Wednesday, December 17, 2014

Product Review: Sparkling Skincare (^_^)

Hye!

Pernah dengar pasal SPARKLING SKINCARE?


Aku pun sebelum ni tak pernah. Tak tau la kesan dia pun macam mana. Sampailah satu hari member aku post gambar dia sekarang. Masa dia dah anak dua, suami satu ni. Eh eh! Suami memanglah satu kan. Mana boleh dua tiga. Hahaa! Ok yang tu lawak je. Jgn marah Zel....


Berbalik pada SPARKLING SKINCARE tadi. Ha, satu benda yang korang patut tau pasal member aku nama Rose Ellina atau biasa aku panggil Zel tu adalah....kami merupakan roomate hampir 2-3 tahun masa kat universiti dulu. Kalau dah namanya roomate bertahun, dah tentulah aku tau kain ang koyak tang mana, diari ang sorok tang mana, jerawat ang tumbuh tang mana. Siap boleh kira lagi berapa biji. Hahaha! Dulu we olls berlumba-lumba kira jerawat dan saling tuding jari muka sape paling kusam. Hew hew hew...



Ha, ni dia masa zaman belajar dulu. 
Sorry Zel. Aku terpaksa dedahkan 'kekusaman' lama kau. 
Hahahahahaha!



Then, after grad pada tahun 2008, kami terpisah oleh lautan. Ceewahh! Puan Rose ni telah dihantar bekerja di Sarawak sehingga ke hari ini. Dari dia bujang, sampailah dah anak dua. Last aku tengok & jumpa dia, masa aku attend wedding dia di Melaka 2 tahun lepas kalau tak silap. But, we still keep in touch dalam intake punya what's app group. Masa tu jerawat dan kusam muka dia tak nampak sangat sebab mekap perantin tebalkan. Tapi kau still gelap dari aku Zel masa tu. Hahaha!





Kekusaman kita berdua jelas terserlah ketika ini. 
*tekup muka, nangis sedu-sedu*


Sehinggalah pada tahun ni, dia tetiba promote satu produk kat dalam group what's app kitorang. Sambil upload gambar dia selepas memakai produk tersebut. WOW! Rose Ellina ke ni? Lain bebenor rupenya. Asal ko makin cerah dan flawless ni? Asal? Asal? Asal? Bila masa ko pegi buat rawatan laser? Haa...ke engko pakai bot** ehhh.... (ada unsur dengki di hujung ayat)

Dan dia dengan tenang cakap itu semua penangan produk SPARKLING SKINCARE tu. Katanya, tak perlu risau kerana skincare yang dicipta berasaskan teknologi Korea dan Filipina ni bebas dari sebarang bahan kimia berbahaya seperti hydroquinone,mercury dan lain-lain. 


Displaying PhotoGrid_1416456914618.jpg



Katanya lagi, SPARKLING SKINCARE ni berasaskan ekstrak buah-buahan. Cam biasa lah kan kita semua tahu bila produk yang berasakan bahan semulajadi dan buah-buahan ni mampu merawat apa jua masalah kulit, mencerah, melembab dan menambahserikan kulit. Juga selamat digunakan oleh preggy n bf mommies :) So, jangan bagi alasan, mengandung takleh santek, okayyy....!

SPARKLING SKINCARE ni terdiri dari 4 item iaitu: 
1. DEEP CLEANSER
2. TONER
3. SPIRULINA BIRD NEST DAILY SERUM 
4. GLUTA WHITE NIGHT CREAM




Displaying 20141115_130801.jpg

Terdapat dalam 2 size set iaitu:
1. EKSLUSIF (120ml) - RM 190.00
2. REGULAR (80ml) - RM 150.00
                          
Perbezaan ekslusif dan regular adalah pada size cleanser dan toner je. Untuk serum dan cream sama. Harga termasuk postage ke seluruh malaysia :)

