
"Korang tak teringin ke nak ikut jejak langkah mummy?"

Hoho! Berangan banyak la kau ni, Ashu............. \(^_^)/





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...