Monday, February 25, 2013

Bukan Senang Jadi Orang Dewasa

Bukan senang rupanya nak jadi orang dewasa.

Hoho...statement ala-ala baru semalam masuk stage DEWASA. But, seriously. Bukan mudah untuk jadi seorang yang dewasa. Setiap masalah yang datang, kena hadapi sendiri. No more parents, no more guidance. 

Bila dah pakai kereta, aku kena pikir macamana nak pastikan kereta aku boleh gerak. Ofkoz la kena isi minyak. Kalau nak isi minyak, kena la ada duit. So, spending money every month tu kenala diasingkan sikit untuk minyak kereta. Pastu bukan tu je, aku kena pikir bila aku perlu hantar kereta tu pergi servis, apa yang aku kena tukar bila dah sampai masanya, kenapa kereta itu rosak, berapa cost yang aku kena tanggung utk maintenance. Every single part pada kereta tu aku kena fikir. Why? Sebab kereta tu aku yang bayar.  Bukan bapak aku yang bayar. Kalau dia yang bayar, ofkoz la dia yang fikir. Hehehe...

Bila dah jadi pegawai, macamana aku nak manage office aku sendiri, macamana nak handle orang bawahan, macamana nak faham prosedur-prosedur kerja, macamana nak bagi orang bawahan kita hormat dengan kita. Macamana nak pastikan diorang dapat hak dan kebajikan diorang. Lagi-lagi, aku memegang the whole cawangan yang aku tadbir. It is not as easy as you think of before, Ashu.

Bila dah jumpa calon pasangan hidup, nak kena pikir, macamana nak ikat hubungan tu supaya menjadi sebuah hubungan yang halal. Bila dah dapat kata sepakat, ofkoz kena kahwin. Nak kahwin bukan senang. Segala macam preparation kena buat. Dari segala sudut dan segi. Persiapan majlis. Start dari fotografer, mak andam, khemah, santapan, goodies, pelamin dan segala-galanya lah. Belum kira lagi kahwin dalam suasana istiadat tentera ni. You have to learn & understand the protocol. Pakaian, silang pedang, tatacara makan, duduk dan sebagainya Bukan boleh simply buat ikut suka je. That's called the protocol. Membezakan majlis perkahwinan tentera dengan orang awam. Pastu persiapan dalam dan luaran. Bukan senang nak jadi isteri orang. Segala jenis mak nenek kepakaran kenalah belajar. Walaupun tak sempat nak 'master' at least tahu lah serba sedikit kan...

Esok, bila sampai level jadi parents, kena fikir, macamana nak bagi yang terbaik pada anak-anak pulak. Start dari dalam kandungan, sampailah dia besar. Pendekata sebelum dia kahwin, 100% tanggungjawab itu adalah di bahu kita. Dari segi makan, minum, pakai, pelajaran, kehidupan. Semua kita kena fikir. Masa tu, takkan lah kita nak mintak mak bapak kita lagi yang kena fikir, ye tak? 

Life is about circle. Life is a battleship. Life is nothing without challenges, isn't it? (^_^)

Friday, February 22, 2013

DIY: Hasil Malam Ini (^_^)

(0_0) Tengok mata ni masih besau lagi.

Hye mates! Tak tido jugak lagi? Well-well...esok still hari bekerja. Tapi dah kata mata tak boleh nak lelap kan. So ape lah salahnya kita write barang satu dua entry kan... (^_^)

By the way, baru aje siapkan 2 x hand bouquet yang cumel. Nak tengok? Ha, nah. Tengok ni.





Actually, yang ni memang ada niat nak digunapakai masa wedding sendiri nanti. Tapi kalau ada kawan-kawan yang rasa nak tempah atau sewa pon, takde masalah. Aku boleh sediakan servis itu dengan harga kawan-kawan. Bukanlah nak berniaga sangat. Janji people love my hand job. Itu lebih puas hati (^_^)

Cakap pasal DIY ni, memang kita boleh save bajet kalau kita ada usaha nak buat. Wedding aku nanti semuanya DIY? Uisshh...takdelah kesemuanya. Kalau aku ni tak bekerja takpelah jugak. Banyak jugak masa nak decorate itu dan ini. DIY yang aku buat selama ni pun kalau ada masa terluang je. Dan kalau tiba-tiba idea datang mencurah-curah. Huhu...

Oh, by the way, ada jugak yang tanya, dari mana idea itu datang? Erm, banyak sumber sebenarnya. Yang penting kena rajin. Rajin bukak blog orang, rajin bukak youtube, rajin beli majalah dan rajin berimaginasi. Kalau jenis manusia macam aku ni, bila pergi kedai jahitan, once aku pegang satu benda tu...contohnya gulungan riben, aku akan cuba bayangkan, ape DIY yang aku boleh hasilkan daripada gulungan riben tu. So, balik dan practice. Buat sampai cantik. Jangan sayang duit sangat sebab kekreatifan yang kita akan dapat tu tidak ternilai harganya.