Juga boleh didapati dalam bentuk loose..dan jangan risau..tiada istilah repackaging ye..ape yang dalam set, itu yang depa jual utk loose item..:)

Harga bg setiap loose item:
1. DEEP CLEANSER (120ml) - RM 80.00
2. TONER (120ml)- RM 80.00
3. DEEP CLEANSER (80ml) - RM 55.00 
4. TONER (80ml)- RM 55.00
5. SPIRULINA BIRD NEST DAILY SERUM - RM 40.00
6. GLUTA WHITE NIGHT CREAM - RM 40.00

So, siapa yang masih mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan, member iolls ni sedia menjawab dan guide anda tentang SPARKLING SKINCARE ni. Just call/SMS/What's app Puan Rose Ellina Rosli 010-2264826





Zel...u make me soooooo jeleoussssssssssss! 
*lari tekup muka pegi tandas nangis esak-esak*







Tuesday, December 16, 2014

HFMD: Pengalaman Suffi & Mummy (*_*)

Hye.

Dah masuk hari kedua aku cuti anak sakit. Esok ada satu hari lagi untuk aku pantau kesihatan Suffi. Nampak dah semakin reda jangkitan HFMD nya tu. What is HFMD? Yes. Bukan korang je yang tak tahu. Dulu aku pun tak amik tau pasal penyakit ni sampailah terkena sendiri pada anak aku. Baru terhegeh-hegeh nk google, baru gabra nak tanya-tanya orang. Biasala tu kan...sebab tu lah wujudnya pepatah 'sudah terhantuk baru nak terngadah'. Pepatah kasarnya, dah terpijak tahi ayam candu baru nak pakai selipar. Ha, gitteww....mih mih mih,

Ok, aku terangkan serba ringkas la ek psl HFMD ni berdasarkan pengalaman aku dan sedikit pembacaan dari internet serta penjelasan dari doktor pakar yang merawat Suffi.

What is HFMD?

HFMD stands for Hand Food Mouth Disease. Atau dalam bahasa Melayu nya Penyakit Kuku Tangan dan Mulut. Ia disebabkan oleh virus Coxsackie A16. Virus Coxsackie merupakan salah satu dari jenis virus yang terdapat dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus Polio, dan Echovirus. Serangan virus tu mostly terjadi pada bahagian telinga, mulut, tangan, lutut dan kaki. Boleh tengok contoh macam yang terkena pada Suffi.








At first, aku ingatkan Suffi kena demam campak. Yes. Dia ada demam pada awalnya kemudian diikuti dengan muncul banyak bintik-bintik merah seperti ruam yang aku bajet virus campak atau chicken pox.  Tapi setelah masuk beberapa hari, demamnya kebah tapi bintik-bintik tu jadi makin teruk. Daripada ruam-ruam merah, menjadi gelembung-gelembung air yang besar.

HFMD Symptoms

Mereka yang dijangkiti penyakit ni akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti:
1. Demam
2. Ulcer di mulut
3. Ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki.

Luckily, Suffi tidak sampai tahap ada ulcer dalam mulut dan dia boleh makan dan menyusu seperti biasa. Jika ulcer tumbuh dengan banyak dalam mulut, that's why anak tak mau makan dan minum hingga menyebabkan mereka dehydrate dan boleh ditahan di wad. Itu yang doktor pakar Hospital Pantai beritahu pada aku dan husband.

Komplikasi

Biasanya penyakit ni akan sembuh dalam masa 4-5 hari jika ianya tak serius. Tapi dari pembacaan aku terhadap beberapa blog kesihatan terdapat sebilangan kecil kes yang didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung. Furthermore, if demam anak mencapai suhu yang tinggi, akan berisiko untuk kena sawan. 

Cara Merebak

HFMD adalah satu penyakit mudah merebak. Ia boleh merebak melalui sentuhan secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka yang dijangkiti kuman ini. Penyakit ni mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghadapinya. Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun amat mudah dijangkiti virus ini.

