Friday, October 28, 2011

~Melayu~ (^_^)



Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara



Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!
~ USMAN AWANG ~


Thursday, October 27, 2011

Si Dengki Yang Kena Sembur. Baik Punye.

Balik kampung hari tu, aku tengok ladang jagung manis yang ayah usahakan, semakin maju & tak lama lagi akan membuahkan hasil. Bangga dengan kejayaan ayah. Ayah memulakan segala-galanya dari zero. Dari tanah itu asalnya sebuah hutan belukar, kini telah luas dan dipenuhi dengan tanaman yang mendatangkan hasil. Ayah memang seorang yang sangat berbudi kepada tanah.

Namun, dalam pada basahnya keringat ayah mengalir, mengusahakan tanaman tu...masih ada jugak jiran-jiran yang 'berbulu' mata tengok kejayaan ayah. Aku pon tak faham, apelah yang nak mereka dengkikan. Ayah bukan ambil harta mereka. Bukan minta modal sesen pon dari mereka. Malah, tanah itupon bukan milik mereka.

Sakit hati aku bila dengar satu cerita bagaimana menunjukkan betapa TINGGINYA SIKAP DENGKI sesetengah orang yang berada di sekeliling ayah.

Satu hari, di ladang jagung....ayah didatangi seorang lelaki yang kami sekeluarga amat kenali. Dari dulu, dia memang suka berdengki dengan keluarga kami. Dia membelek-belek pokok jagung yang ayah tanam. Katanya kepada ayah,

Si Dengki: Apehal aku tengok jagung kau ni, tak senonoh je rupanya. Ada yang tinggi, ada yang rendah. Buahnye pun tak cantik. Rongak-rongak. Macam gigi aku yang dah tua ni je.

(sedar pon dah tua, tapi tak reti nak jaga bahasa. Huh!)

Jawab ayah dengan tenang,

Ayah: Takpelah, baru nak mula. Memanglah macam tu.....

Ayah hanya membalas pandangan dengki lelaki itu dengan senyuman redha. Mungkin bagi ayah semua itu belum lagi mampu menjatuhkan semangatnya untuk terus berusaha. Atau ayah mungkin sudah lali dengan sikap dengki lelaki itu terhadap segala usahanya selama ini.

Kemudian, bila dia melihat ayah seperti tidak 'terpukul' dengan kata-katanya, dia mengorak langkah ke tengah ladang, bertemu dengan salah seorang pekerja ayah. Tapi, mungkin dia silap pilih orang untuk menghasut. Orang yang didekatinya itu adalah seorang yang lantang bersuara dan aku rasa pakcik tu pon memang tak menyukainya dari awal.

Si Dengki: Kau ni kenapalah bodoh sangat bekerja kat ladang ni. Baik kau usahakan tanah kau sendiri. Tanah kau terjaga, hasil pon kau makan sorang. Kau kerja dengan dia tu, berapa sen sangatlah yang kau dapat?!

Dengan sombong dia mengutuk pekerja ayah tu. Tapi silap orang kot dia nak nasihat. Pekerja tu sound dia balik. Baik punye.

Pekerja: Kau ni kenapa? Ape masalah kau kalau aku nak kerja dengan siapa pun? Walau tanah siapa pun aku nak usahakan, kau ape nak kisah? Aku tak mintak duit kau pun. Yang kau nak dengki sangat kenapa? Pegi balik! Pergi! Aku taknak tengok muka kau kat sini.Pergi!"

Dengan lantang pekerja tu menjerit ke arah lelaki si dengki tadi sambil tangannya menuding ke arah pintu pagar. Menyuruh si dengki itu keluar dari ladang ayah. Hameeekkkk ko! Si Dengki tadi pon balik dengan muka bengangnye kerana dimalukan di tengah ladang itu. Mungkin dia balik dengan rasa malu & serik. Atau mungkin dia balik dengan otak yang berfikir ligat mencari cara lain untuk memusnahkan usaha ayah.

