Wednesday, February 20, 2013

Si 'Terror' dan Si 'Dungu' Memasak.

Salam. Hye guys (^_^)

Dah nak dekat tengahari ni. Yang ladies, especially yang dah kawen, tgh buat apa tu? Berfikir-fikir untuk balik memasak? Uiii rajinnye...'sangat rajin' bagi orang yang bekerja untuk balik memasak. Tapi 'sangat pemalas' untuk orang yang tak kerja, dan cuma duduk di atas sofa membaca majalah di tengah-tengahari ni. Mengharap husband tiba-tiba call dan cakap 'Yang, jom kite makan kat luar hari ni. Nak tak?' Maka si isteri akan terlompat-lompat kegirangan sambil standby nak masuk bilik dan ber'make up'. Padahal ada 5 jam lagi laki dia nak habis kerja. Huhu.

Kalau sekali dua suami offer macam tu takpelah jugak. Tapi kalau hari-hari nak mengharap tawaran emas tu, tak hairanlah kalau satu hari nanti kita ni ada madu. Oppsss....Hehe!

Tapi honestly, semakin dekat hari untuk hidup bersuami, semakin rasa nerbes yang tak terhingga. Nerbes tu memang la banyak part yang nak dinerbeskan. Haha. Tapi, bagi aku part yang paling nerbes sekali adalah part MEMASAK. Honestly sekali lagi, aku memang mengaku yang aku sangat 'kayu jati' dalam bab memasak. Kayu jati tu. Bukan takat kayu biasa. (*_*)

Masa memula encik tunang nak bawak jumpa mak dia dulu, aku dah confess awal-awal dengan encik tunang. Aku nak dia terus terang kat mak dia yang aku memang FAILED bab memasak. Kalau makcik nak reject saya sebab faktor itu, maka saya REDHA. Itu memang silap saya. Bukan silap mama saya. Sebab mama dah pesan sejak aku mula bekerja lagi. Katanya, "Biasa-biasakan diri pegang kuali. Nanti mak mertua reject kau sebab tak pandai masak, mama tak tahu." Tapi biasa la manusia ni kan, dah terhantuk baru nak terngadah. Di kala dah nak masuk part mengenal family pasangan, baru time tu nak belajar masak, memang takkan terer punyelah. Hihi...

Tapi orang kata, kalau tak tahu...kita masih boleh belajar. Yang penting ada effort. Aku pesan kat encik tunang, beri aku sedikit masa untuk aku belajar benda yang aku tak tahu. Dia kata,"Ala, kita manusia ni pon bukan lahir-lahir je, terus tau semua benda. Mesti nak kena belajar jugak." Ok, daripada ayat dia tu, nampak macam dia positif dan menerima kekurangan aku. Tapi kalau pasni awak komplen, siapla! Hehe....

Orang selalu cakap, nak cari bini, kena cari yang pandai kemas rumah, pandai masak, pandai jaga anak. Ye, memang aku admit bahawa kepakaran itu memang sangat diperlukan dalam hidup berumah tangga. Tapi, bak kata dialog di atas, kita ni bukannya lahir-lahir terus tau semua benda. Pastu ditambah pulak dengan kekangan-kekangan seperti sibuk belajar akademik, dari seawal umur 6 tahun sehingga ke 23-25 tahun. Itu baru yang amik sampai degree. Kalau amik master dan PHD? Lagilah lama tempoh masanya. Start umur 13 tahun, dah kena duduk asrama. Pastu masuk U. Lepas abis belajar, sibuk pulak fokus pada kerjaya. Lebih-lebih lagi yang tinggal dengan keluarga, atau macam aku, tinggal di wisma pegawai.(kemudahan yang disediakan untuk peg tentera yang tinggal bujang) Makan minum dari pagi sampai ke malam, memang dah disediakan. So, no need untuk fikir pasal memasak. Pendek kata selagi kita belum sampai seru untuk kahwin, selagi tu la kita tak rasa ada keperluan untuk belajar masak. (exceptional kepada yang hobinya adalah memasak)

Tapi janganlah kerana kekurangan itu, manusia mudah untuk me'reject' orang-orang seperti itu. Siapa tau, suatu hari nanti, isteri kite tu masak jauh lebih sedap dari chef kat hotel tu masak. Chef kat hotel tu pon selalunya, presentation je cantik, sedapnya belum tentu.

Apa effort kita sebagai 'orang yang tak tahu masak'?

Tak nak tengok orang lain punye effort. Nak fokus pada diri sendiri dulu. After this, I will make sure that aku  bukan sahaja rajin ber blogging dan facebook'ing', aku juga kena rajin ber google'ing' untuk cari recipes for cooking. Haaa...kelas gitewww ayat kau maria....

Untuk practising tu, kenalah tunggu balik rumah. Sebab kalau jadi golongan macam aku ni yang duduk di wisma, kami dilarang untuk membawa peralatan masak di dalam bilik. Alah, pendekata macam asrama la. Kalau strictly ikut peraturan, heater air pon tak boleh bawak. Semuanya atas dasar keselamatan bangunan.

Itu effort awal sebelum kahwin ni.Esok, kalau da kahwin, dapat pulak duduk kuarters, rumah sewa atau rumah sendiri, effort itu akan dipanjangkan pula kepada practising on your own time work. Ha, buleh gitu? Tapi encik tunang ada jugak pesan, "Nanti lepas kahwin, masa weekend tu, pepagi lagi saya bawak awak pergi pasar. Beli apa yang patut. Then balik rumah untuk practise masak. Sedap tak sedap, belakang cerita. Yang penting awak cuba dulu." Haaa...nampak macam positif. Dia nak membantu usaha aku. Tapi kalau awak komplen jugak pasni, siap awak! Hehe....

So, kesimpulannya, memasak itu adalah satu perkara yang kita boleh belajar dan bakat yang boleh dibentuk serta diasah. Menyalahkan orang yang tak pandai masak di samping menjatuhkan moralnya dengan tuduhan-tuduhan pemalas adalah sama sekali tidak wajar dan bersifat kejam! Kita dulu pun, bukannya lahir-lahir dah pandai baca abc, dah terus jadi pegawai-pegawai besar, dan terus terer dalam segala hal. Kita kena belajar bertahun-tahun dulu, baru la kita sampai ke tahap sekarang, betul tak?

Peace! V(^_^)V No war (^_^)




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...