So, jika anak korang terkena penyakit ni, silalah kuarantinkan mereka beberapa hari sehingga betul-betul sembuh agar tidak terkena pada kanak-kanak lain. Aku pun tidak mahu menuduh sesiapa yang menyebabkan Suffi dijangkiti penyakit ni. Ini bukan masa untuk mencari kesilapan orang lain. Kalau orang tu tau dan nampak virus tu, takkanlah dia nak biarkan orang lain pun terkena sama, ye tak? Plus, aku anggap ini ujian kecil dan lesson learn pada aku sebagai seorang ibu dan ujian ketahanan antibodi pada Suffi sendiri. Alhamdulilah, setelah dia terkena penyakit ni, aku boleh nampak sejauh mana dia boleh menahan dan melawan kesakitan. Anak mummy is a strong girl!

Cara Mencegah Dari Merebak

Jika anak kita dah terkena penyakit ni, tolong lakukan beberapa perkara:

1. Bawa jumpa doktor secepat mungkin.
2. Tidak digalakkan ubatan tradisional atau cubaan untuk merawat sendiri jika dah confirm kena HFMD.
3. Elakkan dari anak bergaul dengan kanak-kanak lain buat sementara waktu.
4. Jaga kebersihan dari segi menyediakan makanan dan menukar lampin.
5. Jangan biarkan perkongsian barang kegunaan pesakit dengan orang yang belum dijangkiti.

Apa yang aku lakukan bila Suffi terkena penyakit ni?

1. Aku ambil cuti beberapa hari untuk fokus pantau kesihatan dia.
2. Aku kuarantinkan Suffi di rumah dan sedaya upaya elak daripada berjumpa kanak-kanak lain.
3. Semua pakaian dan permainan Suffi, aku rendam dengan air panas dan Dettol bagi membunuh kuman. Kemudian baru aku basuh seperti biasa.
4. Kerap cuci tangan Suffi since dia dah pandai merangkak dan pergi ke merata tempat.

Itu usaha aku. Aku harap, penyakit ni tak berpanjangan terkena pada Suffi dan tidak juga berjangkit kepada anak orang lain. So, good luck to every moms yang membaca entry aku ni. Takpe. Jangan rasa down bila anak kita terkena penyakit ni. Bukan kerana kegagalan kita tidak memastikan anak kita selamat. Aku percaya, setiap ibu dah lakukan terbaik untuk anak masing-masing. Tapi, kadangkala Tuhan nak uji kita dengan sedikit ujian dunia. Insyaallah, sama-sama kita redha dan berusaha mencegahnya. 

By the way, perkara yang paling aku seronok walaupun Suffi terkena HFMD ialah bila selera makan dia langsung tak berubah. Tiada pantang makan. Kecuali PANTANG NAMPAK. Semua dia belasah dengan cukup berselera. Bhahahaha!



Roti dia belasah.


Ayam Daddy dia pun dia bedal.



Dan paling sedih...
Wall Selection Hershey's Ice Cream mummy pon dia habiskan...!
Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Awak tau tak mummy makan sikit-sikit supaya benda tu lambat habis?
Mai awak, sekali hadap je nak... (-_-)



















Monday, November 17, 2014

Cabaran Luar Biasa Seorang Ibu....BARU (^_^)

It's been 9 months and 5 days since I'm started being a mother. Yep, Suffi almost 1 years old. Dan di sepanjang itulah aku merasa bukan senang nak jadi seorang ibu. I mean a perfect mother. Bukan senang, beb...Sebab, sebelum aku ada family (I mean husband & child), aku memang tak perfect. Kelam kabut, cepat cemas, cepat susah hati, tak sabar dan banyak lagi perangai buruk yang memang susah nak kikis sejak azali. So, starting hari pertama aku bergelar ibu sehingga hari yang ke 275 (anggaran kasar je ni) aku still rasa banyak perangai buruk yang aku tau seorang ibu TIDAK BOLEH ada....tetapi pada aku, ia masih kukuh dalam diri ni. *sigh*

Tapi buat kata mama aku...itulah salah satu cabaran menjadi seorang ibu. Menjadi contoh kepada anak-anak. Untuk menjadi contoh, anda kena betulkan apa yang tak betul dalam diri sendiri. Barulah anak-anak boleh ikut benda yang betul. Hmmm, seriously Ma...memang susah nak jadi ibu yang sempurna. But I always try my best!