Aku tak faham dengan sikap manusia yang suka mendengki dengan orang lain ni. Kita tak usik pon hak dia, kita tak usik pon keluarga dia, kenapa dia sibuk dengan hal kita, hal keluarga kita? Dari situ boleh tengok betapa syaitan tu dah berjaya menguasai minda & jiwa dia, memenuhkan hati nuraninya dengan sikap dengki dan hasutan. Masih wujud lagi rupanya manusia yang teruk macam ni kan. What a shame.....

Entri Kahwin Lagi. Noor Syuhada Yakup & Ashraf (^_^)

Aku tak pasti ini entry kahwin member kali ke berapa.
 Tapi apa yang pasti, member aku kahwin lagi.
(ayat mcm ayahku kahwin lagi je kan. Haha!)

Kali ni seminggu selepas Azreen (member ATMA) kahwin,
kini giliran sahabat baik di zaman sekolah menengah (TJ's Science School)
Zaman Gila-Gila Remaja orang kata...haha! Phuuiii...
Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan
Puan Noor Syuhada Yakup @ Tora bersama pasangannya Encik Ashraf
seorang anggota Bomba & Penyelamat
(Huhu...sorry Torr, aku nak mention jugak kegagahan suami kau)

Majlis berlangsung dengan meriahnya di Felda Lui Selatan
Walaupun agak jauh, tapi kami gagahkan jua Kenari Cik Zuhaili @ Kapeng
untuk sampai ke teratak kamu, Puan Syuhada. =p
Memang di sepanjang jalan, bermacam-macam dugaan terpaksa kami tempuh
Antaranya kami mengalami 'kesesatan' jalan
Akibat dari map kami yang dicuri Cik Aimi @ Ayem
Sehingga kami terpaksa berhenti tanya pakcik yang jual jajan tepi jalan.
Selain itu, tayar Kapeng hampir meletup akibat dia tak reti nak elak lubang
(sakit pinggang aku ngan Kunin yang duduk kat belakang)
dan setelah hampir berputus asa, kami tiba jua di rumah kau Torr...
yang tersergam indah di atas bukit.
Adventure btol perjalanan kami. Haha!
Tapi best sebab sepanjang jalan kami asek tergelak ajer
sambil mulut tak habis-habis berkata,
"Thankkssss Toraaa...."
tapi demi nak tengok sahabat kami di hari bahagianya
kami gagahkan jua.
Bukan senangkan? Sekali seumur hidup.

Hahaha! Jom-jom kita tengok gambar yang dah bersusah payah aku amek.

Akhirnya berjaya amik gambar atas pelamin bersama pengantin


Puan Syuhada a.k.a Tora looks HOT dengan baju pengantinnya. Uuuu!!!


Pelamin sangat canteekkk! Aku suka colour purple tu.


Ni lah dia muka bahagia si 'perantin' perempuannye. Tak terkata aku tengok bahagianye...hehe


Cupcake yang shommellll....


"Everybody looks to left! Everbody looks to the right!"-Price Tag


Cik Rozilawati @ Kunin & Cik Azilah @ Ala


Cik Zuhaili @ Kapeng & Cik Zahira @ Yulan


Sebenarnya diorang cuba membaling beras. Konon nampak cam gimikla.
Tapi dalam gambar ni, tak nampak sebutir beras pon yang 'melambung'
Haha! Sorry, camera aku bukan DSLR okeeyyy!


Dulu empat sahabat baik yang bujang. Kini tinggal bertiga.


Aku tak brape paham motif gambar yang Kapeng cuba amik. Sorry Peng... =p


Sorang cikgu, sorang engineer, sorang tentera. Sape sangka? =)


Tiba giliran Cik Akmar @ Bun & Cik Amalina @ Malin beraksi


Belasahla gaya ape pun Bun...Malin....hehe


Tiba masanya untuk kami pulang.


Namun sebelum semuanya berpecah
Kapeng sempat mengedarkan kad jemputan perkahwinannya
yang akan berlangsung pada 26 November 2011
So, tunggu pasni akan ader lagilah entry kahwin dalam blog aku ni. Hehe!

