Saturday, February 5, 2011

Wedding Dieki + Reunion Batch Eightysixers (TJ's Science School)

It's a happy moment for Noor Asyikin Tajuddin a.k.a Dieki my ex dormmates masa form 1 dulu(its about 12 years ago). Semalam tanggal 4 Feb 2011, Dieki telah selamat menjadi isteri kepada Uzair yang juga bekas senior kami sewaktu di STJ dulu.

Setahu aku, mase di sekolah dulu Dieki takde pun 'bunga-bunga cinta' dengan pasangannya tu dan aku difahamkan bahawa mereka berkenalan beberapa tahun selepas tamat sekolah menengah dan ketika masing-masing telah mempunyai haluan hidup sendiri. Yelah, siapa yang boleh menjangkakan jodoh kita sebenarnya sudah berada di depan mata, cuma kita tak tau je. Betul tak?

It's a happy day jugak bagi batch Eightysixers sebab hanya dengan majlis-majlis sebeginilah kami berpeluang membuat reunion secara tak langsung setelah mungkin ada di antara kami yang bertahun-tahun tidak bersua muka sejak meninggalkan alam persekolahan.

Macam-macam cerita yang keluar. Al maklum sajalah, 5 tahun bersama dan memori itu telah hampir 10 tahun berlalu. Dan ketika ini masing-masing kelihatan jauh berbeza dari zaman persekolahan dulu. Masing-masing telah berjaya dengan kerjaya masing-masing. Ada yang dah jadi engineer, ada yang dah jadi cikgu, ada yang masih di maktab, menjawat jawatan tinggi di kementerian-kementerian dan ada pula yang sedang mengambil PhD. hebat sangat korang. 

Tak ketinggalan ada juga yang datang bersama suami. Seperti my (another) ex dorrmates, Diesha. Di antara kami berempat (Dieki,Dieli,Diesha & Dieha) Diesha lah yang telah berumahtangga terlebih dahulu, di mana dia sebenarnya telah membuka jalan & membuka mata kepada kami bertiga, mengingatkan kepada kami bahawa Dieki,Dieli, Dieha & Diesha bukan lagi kanak-kanak yang berumur 13 tahun seperti sewaktu kami belajar di STJ dulu. Kami masing-masing sudah dewasa dan layak bergelar isteri orang! huhu...

Tak ketinggalan juga ada di antara batch kami yang telah pun menimang cahaya mata. Sorry kepada Hafiz & Mawaddah, Wawa, Azuan, Michie dll yang aku tak berkesempatan nak hadir pada majlis korang. (jadi asko ni bukan bley suka-suka je cutikan...hehe) walau ape pun, so proud sangat dengan korang. Tak sangka rupanya batch kita sudah semakin tua. haha! just kidding... (^_^)


Dieki waiting for her hubby. shweet sgt!

 half...actually suku dari batch Eightysixers yang hadir

 and this is my bestfriend/ex dormmates, Dieli a.k.a Kapeng...cuma dua orang 'Die' ni aje yang masih single. haha!



 Dieli,Dieki,Diesha & Dieha...memories that never ever fade...



tema purple-pink yang menjadi pilihan pasangan Asyikin & Uzair

Anyway, untuk Dieki...semoga menjadi isteri yang solehah dan maka hari ini, terpadamlah gelaran 'otaima' yang menjadikan Dieki popular satu masa dulu. hehe! Dieki telah selamat bergelar isteri orang & Insyaallah dengan izin Tuhan dia bakal bergelar ibu satu hari nanti. Kami batch Eightysixers akan sentiasa mendoakan kebahagiaan korang sehingga ke akhir hayat. Dan silakan doakan kami juga yang masih single ini ye (^_^)

p/s: sangat sedey sebab tak berkesempatan bertemu dengan 2 lagi kawan baik aku, Syuhada a.k.a Tora & Rozilawati a.k.a Kunin. diorang ada hal yang menyebabkan dorang tak dapat nak  hadir. hope sgt dalam masa terdekat ni kite bley keluar having teatime together-gether yek! Rindu bangat sama gelak tawa korang (*_*)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...