Antara lain, bagi aku...CABARAN LUAR BIASA menjadi seorang ibu adalah:

Bersaing Dengan Ibu-Ibu Lain
Honestly, mana ada ibu yang tak mau tengok anak dia dapat segala perkara yang terbaik, betul tak? Kalau boleh, kita ni sebagai ibu, sanggup bergolok-bergadai hanya semata-mata untuk tengok anak kita sama hebat, sama mewah, sama sihat macam anak orang lain. 

Orang bagi anak makan ini, kita pun nak bagi. Orang bagi anak mainan itu, ye kita pun bersusah payah nak beli. Orang bagi anak masuk sekolah hebat-hebat, uiii...kita pun tak ketinggalan. Cari sekolah terhebat walaupun yuran daftarnya sahaja dah macam yuran semester kita kat university dulu. Padahal, anak kita baru nak masuk tadika. Huhuhu! 

Betul, faktor bersaing dengan ibu-ibu lain ni pon sangat terkesan pada diri aku. Bukan masalah tak boleh tengok orang lebih dari kita. Dulu, waktu bujang, tak kesah sangat pun kalau orang nak lagi vogue, lagi mewah, lagi lebih dari kita. Tapi bila dah jadi ibu ni...masalah perasaan kesian pada anak itu adalah masalah utama. Hati ni asyik ulang-ulang cakap...

"Kesiannya anak aku. Anak orang lain dapat mainan/makan/sekolah yang best tu. Anak aku tak dapat pun."

So, bila perasaan tu sering bertamu dalam hati, maka kita sedaya upaya usaha untuk dapat beri apa yang orang lain boleh beri pada anak mereka.


Belasah Big Apple dengan daddy dia. 
Kemainnn ko nakk....mummy dulu makan donut 20 sen je tau.



Kesihatan dan Keselamatan Anak
Tak nak cerita pasal orang lain. Nak cerita kebenaran tentang diri sendiri. Aku, bukan jenis orang yang pentingkan kesihatan sangat. Ha, jujur kan? LOL. Aku makan ikut suka, exercise kurang, vitamin tambahan tak rajin makan and so on. Bila sakit, aku sedaya upayanya makan ubat yang ada dulu bagi habis, kalau tak sihat jugak, baru lah terhegeh nak refer pada doktor.

Tapi bila dah ada anak sendiri, aku jadi panik bukan sahaja bila anak demam, malah bila dengar dia batuk lebih sikit dari 3 kali, aku dah sibuk-sibuk cari dalam buku/internet, apakah simptom-simptom batuk berulang macam tu. Is it normal atau akan membawa kepada penyakit yang kronik. Kerisauan dia melebihi dari yang sepatutnya. Padahal Suffi tu batuk sebab tersedak air liur sendiri aje. (^_*)

Bab keselamatan, sejak aku mula pakai kereta sendiri 7 tahun lepas, aku susah nak ajar diri untuk pakai seatbelt. Pernah kena saman 2 kali sebab tak pakai seatbelt. Bawak kereta macam pelesit. Hahaha~ Tapi sejak ada anak ni, seboleh-bolehnya aku ajar Suffi untuk biasakan diri pakai seatbelt. No matter what keadaan dalam kereta, she MUST wearing seatbelt. Dan aku drive kemain berhemah lagi. Hmm...nampak tak perbezaan perangai kat situ? Hahaha~ Macam seolah-olah bertukar watak tiba-tiba. (^_*)


Car seat ni aku beli masa Suffi belum keluar lagi. 
Dengan harapan, 'Nakk...tolong jangan ikut perangai mummy' 
Huhuhuhu....




