Salam Tinta Readers!
hope korang sumer in the pink of health. hari ni tetiba macam rasa baik hati nak kongsi beberapa tips dengan korang tentang...macam-macam! dari nak menghalau lipas, sampai lah menghilangkan bau kaki! yekkk....hehe. so, let's check it out!
Santan tidak berbau
Bagi yang bekerja atau suri rumah mungkin bermasalah apabila santan diperah terlebih banyak. Untuk memastikan ia tidak berbau dan tahan lama masukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam peti sejuk, insya-Allah santan tidak berbau dan tahan lama
p/s: bagi yang makan kedai macam saye ni, mungkin takde masalah la kot. hahaha! time bujang ni boleh la kan.... (^_*)
Susu kilatkan daun hijau
Banyak suri rumah suka menghias rumah dengan pokok berdaun hijau, Untuk mudah membersihkan habuk daripada daun hijau juga untuk mengilatkan daun, cubalah cara ini ambil susu cair atau susu tepung yang dilarutkan di dalam air. Tuang susu itu di atas span lembut dan lap pada daun hijau tadi. Hasilnya daun nampak berkilat dan bertambah hijau.
p/s: kalau nak kilatkan kasut, boleh ke gunakan tips ni? huhu...abislah susu kat kat kedai tu aku beli kot!
Petua kempiskan perut
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.
p/s: tapi pada baby, jangan la bagi minum air ni, kembung budak tu nanti, jangan tanye aku! huhu!
Mengatasi kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.
p/s: hmm...ni la masalah yang aku hadapi bila berambut panjang. that's why i prefer to have short hair than looong hair (^_^)
Tepung Gandum Rawat Kulit Terbakar
Kepada yang melakukan kerja luar sering menghadapi masalah kulit muka terbakar kerana panas matahari. Untuk memulihkan kulit wajah, bancuh sebati sedikit tepung gandum bersama madu dan putih telur serta air limau nipis. Sapu bancuhan pada seluruh muka kecuali bahagian mata dan mulut. Biar kering baru cuci dengan air bersih.
p/s: aduiii...ader mase ke nak buat mcm ni kalau tiap2 hari bekerja di bawah terik matahari?
Tumit Pecah-Pecah
Cara mudah dan murah untuk menghilangkan pecah di tumit, sediakan kelapa yang diparut tidak terlalu halus dan sedikit garam. Gaulkan kelapa bersama garam hingga sebati, Tumit dan tapak kaki yang pecah itu hendaklah dicuci terlebih dahulu. Selepas itu sapukan kelapa bercampur garam pada tumit dan tapak kaki sambil menggosokkannya rata-rata. Kemudian cuci kaki hingga bersih. Amalkan petua ini tiga kali seminggu sebelum tidur.
p/s: bagi orang yang da kawen...memang susahla nak dapat tumit yang mcm anak dara kan...hehe
Mata Anak bersinar
Sewaktu diketahui dirinya hamil, seorang ibu hendaklah mengamalkan makan sebiji buah delima yang masak pada setiap bulan kandungan sehingga sembilan bulan. Insya-Allah mata anak yang dilahirkan akan bersinar.
p/s: baik! tips ini akan di amalkan kelak....heeee!
Membunuh Lipas
Untuk membunuh lipas dan tidak membiarkan ia membiak, ikut beberapa petua ini.
1. Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat ada banyak lipas. Insya-Allah lipas akan mati,
2. Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
3. Kalau terlalu banyak sangat, bolehlah sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti pergedel dan letak di tempat banyak lipas.
p/s: lipas kat bilik aku semua mati kena spray dgn Shieldtox. haha! pantas dan ringkas!
Mewangikan Rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris-hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.
p/s: satu lagi tips yang bakal diamalkan. Insyaallah!
Kilatkan Cermin Mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin atau anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih tau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.
p/s: kalau cermin kereta, boleh ke? (^_^)
Jemput-Jemput Menjadi Lembut
Untuk yg inginkan jemput2 menjadi lebih lembut & enak, cuba masukkan air perahan limau nipis (buang bijinya) ke dlm adunan tersebut. Hasilnya pasti memuaskan anda.
p/s: tak masam ke jemput-jemput tu nanti ek?
Mencuci Barangan Perak
Campurkan perahan air limau & garam ke dlm mangkuk yg berisi air & cucikan barang perak anda. Hasilnya barang perak akan berkilat.
p/s: bagi orang yang banyak harta...bolehla kan....huhu!
Limau Nipis Cantikkan Badan
Sediakan segelas air suam & masukkan tiga sudu kecil daun teh & juga sebiji air perahan limau nipis. Biarkan
semalaman. Minum setengah gelas di waktu pagi & setengah gelas lagi waktu petang. Amalkan 3 kali seminggu.
p/s: so, tak perlu la lagi Slim World kan? haha!
Menghilangkan Kesan Bau Papan Pemotong
Adakalanya kita menghadapi masalah utk menghilang bau hanyir pd papan pemotong. Ambil sebiji limau nipis & kemudian di potong dua. Sapukan limau tersebut pada permukaan papan pemotong. Hasilnya bau yg terdpt pada papan pemotong akan hilang.
p/s: limau memang power sangat kuasanya kan...boleh hilangkan bau, slimkan badan, hilangkan kelumumur...multi purpose btol..
Hilangkan Bau Kaki
Sering didapati kaki kita berbau apabila memakai kasut sarung atau tertutup. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis,potong2 & gosokkan pd kaki. Lakukan setiap ptg selepas menanggalkan kasut. Insya-allah bau kaki akan hilang.
p/s: limau lagik?!
Hapuskan Kesan Karat Pada Pakaian
Utk hilangkan kesan karat pd pakaian, amalkan cara ini. Ambil sedikit garam, perahan air limau nipis & larutkan bersama air rendaman pakaian & biarkan semalaman. Keesokkannya cucilah spt biasa.
p/s: haruskah aku memulakan perusahaan menghasilkan limau nipis secara besar-besaran? mau untung besar mcm ni...huhu
No comments:
Post a Comment