Harap-harap aku dapat cuti awal untuk majlis aku nanti. So that I have a lot of time to decorate by myself sudut-sudut kat rumah tu yang aku rasa nak decorate. Itu pon kalau sempat... (^_^)

Wednesday, February 20, 2013

Si 'Terror' dan Si 'Dungu' Memasak.

Salam. Hye guys (^_^)

Dah nak dekat tengahari ni. Yang ladies, especially yang dah kawen, tgh buat apa tu? Berfikir-fikir untuk balik memasak? Uiii rajinnye...'sangat rajin' bagi orang yang bekerja untuk balik memasak. Tapi 'sangat pemalas' untuk orang yang tak kerja, dan cuma duduk di atas sofa membaca majalah di tengah-tengahari ni. Mengharap husband tiba-tiba call dan cakap 'Yang, jom kite makan kat luar hari ni. Nak tak?' Maka si isteri akan terlompat-lompat kegirangan sambil standby nak masuk bilik dan ber'make up'. Padahal ada 5 jam lagi laki dia nak habis kerja. Huhu.

Kalau sekali dua suami offer macam tu takpelah jugak. Tapi kalau hari-hari nak mengharap tawaran emas tu, tak hairanlah kalau satu hari nanti kita ni ada madu. Oppsss....Hehe!

Tapi honestly, semakin dekat hari untuk hidup bersuami, semakin rasa nerbes yang tak terhingga. Nerbes tu memang la banyak part yang nak dinerbeskan. Haha. Tapi, bagi aku part yang paling nerbes sekali adalah part MEMASAK. Honestly sekali lagi, aku memang mengaku yang aku sangat 'kayu jati' dalam bab memasak. Kayu jati tu. Bukan takat kayu biasa. (*_*)

Masa memula encik tunang nak bawak jumpa mak dia dulu, aku dah confess awal-awal dengan encik tunang. Aku nak dia terus terang kat mak dia yang aku memang FAILED bab memasak. Kalau makcik nak reject saya sebab faktor itu, maka saya REDHA. Itu memang silap saya. Bukan silap mama saya. Sebab mama dah pesan sejak aku mula bekerja lagi. Katanya, "Biasa-biasakan diri pegang kuali. Nanti mak mertua reject kau sebab tak pandai masak, mama tak tahu." Tapi biasa la manusia ni kan, dah terhantuk baru nak terngadah. Di kala dah nak masuk part mengenal family pasangan, baru time tu nak belajar masak, memang takkan terer punyelah. Hihi...

Tapi orang kata, kalau tak tahu...kita masih boleh belajar. Yang penting ada effort. Aku pesan kat encik tunang, beri aku sedikit masa untuk aku belajar benda yang aku tak tahu. Dia kata,"Ala, kita manusia ni pon bukan lahir-lahir je, terus tau semua benda. Mesti nak kena belajar jugak." Ok, daripada ayat dia tu, nampak macam dia positif dan menerima kekurangan aku. Tapi kalau pasni awak komplen, siapla! Hehe....

Orang selalu cakap, nak cari bini, kena cari yang pandai kemas rumah, pandai masak, pandai jaga anak. Ye, memang aku admit bahawa kepakaran itu memang sangat diperlukan dalam hidup berumah tangga. Tapi, bak kata dialog di atas, kita ni bukannya lahir-lahir terus tau semua benda. Pastu ditambah pulak dengan kekangan-kekangan seperti sibuk belajar akademik, dari seawal umur 6 tahun sehingga ke 23-25 tahun. Itu baru yang amik sampai degree. Kalau amik master dan PHD? Lagilah lama tempoh masanya. Start umur 13 tahun, dah kena duduk asrama. Pastu masuk U. Lepas abis belajar, sibuk pulak fokus pada kerjaya. Lebih-lebih lagi yang tinggal dengan keluarga, atau macam aku, tinggal di wisma pegawai.(kemudahan yang disediakan untuk peg tentera yang tinggal bujang) Makan minum dari pagi sampai ke malam, memang dah disediakan. So, no need untuk fikir pasal memasak. Pendek kata selagi kita belum sampai seru untuk kahwin, selagi tu la kita tak rasa ada keperluan untuk belajar masak. (exceptional kepada yang hobinya adalah memasak)

Tapi janganlah kerana kekurangan itu, manusia mudah untuk me'reject' orang-orang seperti itu. Siapa tau, suatu hari nanti, isteri kite tu masak jauh lebih sedap dari chef kat hotel tu masak. Chef kat hotel tu pon selalunya, presentation je cantik, sedapnya belum tentu.