Melawan 'Bijak Pandai' Ibu Lain
Nowadays, kita boleh tengok ramai ibu-ibu yang sangat concern dengan tumbesaran anak. Malah, mereka bukan sekadar concern dengan anak sendiri, mereka concern jugak dengan anak orang lain! Hihihi...baguslah. Bersyukur dilahirkan dalam masyarakat yang prihatin di antara satu sama lain. Tapi kadang-kadang concern dari ibu-ibu lain tu menyebabkan kita sebagai ibu yang baru ni 'lemas'. Itu tak boleh, ini tak boleh, itu salah, ini salah...so benda tu sedikit sebanyak bagi ibu-ibu yang baru ni rasa tak bersedia untuk jadi seorang ibu sebab mereka sangka terlalu banyak benda yang mereka tak tahu.

Sebagai contoh yang berlaku dekat diri sendiri. Aku belikan Suffi walker seawal umur 5 bulan, ada pihak-pihak yang kata "It's too early, akan effect tulang baby". Mula-mula rasa risau sangat. Is it true? Tapi alhamdulilah. Kaki Suffi lebih kuat hari ini dan dia belajar duduk dengan cepat.


Ini masa 1st time Suffi naik walker. 
Disebabkan dia 'show off' kekuatan kaki dia 
ketika sesi percubaan di kedai,
maka daddy & mummy dia teruja nak beli walker tu lebih awal.
Nampak tak? Nampak tak? 
Price tag pon masih melekat lagi kat walker dia. Hahaha!

Contoh lain, 1st meal Suffi (ketika umur 6 bulan), aku bagi dia makan bubur nasi...yang di blend. Supaya tekstur dia lebih halus. Tapi ada juga pihak-pihak yang kata...'NO! Kau membahayakan perut Suffi! Perut dia too small dan tak boleh hadam nasi! Nanti dia sembelit!" And I was just like...blur. Blank. Cuak pun ada. Aku bukan bagi makan nasi sebiji-sebiji. Aku blend. Dan bukan bagi makan sepinggan. Cuma a small amount.

So, I refer this to my mum. As a person I always trust dalam hal-hal penjagaan anak. Mama kata,

"Korang 5 beradik, nasi la antara benda terawal yang mama sumbat dulu ke mulut selepas susu. Alhamdulilah, semua dah beranak pinak sekarang." 

Hahaha~ Bukan itu saja, aku juga refer pada auntie aku yang bekerja sebagai seorang staff nurse. Katanya, "Kenapa tak boleh? Daripada kita bagi dia makan instant cereal, yang ada macam-macam campuran pengawet, lebih baik kita bagi dia makan nasi. Yang penting, penyediaan kita perlulah bersih, tekstur dihancurkan dan amaun dikawal ikut kesesuaian umur baby". Dan banyak lagi perkara yang orang dulu, elok je buat. Tapi orang sekarang kata TAK BOLEH.

Sometimes, pantang larang yang berbagai tu lah yang membuatkan anak kita very sensitive, kurang peka, terlalu manja and sometimes, mudah jatuh sakit. Itu my opinion lah...terpulanglah kepada orang lain.

 

Kalau bab makan, jarang-jarang dia tak habis. 
Itu skill Suffi Khaleefa yang paling terer buat masa ni. Hahaha~
Alhamdulilah, Suffi belum pernah sembelit 
dan belum nampak tanda-tanda allergic
pada apa-apa jenis makanan.