Kepada Puan Syuhada @ Tora & suami
Semoga kalian hidup bahagia hingga ke anak cucu!
Untuk sahabat-sahabat STJ, memang satu moment yang menyeronokkan
Apabila bertemu kembali dengan kalian semua.
Bayangkan setelah 8 tahun meninggalkan bangku sekolah
Kita semua jumpa balik dengan masing-masing telah mempunyai
kerjaya dan kehidupan yang bahagia.

Macam biasa seperti di entry-entry kahwin member yang lepas,
pesanan aku cuma satu
doakanlah aku juga cepat-cepat naik pelamin
supaya blog aku tidak akan hanya ada entry 'Member Kahwin'
Tetapi akan ada juga entry 'Tuan Punya Blog Kahwin'
Hahaha! Just Kidding.... =p


p/s: Di perjalanan balik, kami tak sesat. Tapi terpaksa mengikut perlahan di belakang sebuah lori yang terlebih muatan dan ia menyebabkan kami tak senang duduk di sepanjang jalan. Nak potong, takut. Risau kayu balak tu tertimpa atas kami. What an experience....Haha!

Friday, October 21, 2011

Kalau Nak Diikutkan La.... (^_^)

Kalau nak ikutkan hati, hari-hari rasa bengang dengan orang kan...
Tapi memang itulah kita akan rasa kalau kita ikut amarah syaitan.

Kalau nak ikutkan hati, malas nak bekerja, nak dok rumah ja...
Tapi bila masuk 2 minggu tak kerja akan jadi bosan mcm nak gila

Kalau nak ikutkan hati, nak pasang empat supaya bahagia
Tapi yang ada sorang tu pon kita masih tak terjaga.

Kalau nak ikutkan hati, memang nak jadi kaya raya
Tapi kalau zakat pon liat nak bayar, macamana tuhan nak bagi kaya?

Kalau nak ikutkan hati, nak je jadi artis, glamor & ramai peminat
Tapi kalau tengok gossip dorg yang penuh 5,6 muka surat, memang rasanya tak larat

Kalau nak ikutkan hati, nak aje tolong anak yatim & orang tua yang tak berkemampuan
Tapi diri sendiri pon kita tak mampu nak uruskan. Macamana nak bg orang lain makan?

Kalau nak ikutkan hati, mati. Ikut rasa, binasa. Ikut Iman? Insyaallah aman.... (^_^)

Tuesday, October 18, 2011

Bersangka Buruk Atau Memang Betul Betul Buruk

Orang cakap tak baik bersangka buruk (Su'uzon).

Ada hadis yang menyebut:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Surah Al-Hujuraat ayat 12.

Tapi kadang-kadang, bukan mudah untuk bersangka baik (Husnuzon). Agree tak? Aku tak tahu la orang lain, tapi apa yang aku sedang rasa ni mungkin sama dengan apa yang korang rasa.

Satu masa dulu, aku pnah kwn dgn sorang manusia ni. Aku memang respect dia sebab...aku pon tak tau kenapa aku respect dia. Tapi bila aku pandang je muka dia, aku rasa macam perkataan RESPECT tu timbul dalam kepala. Mungkin salah satu sebabnya, dia easygoing person yang aku boleh bercerita apa-apa tanpa rasa segan silu. Biasalah kan orang perempuan ni biasanya lebih selesa bercerita dengan orang perempuan juga.

Tapi, suddenly...aku perasan dia macam da tak mo kawan dengan aku. I guess its just because about a guy.  This guy is my friend. Very close friend. Kes berebut? Eh! Takdelah. I'm not that type of person sbb kalau aku macam tu, aku takkan kenalkan dia dengan that guy. Baik aku kenal that guy sorang je. Btol tak?

But suddenly, looks like she try to avoid herself from me. Actually I don't mind pon dia da tak mo be friend. I agreed that kawan itu datang dan pergi. But, I wanna know kenapa. Adakah dia minat dengan lelaki tu sampai dia rasa dia perlu menjauhkan diri dari aku yang merupakan close friend guy tu. Atau aku yang bersangka buruk?

