Thursday, February 3, 2011

3 Tips Berguna Untuk Si Patah Hati & Si Putus Harap.

aku nak berkongsi sikitlah dengan tinta readers;

yang kecewa dalam percintaan...

usah mudah untuk hilang pertimbangan apabila gagal dalam perjuangan menegakkan cinta kalian. ingatlah bahawa setiap apa yang ditakdirkan oleh Allah pada kita itu sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita. belum tentu pilihan kita itu adalah pilihan yang tepat. simpan dalam dada bahawa apabila Tuhan tarik sesuatu kenikmatan itu dari kita, dia akan bagi kita 2 perkara sebagai balasan.

Pertama adalah pengajaran. pengajaran dari kesilapan yang berlaku semasa hbungan yang lepas. Dia sebenarnya memberi peluang pada kita untuk membuka buku baru, bersama watak yang baru dan memperbetulkan kesilapan dalam lakonan kehidupan yang lepas.

Kedua adalah kenikmatan yang lain. selepas kita belajar memperbetulkan kesilapan dan telah kita temui jalan yang benar, maka dihujung jalan kita akan nampak sinar yang baru. mungkin lebih cerah dari yang lepas. maka, itulah kenikmatan lain yang aku maksudkan.

yakin untuk aku mengatakan semua ni kerana aku sendiri telah melaluinya. pada awal menerima musibah, aku terlalu banyak menyalahkan takdir dan diri sendiri. tapi alhamdulilah...Tuhan masih sudi menunjukkan jalan yang benar pada aku. aku diberi peluang untk memuhasabahkan diri dan sebab itu, kini aku kembali bangkit dari jatuh tersungkur suatu ketika dulu.

aku tidak lah mengatakan bahawa aku seorang yang berjaya kini namun, sekurang-kurangnya aku bukanlah salah seorang yang bertindak bodoh bila gagal dalam bercinta. sepertimana ramai remaja kini yang melakukan perkara tersebut.

pada awalnya memang susah untuk menerima satu kehilangan. susah nak tidur, airmata asyik nak mengalir aje, rasa sunyi, hati sentiasa rasa resah dan fokus pada sesuatu tu sering hilang. macamana aku mengatasinya?

mungkin cara aku sama dengan ramai orang atau mungkin lain dari yang lain. tapi inilah apa yang aku buat ketika aku juga patah hati & putus harap:

1. untuk lena tidur malam dan tak mengingat kenangan yang lepas.

sebaik je aku pulang dari kelas jam 4/5 ptg...aku akan solat asar dan bersiap untuk keluar berjogging. aku betul-betul mendapatkan a quality time of jogging. with mp3 yang aku sumbat di telinga, aku akan berjogging sejauh mana yang aku boleh pergi. selagi jam tak tunjuk pukul 7, aku takkan balik ke bilik.

then, selepas solat maghrib, aku akan siapkan sume assignment yang pending dan kalau bukan musim exam dan aku tak perlu stay up untuk study, aku akan tidur awal. normally bila badan dah penat, kita memang akan mudah untuk tidur,rite? so itu yang aku praktikkan sehinggalah aku habis belajar. dan oleh kerana berjogging hari-hari, aku mendapat gelaran yang berbagai-bagai (yg kelakar tp positif la) dan secara tak langsung aku dah dapat badan yang sihat dan kaki yang kuat (^_^)

2. untuk menghilangkan rasa sunyi

aku mengambil peluang untuk mengisi masa lapang yang sunyi itu dengan menyertai berbagai kelab contohnya kelab Go Kart, Paintball dan sebagainya. aku juga menghabiskan masa dengan menulis novel dan menghantar karya itu melalui internet. dan masa aku kebanyakan habis ke situ selain daripada belajar mengejar cita-cita. sekurang-kurangnya, aku punya ramai kawan baru, punyai hobi dan minat yang baru dan mungkin juga kepakaran yang baru. berbaloikan? daripada aku terus duduk mengisi masa lapang dengan menangis dan tak habis-habis menyesal menyalahkan takdir tapi di akhirnya aku dapati bahawa kekecewaan itu terus melanda dan tiada penghujungya (^_^)

3. untuk menghilangkan rasa resah dan gelisah.

memang tak dapat dinafikan bahawa bila patah hati, putus cinta...hati akan sentiasa resah. macam-macam difikiran. dan bagi aku dulu, aku sering memikirkan apakah yang sedang dilakukan oleh ex aku dengan kekasih barunya. bahagiakah mereka dengan penderitaan yang aku dapat. dan untuk menyelesaikan masalah itu, aku hanya nampak satu jalan. kembali pada Nya.

macam orang selalu kata, bila kita telah jauh terpesong, atau kita telah menemui jalan buntu, kembalilah ke pangkal jalan. back to basic. Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. mengadulah padaNya kerana sesungguhnya Allah mendengar setiap doa kita...apatah lagi doa orang yang teraniaya.

tapi ingin aku ingatkan disini bahawa, doa itu biarlah lebih kepada memohon ketenangan kepadaNya. pohon agar Dia memberikan setinggi-tinggi dan sekuat-kuat ketabahan kepada kita dalam menempuhi ujian ini. pohon doa agar kita dikurniakan nikmat yang jauh lebih baik dari sebelum ini. mohon agar apa yang berlaku ini memberi 1001 pengajaran dan teladan dalam hidup kita dan orang lain. minta agar tidak ada manusia lain yang menerima nasib yang sama seperti kita.

tapi, usah doakan untuk melihat orang yang menganiaya kita hancur kehidupannya. biarkan Allah saja yang membalas setiap perbuatan orang terhadap kita. Diakan Maha Adil. sudah Dia janjikan kepada umatNya bahawa setiap perbuatan itu ada balasannya. so, biarkan Dia menjalankan tugasNya dan kita menjalankan kewajipan kita.

spt apa yang berlaku pada aku...aku telah menerima balasan untuk kesilapan yang lepas dengan menghadapi dugaan putus cinta ini. dan begitu juga dengan bekas teman lelaki aku & kekasih barunya itu. cinta yang mereka bina di atas penderitaan yang mereka berikan pada aku juga tidak kekal lama. malah ia lebih cepat hancur dari yang aku sangka. dan kini kedua-duanya kelihatan masih lagi mencari-cari erti hidup yang sebenar & alhamdulilah berkat kesabaran aku, aku dikurniakan kembali 'senyuman' dengan kehadiran orang yang lebih menyayangi & menyintai aku seadanya. namun itu tak bermakna aku akan terus alpa dengan kenikmatan yang telah Tuhan kurniakan. pengalaman yang lepas menjadikan aku untuk lebih berhati-hati dalam menjaga hubungan kini.

so, tinta readers kehidupan itu ibarat kertas yang kosong. kita yang bertanggungjawab untuk mewarnainya. cantik warna yang kita pilih, maka cantiklah lukisan itu akan terukir. tapi jika kelam warna yang kita pilih maka kelamlah juga dunia yang yang akan terbentuk. jika lukisan itu telah buruk dan warna telah tertumpah, buka kertas yang baru dan kembalilah mewarnai dunia yang baru. selagi tuhan tidak menarik kenikmatan kita untuk bernafas, maka selagi itluah kita kena berjuang untuk terus hidup. jangan hanya kerana satu dugaan kecil, anda mudah mengalah dan membiarkan kertas yang telah kotor itu tercarik dan terus koyak. menjadikan keadaan lebih buruk dan teruk.

sesungguhnya, Allah tidak akan menduga umatNya jika Dia tahu umatNya itu tidak mampu menghadapi dugaan tersebut.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...