Tuesday, April 10, 2012

Berjogging Ala-ala Terer....

Lupakan pasal tajuk entry ni...lebih-lebih lagi pada perkataan 'Ala-ala Terer' tu (^_*)

Hari ni aku nak jadi cikgu pendidikan jasmani. Nak share tips berjogging/ berlari yang aku dapat hasil dari amalan diri sendiri, dan ada jugak yang disedut-sedut dari beberapa sumber. Let's cekikdaud....!



1. Sila belajar kawal pernafasan. Jangan bernafas macam lembu nak kena sembelih. Tak kira lah masa nak jogging ke, nak masuk lumba lari ke. Tenangkan diri. Lapangkan fikiran.

2. Tarik nafas melalui hidung dan sebaiknya hembus juga melalui hidung. Kalau still rasa tak boleh, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. JANGAN belajar tarik nafas melalui mulut ketika berlari. Korang akan cepat rasa kering tekak & secara autonye penat.





3. Yang panjang kakinya, take advantage utk membuat langkahan yang besar. 1 langkah korang mungkin boleh menyamai 2 langkah orang berkaki pendek dan menjimatkan tenaga. Yang berkaki pendek, jangan sedih. Heheh...aturkan langkah korang supaya tidak terlalu banyak dalam sesuatu masa. Sebab itu akan mengundang korang rasa penat di awal larian.


4. Kalau masuk pertandingan long distance, tak perlulah nak pecut di awal garisan permulaan. Sedarlah bahawa garisan penamat tu jauh lagi. Apa yang perlu korang buat, aturkan langkah selari dengan hembusan nafas. Kalau bijak korang mengawal pernafasan, korang tidak akan merasa sakit di bahagian dada dan buah pinggang. Tak percaya? Cubalah! (^_^)






5. Hayunan tangan dan bahu. Separuh orang, hayunan tangan dan bahu akan membuatkan lariannya bertambah laju. Tapi ingat, terlalu drastik menghayun dan menggerakkan bahu akan buat korang mudah rasa penat dan letih. Tips yang selalu aku buat bila tangan dan bahu rasa lenguh, kedua-dua tangan di letakkan di belakang dan berlarilah seperti biasa. (Gaya larian ni memang nampak mcm pelik, tapi selesa. Cuma janganlah buat macam tu sampai garisan penamat.)





6. Pandang terus ke depan. Jangan amalkan untuk memandang kaki anda atau ke arah tanah sebab itu akan mengundang rasa pening atau nak pitam. Plus, berbahaya. Kot berlaga dengan orang depan nanti, naya je...huhu!




7. Jangan amalkan bercakap sewaktu berlari. Bercakap membuatkan pernafasan korang berterabur. Fokus dengan larian/ jogging. Tunggu-tunggulah lepas lari kalau nak sembang pon....






8. Jangan ingat orang yang berlari pecut di garisan permulaan, akan terus pecut sampai ke garisan penamat. Melainkan dia takde jantung lah. Alah, ini bukan macam lumba kuda. Bukak pagar je, kuda dah pecut. Tapi, biasanya kalau dah pecut di awal larian, dia pasti pancit di tengah jalan. So, apa nak risau? Time tu lah take advantage utk memotong!





9. Tak tau lah orang lain. Tapi aku gemar berjogging sambil menyumbat telinga dengan MP3/MP4. Lagu-lagu yang rancak akan menyumbang kepada semangat larian aku. (^_^) Tapi terpulanglah pada diri korang sendiri. Kalau yang suka berlari secara tenang, mungkin tak suka guna MP3/MP4.
p/s: Sorry dengan gambar di sebelah. Agak memalukan. Haha!


10. Pemilihan kasut adalah sangat penting. Tapak, rekabentuk, material kasut sangat penting untuk menjamin keselesaan semasa berlari di samping menjaga kesihatan korang. Kaki tu nak pakai lama. Jadi apa salahnya beli kasut yang bagus sikit. Bagus tak semestinya mahal.







11. Selesai sahaja larian, jangan terus duduk atau meneguk air (lagi-lagi air sejuk atau berkarbonat). Sebab ia sangat membahayakan jantung. Sebaiknya, buat sedikit regangan, slow walk/jog atau cooling down. Bagi urat-urat, darah, degupan jantung korang berfungsi semula secara normal. Jangan tak percaya, ada yang pernah melayang nyawa hanya kerana dia terus meneguk air selepas berlari/berjogging!







Actually banyak lagi tips yang aku nak kongsi. Tapi korang amalkanlah dulu yang 11 ni. Sebab ini semua yang basic. Kalau nak jadi lebih terer, kenalah mula dari yang basic dulu betul tak? Selamat berlari/ berjogging!       \(^_^)/

5 comments:

Anonymous said...

even though this entry seems old, but it helps me alot! wish me luck for the 800m, this sunday (7/7) :)

Unknown said...

Oww really? Good luck ya'! (^_^)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Saya dpt tempat pertama pgi tdi dlm acara merentas desa. Terima kasih sebab ajr cara bernafas

Unknown said...

Ohsemmm! Congrats! Btw...ur welcome :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...