So, I always remind myself, not to think negative on this matter. Aku senyap jela. Mungkin dia takde masa untuk bertegur sapa dengan aku. Then, one of my friend told me, she's not longer be in my FB friend list. Why my friend yang perasan? Sebab aku memang takde masa nak amik tau sape yang remove aku dari FB dia. Hahaha (*_^) Sedangkan sape yang dah aku accept jadi kwn pon aku lupa, inikan pulak orang yang tetiba nak remove aku. I told everyone 'bout this earlier in my previous entry. Ada kerja yang lebih penting untuk aku buat, dari check orang yang ada atau takde dalam FB aku.

So, dari situ aku rasa sangkaan buruk aku itu sebenarnya tidaklah buruk. Ia sebenarnya merupakan sangkaan yang benar. Tapi, sekali lagi aku remind myself..."Ashu, jangan bersangka buruk dengan orang. Tak baik." So, i erased negative thinking tu cepat-cepat. I told myself maybe dia nak privatekan FB dia kepada kwn-kwn yang betul2 rapat dengan dia atau family dia.

Sampai 1 hari, aku datang di satu tempat, di mana sipolan ni tadi juga berada di tempat yang sama. I saw her too but tak bley nak bertegur sapa sebab on that time aku sedang dalam satu perbincangan dengan orang atasan. Suddenly, that guy yang close friend dgn aku tadi, anta SMS. Katanya, this lady ada SMS dia & told him that she saw me just now. Dia tanya pada my close friend aku tu, "I saw her. Dia ada apa datang sini?"

Hmmm...dari situ aku wonder. Kenapa dia sendiri tak SMS aku tanya why I came to that place? Kenapa mesti dia SMS orang lain dan bertanya pasal aku? Sedangkan dia bukannye takde nombor aku. Dia tahu nombor aku lebih awal dari dia tau no lelaki tu. So, dari situ perasaan aku makin kuat mengatakan dia sedang melancarkan perang dingin dengan aku. Dan aku bukanlah berburuk sangka. Sebenarnya itu adalah sangkaan yang benar.

So....kesimpulannya, apa yang kadang-kadang kita rasa kita dah bersangka buruk, sebenarnya ia adalah satu sangkaan yang benar & kita sendiri boleh merasakannya awal. Dan kepada sahabat itu, maaflah kalau aku bersangka buruk. Tapi kalau sangkaan aku tu benar, aku just nak nyatakan bahawa aku tidak memulakan pergaduhan & aku tak mahu akhirinya dengan pergaduhan. Kalau betul u like that guy, just say it. U don't have to avoid me. So, aku tak perlu nak bersangka apa-apa dengan kamu. Life is not so difficult like what we think of kan? (^_^)


Monday, October 17, 2011

Selamat Pengantin Baru - Kapt Azreen & Nasri Yusof (^_^)

Entri PERKAHWINAN SAHABAT sekali lagi.
Kali ini giliran sahabat sekerjaya aku KAPT AZREEN & pasangan pilihan hatinya NASRI YUSOF.
Percintaan umpama Romeo & Juliet ini bertahan agak lama
Since Areen cadet, since Nasri study ke oversea
Sampai kedua-duanya dah grad & kerja.
Mungkin kita tak tahu apakah suka duka yang diorang lalui di sepanjang jalan percintaan itu
Tapi apa yang pasti hari ini
Nasri telah membuktikan bahawa dia bersungguh mencintai Areen
dan Areen setia menanti Nasri

 (puitis sangat ke ayat aku?huhu!)

Haha! ok let's scroll down & see the beauty of GARDEN WEDDING
Date: 16 Oct 2011
Venue: Taman Botani,Putrajaya

I adore la your banner...sweet!


a HERO married a WARRIOR...that's cool =)


That's Areen. Wherever she is, still HAPPY GO LUCKY!




That's the beauty of marrying a military personnel. The sword means a lot!


Will we be the next? Oopps!


