Ini adalah masa yang ditunggu-tunggu. Menghabiskan duit di SOGO. Berselindung di sebalik alasan 'shopping barang hantaran' maka encik tunang bersetuju untuk menghabiskan hari-hari cuti, ronda-ronda ke sana. By the way, encik tunang tu pon bukanlah seorang yang liat untuk di ajak bershopping. Dia akan jadi liat kalau time dia banyak kerja, aku ajak dia bershopping. Memang kirim salam di angin lalu la. (^_^)
Dalam setahun aktiviti macam ni tak boleh lebih dari 3 kali. Kalau tak, tokey kilang getah pon boleh bankrupt. Huhu. Tapi kira ok la kan sebab sebelum melalui 'saat-saat bahagia' ni, kami dah menahan nafsu shopping berbulan-bulan lamanya semata-mata nak rasa mewah sikit masa beli barang hantaran. Bayangkan 3 bulan aku tak shopping online. Ha? Mampu uolls?!
Ok, masa ni muka memang happy giler lah. Semangat tu tak payah cakap. Lagi semangat dari orang yang menang undi parti politik. Kehkeh.
Kata encik tunang "Sebelum kita bershopping, moh kita ambik gambar 'muka ceria' kita ni dulu. Nanti bile duit dah habis, muka kita takkan ceria macam ni dah." Haha. Boleh pulak macam tu kan....
Ok, part ni memang sangat payah. Aku terlalu rambang mata dan tak tau nak pilih mana satu. Imagine that aku boleh duduk hampir 1 jam hanya untuk melihat, berfikir dan memilih 1 barang. Sampai encik tunang habiskan 1 level game dalam tablet, sementara nak tunggu aku buat keputusan. Hoh!
Lastly encik tunang perli, "Sayang, kite beli satu SOGO ni lah. Kan senang." sambil tersengih.
Aku balas dengan satu jelingan malas + fedup + tension + sabar = dalamhatitetapsayanggiteww....
Ok, pilih lagi.Pilih! Pilih! Tenung la sampai ke atas bumbung. Tu baru nak pilih kasut. Belum pilih barang-barang lain lagi. (*_*)
Akhirnya, setelah hampir 1 hari tawaf satu SOGO, maka inilah hasilnya....pastu kami terus balik kampung.
P/s: Malam tu masa kat kampung, encik tunang tido awal. Ceh, macam la penat sangat kannnnn......
No comments:
Post a Comment