Mengubah Kebiasaan Hidup
Waktu makan -- Masa bujang, waktu makan sering di'jamak-jamak'kan. Bila terasa lapar, barulah cari makan. Then, kawin. Shuben aku pon jenis makan skip-skip. Time dia rasa lapar, dia ajak la makan. Tapi biasanya tengahari dia akan makan di tempat kerja. Bila malam, dia dah tak mau makan yang berat-berat. Mintak buat sandwich, buat mushroom soup aje untuk alas perut. Tapi...bila dah ada anak ni, aku tak boleh dah nak masak ikut rasa tekak dan perut sendiri. Anak kena makan ikut time. Kalau weekdays, kena bangun awal untuk siapkan makanan dia.

Kemas rumah -- Dulu, boleh la nak sapu lantai rumah 2-3 hari sekali. Bukan bersepah sangat pun. Sekarang, no way! Aku kena sapu everyday. Atau paling tidak pun, 2 hari sekali. Sebab, bila anak dah pandai merangkak, favourite dia adalah mengutip apa saja dan masukkan ke dalam mulut, aku kena lebih hati-hati dan lebih fokus terhadap lantai. Silap haribulan, dengan tahi cicak dia kunyah! Hahaha~

Tidur -- Bila start baby keluar je, ramai orang pesan..."Selamat berjaga malam!" Baru aku faham apa maksud 'selamat' depa tu. LOL. Tapi alhamdulilah, semakin Suffi besar, semakin dia kurang berjaga malam. But I still kena wake up tengah malam jugak sebab pampers dia kena tukar. Kalau tak tukar...jawabnya lencun lah tilam tebal daddy engko, nakkk.....! Hahahaha~


She sleep like an angel. 
Mummy love you sweetheart!

Ape pun, aku sentiasa memegang kata-kata 'Mom knows best'. Buat kata mama aku, yang sering diulang-ulang bila anak-anak dia rasa tak confident dengan diri sendiri...

"Mama yang mengeluarkan engko. Mama tau la engko macamana."

Hahaha~ Sempoi, ma...sempoi.... (^_^)










Wednesday, November 5, 2014

Cara Baru, Mudah & Berkesan Untuk Cuci Muka (^_^)

Hye!

Cuci muka. Ye, betul. Hari ni nak cerita pasal cuci muka. Nampak macam remeh. Tapi tahukah anda, perkara remeh yang anda anggap kecil selalunya merupakan permulaan kepada satu kekecewaan yang besar? Contoh.

"Sewaktu Bedah (bukan nama sebenar) remaja dan masih muda, Bedah sangat rajin pakai mekap. Bagi dia kecantikan itu sangat penting. Tapi sayangnya, Bedah rajin pakai mekap namun MALAS untuk mencucinya. Jika dia cuci pun, sekadar cuci yang nampak di mata. Itu pun guna 2 jari, tenyeh-tenyeh-tenyeh, kurang 2 minit dan terus cuci dengan air. Pencuci muka pun beli yang paling murah dan jimat. Asal nampak banyak buih, dia rasa itu dah cukup bersih.

Kini Bedah telah memasuki umur 40 an. Wajahnya sudah mula nampak kusam. Bekas jerawat bersepah-sepah. Sekalipun dia pakai mekap 5 inci tebal namun tiada serinya. Malah, jeragat  dan white head sudah mula bertamu tanpa diundang. Sekalipun dia tutup pakai liquid paper, jeragatnya tetap terserlah jelas di wajah Bedah. Bedah sangat kecewa. Kalaulah Bedah menjaga wajahnya sejak dari awal dulu, sudah tentu tidak akan jadi begini."

Ok, itu adalah normal situation yang selalu berlaku pada ramai wanita. Punca asal, suka mekap tapi tak suka cuci. Kalau cuci pun sekadar buat syarat sahaja.

Tak dinafikan, aku juga hampir-hampir jadi macam si Bedah. Suka mekap tapi MALAS nak cuci betul-betul. Tenyeh-tenyeh-tenyeh, lalukan dengan air. Lagi-lagi kalau dah balik lewat malam,mata mengantuk. Sambil lelap je cuci muka. Huhuhu!