The bridesmade yang shannnteekkk!!!



malu-malu kucin plak sang pengapit nih.... =p


3 Jejaka yang masih belom laku
(aku kira buatkan iklan free untuk korang, bley? Hihihi)


It's not just a wedding...it's a reunion!


SZR still mencari konco-konconya. Perangai tak berubah! Haha!



Nie dah kenapa pulak ni....huhu!


Oopps! Suda-suda...gambar dah abis. Heeeee....

Btw, untuk pasangan NASRI & AZREEN
you guys look GORGEOUS sangat today
Nama pon RAJA SEHARI kan? (^_^)

Dari segi adat & agama kamu berdua telah selamat
Menjalankan apa yang dituntut
Maka selepas ini binalah mahligai yang bahagia
Seperti apa yang kalian rancangkan sebelum ini.
Kami semua mendoakan kebahagiaan kamu berdua
sehingga ke akhir hayat!

Buat kata ''us'' dalam kad yang terlekat atas hadiah tu

"Nasri, jaga Areen baik-baik." Kata Ashu
"Areen, jaga Nasri baik-baik." Kata Kamarul
From "US"

\(^_^)/


Thursday, October 13, 2011

Garam Yang Kau Makan Hanya Memberi Rasa Masin Je!

TEGAS

Nak review balik maksud TEGAS yang orang heboh dok perkatakan. Daripada observation yang aku buat, TEGAS yang diorang maksudkan adalah MEMAKI HAMUN orang bawahan kalau mereka tak buat kerja, melanggar arahan atau kurang ajar.

Sorry, itu BUKAN sikap aku.

As a Human Resource Graduate, 4 tahun aku belajar mengenali manusia secara formal education. Sebagai manusia biasa pulak....25 tahun aku belajar secara informal education, mengenali bermacam2 sifat manusia. Aku di didik mendekati manusia dengan cara BERHEMAH & BERBUDI BAHASA. Api tidak akan padam jika disembur dengan api juga. Sebagai seorang yang dilahirkan & ditentukan rezeki dalam golongan Pegawai, aku sedar bahawa ramai orang bawahan aku lebih tua umurnya dari aku. Malah, ada saudara darah daging aku sendiri yang tergolong dalam golongan orang bawahan/bukan pegawai.

My parents teached me NOT TO BE RUDE jika berhadapan dengan orang tua. "Tidak kira siapa kamu kelak, jangan sesekali BIADAP. Jaga BAHASA. Bahasa yang kamu tutur melambangkan MARUAH & KEJAYAAN/KELEMAHAN kami mendidik kamu."

Sebab tu aku tak suka nak marah-marah org bawahan aku sekalipun perbuatan mereka itu kadang-kadang menyusahkan aku.

TAPI, aku rasa bila berhadapan dengan org macam ni, aku tak boleh nak praktikkan ape yang aku belajar di zaman student dulu. Bila aku CUKUP MENJAGA BAHASA, orang bawahan aku malah lebih tua dari aku pulak (yang kononnya lebih banyak makan garam) SESUKA HATI sound aku seolah-olah aku ni bukan orang yang sepatutnya dihormati oleh golongan sepertinya. YES! Memang umur aku lebih muda dari kau. Tapi ingat 2 perkara.

Kalau aku nak kira aspek kedudukan & pangkat.
1. Dimana letaknya kedudukan aku dalam carta organisasi? Di atas atau dibawah pangkat kau?
2. Sekalipun kau lebih tua dari aku, tapi KEDUDUKAN kau BELUM LAYAK lagi untuk sound aku macam tu.

Kalau aku nak kira aspek umur & pengalaman.
1. Kau lebih banyak makan garam, tapi budi bahasa kau, adab sopan kau sgt BIADAP & seolah-olah tunjuk yang kau masih terlalu MENTAH!
2. Kau lebih banyak pengalaman, tapi takde satu pon pengalaman kau tu mengajar kau untuk menjadi manusia yang menghormati orang lain tak kiralah orang tu lagi muda dari kau atau sbgnya.

