Pheww...akhirnya selesai jugak majlis di sebelah pihak perempuan.
Tapi sebelum aku cerita pasal hari bahagia yang ditunggu-tunggu
selama 26 tahun 4 bulan dan 23 hari itu ;p
lebih baik rasanya kalau aku settlekan cerita pasal final preparation aku
untuk majlis yang bahagia iteww.....
Seminggu lagi nak majlis, aku masih belum ada tudung untuk hari nikah.
Kepada bride to be yang lain...jangan jadi macam aku.
Last minute preparation adalah sangat berbahaya.
Melainkan nasib anda baik. (*_*)
Dan aku pon sedikit bernasib baik kerana mendapat bakal kakak ipar
yang mempunyai 'tangan emas'
dimana beliau boleh menjahit tudung dan manik untuk tudung nikah aku sekaligus
dan beliau cuma mengambil masa 1 HARI sahaja uolls.
Terer tak? Huhu...
Thanks to Kak Zatil Aqmar @ Kak Ten
kerana telah 'menyelamatkan keadaan'
Dan inilah hasil terbaik darinya. (^_^)
A week before majlis aku dah mula bercuti untuk balik membuat persiapan.
Bila sampai-sampai je di depan rumah,
aku tengok khemah sudah berdiri megahnya di tengah halaman.
SEMINGGU lagi tu. Huhu...
Kata ayah, bukan masalah excited.
Tapi disebabkan syarikat yang sewakan khemah tu
mempunyai banyak tempahan minggu tersebut
So nak tak nak, mereka kena la datang pasang khemah tu awal
dan berita baiknya adalah NO CHARGE at all untuk pemasangan awal tersebut.
Anything berlaku pada khemah sama ada ribut atau sebagainya
mereka akan menanggung sepenuhnya risiko tersebut.
Alhamdulilah...itulah bagusnya perniagaan di kampung ni.
Kalau kat town ni...jangan harapla nak dapat pasang awal.
Kalau nak...sila bayar lebih!
Btw, terima kasih kepada Syarikat Sri Pelangi (^_^)
Ini adalah kali kedua parents aku
menggunakan service khemah dari syarikat tersebut.
Begitu jugak dengan pelamin.
Seminggu sebelum dah siap pasang.
With NO CHARGE at all utk pemasangan awal.
Thank to Kak Siti Andam. (^_^)
Pelamin yang sangat cantik.
Dalam pada kesibukan itu...
alhamdulilah ada 2 orang sahabat memaklumkan bahawa
mereka dengan bermurah hati
nak sponsor Button Badge untuk family berserta magnet fridge.
Ini bukanlah dalam perancangan, tapi alhamdulilah...rezeki. (^_^)
Thanks to Kak Norazidah Shaharom & Zuhaili Arshad
atas sponsorship ini. (^_^)
Jasa kalian akan saya kenang sampai mati.
Goodies.
Pon terkial-kial packing 2 hari sebelum majlis. Hehe!
Nasib baik ada kakak-kakak, abang-abang ipar & adik yang sudi membantu.
Luckily sekali lagi, aku tak perlu bersusah payah tempah tart coklat daripada orang luar
sebab...kakak sulung aku terer bab2 baking cakes & cookies ni.
So, dia je yang buat goodies tart coklat tu.
Untuk apam polka dot dan bahulu kotak tu plak,
dia suggest kan untuk order dari member dia Miezaira Homemade
Persiapan tempat memasak semua dilakukan awal oleh ayah, mama dan abang
Tapi apa yang aku berjaya tangkap adalah.....
Timbunan sabut kelapa yang sangat rajin disusun oleh ayah...
dah macam menara Alor Star pon ada
Dan....
Longgokan cili api mama yang penuh di atas meja.
Duduk kat Negeri Sembilan kan...mostilah makan yang podeh-podeh! =p
Thanks to mama, ayah dan abang untuk persiapan yang mantap!
Inai....
baru terhegeh-hegeh pakai malam sebelum akad nikah.
Lepas tu pakai sejam lebih je!
Lepas tu tak merah sangat.
Lepas tu menyesal.
Lepas tu tepek balik selepas majlis di sebelah pihak perempuan
Untuk standby cantik di sebelah pihak lelaki,
Tak boleh blah betul...huuuu~
Untuk tugas ini, thanks sekali lagi untuk along & adik
yang bersusah payah tolong aku pakai inai ni sampai pukul 1 pagi.
1st time selama 27 tahun idup ni pakai inai.
Walaupun korang buat dengan sungguh comot,
pastu sambil buat sambil tergelak-gelak
'menghanjengkan' bakal pengantin....
tapi ashu tetap menghargainya. Huhu!
Tadaaa! Corak matahari katanya....ikut suka ko la Long....
Janji berinai. Hehe!