Luckily, ada kesedaran awal selepas terserempak dengan seorang kakak (lingkungan umur 40an...I guest. Or lebih muda sebenarnya?) masa nak bayar barang dekat cashier sebuah kedai. Jeragat dan white head dia...Allahuakbar...sangat menakutkan. White head nampak tercacak-cacak dan jeragat sangatttt tebal. Rasa macam sedih dan takut sangat masa tu. Adakah aku akan jadi macam dia bila semakin dimakan usia nanti? Owh tidakkkkk....

Pastu...aku rajin sikit la nak cuci muka. Tapi, timbul curiga di hati...bersih ke cara aku cuci muka ni? Tanggal ke semua bekas mekap yang ada kat muka ni? Haduiiii....makin bertambah lagi risau bila terbayang-bayang white head akak tu.

Until one day, kakak aku Noraniza Mohtar perkenalkan dengan benda ni.


Ye. Skinvigorate Brush by Mary Kay. 
Khas untuk mencuci wajah dengan jaminan 85% lebih baik dalam tugas menanggalkan solekan berbanding menggunakan tangan.
Bagaimana ia berfungsi membantu kulit wajah?



Honestly, mula-mula aku takut jugak nak guna kan. Sebab selalu orang guna berus kat badan ni untuk bersihkan gigi, tapak kaki atau bahagian belakang badan. Ini tiba-tiba nak berus muka pulak. Macam pelik je. Tapi kakak aku kata, cuba dulu la baru komen. Ok, so aku setuju.

Ready? (^_^)

Displaying 1415149570243.jpg


What's inside the box?
1 x pemegang
2 x berus
2 x bateri AA
1 x manual book

Owh by the way gambar di atas baterinya sudah tiada yek. 
Sebab kakak iolls dah masukkan siap-siap dalam pemegang brush tu.


Displaying IMG_20141101_210430474.jpg

And this is mine. Ready to brush! Brush! Brush! Weeeee! \(^_^)/

Displaying IMG_20141101_205627118.jpg

And one more thing nak habaq mai
aku gunakan brush ni bersama dengan cleanser MK yang paling aku suka, 
Mary Kay Timewise.

Apakah bahagian-bahagian penting yang kita perlu bersihkan? 


1. Dahi
2. Kedua belah pipi
3. Dagu/bawah bibir
4. Hidung

Macam semua orang tahu, point-point yang disebutkan di atas
adalah bahagian yang sangat mudah berminyak, berjeragat, white head tumbuh dan sebagainya.
So, fokuskan lebih kepada bahagian tersebut at least 15 seconds pada setiap bahagian.

Displaying 1415149416794.jpg

Ok marilah kita mulakan!

Brush!
Brush!
Brush!
Brush!
Brush!


Tengah syok-syok brush, tetiba terdengar suara shuben menjerit dari luar toilet.

"Yang oiii....awak tu cuci muka ke, bertapa depan singki tu? 
Suffi dah menangis cari awak ni."

Huhuhu! Punyalah sedap brush tu 'massage' muka kita, sampai tak perasan rupanya dah dekat setengah jam aku duduk depan singki toilet tu. So, cukuplah untuk malam ni. Esok cuci lagi lah kan. Dulu kemain malas lagi nak cuci muka lama-lama. Sekarang sampai tak sabar-sabar nak tunggu esok. Hahaha~

Lastly, after guna brush tu...korang boleh tanggalkannya semula dan basuh lah brush tu. Kemudian keringkan untuk penggunaan seterusnya nanti. 

Displaying IMG_20141101_210907059.jpg

Haa...nampak tak daki-daki, saki baki mekap semua keluar kat berus tu haa....
puas hati makk, nyahhh! 
(tangan kat bahu, mata ke atas, senyum lebor)

So, tunggu ape lagi kawan-kawan.....
Mehla try jugak. Janganlah berkira benor duit yang ada.
Karpet baru buh kat kaki, boleh order...
Handbag mahal buh bawah ketiak boleh beli...
Takkan kemudahan untuk kulit muka sendiri tak boleh beli kan? kan? kan?
Hehehe....

