Wednesday, February 9, 2011

Mak..!! Maafkan saya....

Bila dahaga, yang susukan kita…..mak
Bila lapar, yang suapkan kita….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di samping kita.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang kita sebut….Mak
Bila bangun tidur, kita cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang...mak
Bila nak bermanja, kita dekati….mak
Bila nak bergesel, kita duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujuk hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi kita….mak
Bila merajuk, yang memujuk cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak
Bila takut, yang tenangkan kita…..mak
Bila nak peluk, yang kita suka peluk….mak

kita selalu teringatkan ….mak
Bila sedih, mesti talipon….mak
Bila seronok, orang pertama kita nak beritahu…..mak
Bila bengang.. kita suka luah pada..mak
Bila takut, kita selalu panggil… “mmaaakkkk! “
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…..mak
Bila buat hal, yang marah kita dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium kita sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaran kita….mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang kita….mak
Yang selalu berleter kat kita…mak
Yang selalu puji kita….mak
Yang selalu nasihat kita….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama kita tunjuk dan rujuk…..mak


Sekarang/ akan datang kita ada pasangan hidup sendiri….
Bila seronok, kita cari…….pasangan
Bila sedih, kita cari……mak


Bila berjaya, kita ceritakan pada….pasangan
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak

Bila bahagia, kita peluk erat….pasangan
Bila berduka, kita peluk erat….emak

Bila nak bercuti, kita bawa….pasangan
Bila sibuk, kita hantar anak ke rumah…..mak

Bila sambut anniversary, kita bagi hadiah pada pasangan
Bila sambut hari ibu…kita cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. kita ingat pasangan
Selalu.. mak ingat kat kita

Bila-bila… kita akan talipon pasangan
Entah bila… kita nak talipon mak

Selalu….kita belikan hadiah untuk pasangan
Entah bila… kita nak belikan hadiah untuk emak

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya……
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…….
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……

wahai anak...syurga itu di bawah telapak kaki ibu
jika masih ada...hargailah mereka
jika sudah tiada doakan kesejahteraan mereka di sana


saya sangat sayang mama saya...dialah segala-galanya!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...