Apa effort kita sebagai 'orang yang tak tahu masak'?

Tak nak tengok orang lain punye effort. Nak fokus pada diri sendiri dulu. After this, I will make sure that aku  bukan sahaja rajin ber blogging dan facebook'ing', aku juga kena rajin ber google'ing' untuk cari recipes for cooking. Haaa...kelas gitewww ayat kau maria....

Untuk practising tu, kenalah tunggu balik rumah. Sebab kalau jadi golongan macam aku ni yang duduk di wisma, kami dilarang untuk membawa peralatan masak di dalam bilik. Alah, pendekata macam asrama la. Kalau strictly ikut peraturan, heater air pon tak boleh bawak. Semuanya atas dasar keselamatan bangunan.

Itu effort awal sebelum kahwin ni.Esok, kalau da kahwin, dapat pulak duduk kuarters, rumah sewa atau rumah sendiri, effort itu akan dipanjangkan pula kepada practising on your own time work. Ha, buleh gitu? Tapi encik tunang ada jugak pesan, "Nanti lepas kahwin, masa weekend tu, pepagi lagi saya bawak awak pergi pasar. Beli apa yang patut. Then balik rumah untuk practise masak. Sedap tak sedap, belakang cerita. Yang penting awak cuba dulu." Haaa...nampak macam positif. Dia nak membantu usaha aku. Tapi kalau awak komplen jugak pasni, siap awak! Hehe....

So, kesimpulannya, memasak itu adalah satu perkara yang kita boleh belajar dan bakat yang boleh dibentuk serta diasah. Menyalahkan orang yang tak pandai masak di samping menjatuhkan moralnya dengan tuduhan-tuduhan pemalas adalah sama sekali tidak wajar dan bersifat kejam! Kita dulu pun, bukannya lahir-lahir dah pandai baca abc, dah terus jadi pegawai-pegawai besar, dan terus terer dalam segala hal. Kita kena belajar bertahun-tahun dulu, baru la kita sampai ke tahap sekarang, betul tak?

Peace! V(^_^)V No war (^_^)




Monday, February 18, 2013

SOGO...Syurga Membeli Belah. (*_*)

Ini adalah masa yang ditunggu-tunggu. Menghabiskan duit di SOGO. Berselindung di sebalik alasan 'shopping barang hantaran' maka encik tunang bersetuju untuk menghabiskan hari-hari cuti, ronda-ronda ke sana. By the way, encik tunang tu pon bukanlah seorang yang liat untuk di ajak bershopping. Dia akan jadi liat kalau time dia banyak kerja, aku ajak dia bershopping. Memang kirim salam di angin lalu la. (^_^)

Dalam setahun aktiviti macam ni tak boleh lebih dari 3 kali. Kalau tak, tokey kilang getah pon boleh bankrupt. Huhu. Tapi kira ok la kan sebab sebelum melalui 'saat-saat bahagia' ni, kami dah menahan nafsu shopping berbulan-bulan lamanya semata-mata nak rasa mewah sikit masa beli barang hantaran. Bayangkan 3 bulan aku tak shopping online. Ha? Mampu uolls?!



Ok, masa ni muka memang happy giler lah. Semangat tu tak payah cakap. Lagi semangat dari orang yang menang undi parti politik. Kehkeh.



Kata encik tunang "Sebelum kita bershopping, moh kita ambik gambar 'muka ceria' kita ni dulu. Nanti bile duit dah habis, muka kita takkan ceria macam ni dah." Haha. Boleh pulak macam tu kan....



Ok, part ni memang sangat payah. Aku terlalu rambang mata dan tak tau nak pilih mana satu. Imagine that aku boleh duduk hampir 1 jam hanya untuk melihat, berfikir dan memilih 1 barang. Sampai encik tunang habiskan 1 level game dalam tablet, sementara nak tunggu aku buat keputusan. Hoh!


Lastly encik tunang perli, "Sayang, kite beli satu SOGO ni lah. Kan senang." sambil tersengih.
Aku balas dengan satu jelingan malas + fedup + tension + sabar  = dalamhatitetapsayanggiteww....


Ok, pilih lagi.Pilih! Pilih! Tenung la sampai ke atas bumbung. Tu baru nak pilih kasut. Belum pilih barang-barang lain lagi. (*_*)


Akhirnya, setelah hampir 1 hari tawaf satu SOGO, maka inilah hasilnya....pastu kami terus balik kampung.

P/s: Malam tu masa kat kampung, encik tunang tido awal. Ceh, macam la penat sangat kannnnn......



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...