Jom order satu! Call/What's app SD Noraniza Mohtar 013-6689648



Muuuuuu...aaaahhhhhh!

Okebai.







Wednesday, September 17, 2014

Kapit Crispy Datang Lagi Dengan Version Berperisa! Yeayyyy! (^_^)


Siapa tak tau ni kuih ape, angkat tangan!
::::::::::
Sedihhh.... T_T


Siapa tak tau, tapi pernah rasa?
:::::::::::
Ok, reason accepted. (^_^)
Ramai orang kat dunia ni, bab makan memang handal. 
Tapi nama makanan yg dia makan tu belum tentu lagi dia tahu. Haha!


Siapa tak tau nama, dan langsung tak pernah rasa kuih ni?
::::::::::
Adoiii...memang rugi bebenor ler jahh oi...

Ye. Benaaarrrrrrr....
Inilah kuih kapit. Rangup dan sedap!
Sekali makan,confirm mintak lagi sekeping.
Dua kali makan, confirm mintak sebalang. (^_^)

Kuih ni selalu muncul time raya, ye tak? 
Dia punya glamor sama level macam kuih bahulu atau kuih bangkit .
Takde kuih tradisional, raya rasa macam hambar je.
Takde bunga api, raya jadi tak meriah (ok, yg tu takde kena mengena. Hihi)

Tapi itu dulu...
Sekarang kuih kapit ni semakin komersial
Muncul bukan sahaja pada hari raya, malah pada hari-hari biasa
Untuk teman uolls kunyah-kunyah depan TV, 
Kunyah-kunyah dalam wayang (seludup masuk dalam beg la. Hihi!)
sambil tengok bola, sambil tunggu bas,
atau sambil mengumpat sampai bebuih mulut dengan geng mesyuarat tingkap uolls. (^_*)

Lebih BESTTTT lagi bila...
Version baru kuih kapit ni di variasikan lagi 
dengan perisa seperti PEANUT & CHOCOLATE

Ok, nak buat iklan versi DenDang sekejap.
"Yeayyy! Kapit Crispy Datang Lagi Dengan....Perisa Chocolate dan Peanutttt!"
Sorry, excited terlebey (*_*)

Tapi ianya pasti mengecurkan air liur uolls.
Atttoooiiiiii....


Kapit Crispy Perisa Coklat


Kapit Crispy Perisa Peanut Butter

Menangis uolls...menangisss kalau tak rasa.
Iolls yang tengah taip entry ni pon sambil sibuk lap air liur yang meleleh.
Perghhhh! Sedappp!


Tempahan
So, siapa berminat, boleh call/whats app Puan Mie ni untuk buat order.
Sebalang cuma RM 25 (exclude postage)
Ada 50 pcs dalam satu balang.
Boleh makan sampai lenguh mulut.

Packaging
Kepada yang teringin nak buat goodies untuk majlis perkahwinan ke,
aqiqah anak ke, birthday party ke...
Puan Mie ni boleh terima tempahan untuk packaging jugak tau.
Nanti discuss balik ngan dia macam mana jenis packing yang uolls nak.

Delivery
Boleh dihantar melalui pos ke seluruh Malaysia.
Untuk area KL,Muar, Melaka dan Negeri Sembilan 
Mungkin Puan Mie ni boleh buat delivery to uolls! Weee!
Nanti deal lah dengan dia yek (^_^)

Ok, cukuplah tu. Nak stop menaip. 
Nak order jugak. 
Uuuuu tak sabar nak makan dengan lahapnye! 
Ngap! Ngap!Ngap! Yummy!! \(^_^)/


(2 gambar dari atas adalah ehsan Google. Tq!)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...