Wednesday, February 2, 2011

Qaseh Kekasih Saya (^_^)

assalamualaikum Tinta Readers (^_^)

wah! sangat seronok ye bile dapat bercuti panjang macam ni. aku kini sudah pun berada di kampung halaman menghabiskan masa bersama dengan mama, ayah & nenek yang aku sayang bangat.

agenda untuk esok adalah untuk menukar kaki si Qaseh (tayar kereta aku la..hehe) yang sememangnya telah botak dan tadi sepanjang perjalanan pulang aku ke kampung, nasib baik tak pecah. kerana sesampainya aku di rumah, baru aku sedar, tayar tu telah mengeluarkan angin yang agak kuat. rupanya tayar tu dah merekah! nasib baik tak jadi apa-apa tadi. kalau tak, bertahun baru cina di hospital lah aku jawabnya. huhu! sememangnya tayar tu dah wajib ditukar sebab dah hampir 2 tahun aku guna. itu yang buat aku sayang sangat dengan Qaseh sebab sepanjang aku memandunya, dia tak banyak memberikan masalah kepada aku. dan apabila berlakunya perkara sebegini, aku sanggup untuk berhabis duit menggantikan tayar baru untuknya.



Qaseh dah terlalu banyak berjasa untuk aku. Qaseh jarang meragam walaupun dia tahu aku adalah tuan yang sangat tak pandai untuk servis kereta dengan sendirinya. hanya mengharapkan waktu servis di kedai saje bile tibe masanya. dialah teman aku ketika sunyi sebab aku suka memandu ketika aku merasa bosan. ke mana saja aku teringin nak pergi Qaseh akan bawa aku ke sana.




Qaseh juga adalah sebuah kereta yang tabah sebab kalau aku pergi out station jauh-jauh, aku akan bawak dia sekali. even jauh ke utara mahupon selatan semuanya Qaseh dah sampai dalam masa 2 tahun aku bersamanya ni. dan kadang-kadang  kesian jugak dekat Qaseh sebab dia juga tempat aku melepaskan geram. kalau aku marah-marah, jawabnya aku akan memandu Qaseh secara berbahaya! huhu! dan alhamdulilah buat masa ni Qaseh masih menjaga aku di jalan raya. eksiden kecik-kecik tu besela....tapi aku takla cedera. Qaseh yang mengorbankan dirinya untuk tercedera. huhu! Thank you Qaseh....


dan oleh kerana itu, esok aku akan hadiahkan kau dengan 'kaki' yang baru yek. Love u sooo much! \(^_^)/

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...