Aku tak suka MARAH orang
Aku tak reti BIADAP dengan orang
Aku tak reti KURANG AJAR dengan orang
TAPI....tak bererti aku selembut itu
Kau boleh PIJAK kepala aku.

Tapi berbalik kepada perkataan TEGAS di awal ayat tadi, mungkin bila berhadapan dengan orang2 mcm ni, aku perlu JADI TEGAS dengan cara MEMAKI HAMUN jugak. Sebab mungkin dengan cara ni je dapat MEMBENTUK orang tua yang banyak pengalaman tapi kurang PERADABAN & KESOPANAN. Nilai sivik yang kurang.

Banyak makan garam pon tak guna jugak kalau takde sebijik pon garam yang dimakan tu mengajar kau cara MENGHORMATI orang & MENJAGA BUDI BAHASA kau yang biadap tu.

Tuesday, October 4, 2011

Buta Mata, Buta Hati Sebab Duit...Ceh!

Entri MANUSIA vs DUIT



Bekerja sebagai orang yang meluluskan tuntutan kewangan memang membuatkan kita sentiasa berhadapan dengan berbagai-bagai jenis perangai manusia. Tapi objektif mereka tetap satu iaitu DUIT. Ada 6 jenis perangai manusia yang terhasil akibat kuasa duit.


1. 'High Temperature' Sebab Duit.

Ada yang jenis suka marah-marah kalau tuntutan dia lambat dapat atau ada yang terpaksa dipotong & di reject, kebiasaannya sebab dokumen tak lengkap, tuntutan lewat hantar atau terdapat unsur2 penipuan. (cuba nak dapat duit lebih tapi kantoi...ceh!)

Kalau dia marah, dalam kepala dia hanya tahu...dia MESTI dapatkan duit tu walau dengan apa cara sekalipun termasuklah memarahi orang yang menguruskan tuntutan. Katanya, itu HAK dia. Dia berhak tuntut! Dia berhak dapat! Tapi dia lupa..KITA BERHAK POTONG, KITA BERHAK REJECT sekiranya  didapati HAK yang dia cuba dapatkan itu, dicemari dengan kecuaian diri sendiri.

Orang macam ni memang cepat kena sakit jantung & darah tinggi. Percayalah.


2. Depan senyap, belakang RATA MENGATA.

Owh, orang macam ni pon ramai juga. Depan kita, senyum je bila tengok apa yang dituntut tak sama dengan apa yang dia dapat. Bila berdepan dengan kita, ayat yang akan keluar.

"Alah, saya tak kisah pon berapa saya dapat. Apelah nak kisahkan...Rezeki tuhan tu bukan ada hari ni je, ye tak?"

Tapi bila kat belakang, heboh dia cerita dengan orang kata kita macam-macam....
"Dia tu kedekut! Sukahati je nak potong hak kita! Strict sangat! Banyak complaint!"


3. Hutang dia, dia lupa. Hutang kita, dia ingat.

Cuba dia berhutang dengan kita RM 1. Pastu cuba kita mintak dia bayar. Teka ape jawapan dia.
"Ah! Kau ni....dengan aku, RM 1 pon kau nak berkira la. Kira halal je la."

Tapi....cuba kita berhutang dengan dia RM 1 dan kita terlupa/taknak bayar/kita mtk halalkan.Guess ape ayat dia yang akan keluar?
"Kau lupa ke kau ada hutang RM1 dengan aku? APE?! Halalkan? Banyak cantik muka kau? RM1 tu duit jugak tau walaupun nilainye kecik!"


4. Bersungut Bila Tak Dapat, Senyap Bila Dah Dapat.

Kalau apa yang dia mintak tak dapat, mulut dia PENUH SUNGUTAN. Dikatanya kita ni:
- Leceh
- Tak bertolak ansur
- Berkira
- Terlampau strict
- Dengki
- Tak pandai buat kerja

Tapi, kalau apa yang dia tuntut tu kita bagi, terus dia hilang & senyap. Sepatah ayat TERIMA KASIH pon takde. Cantik betul adabnye.


5. Ramah Bila Mintak Tolong, Bila Dah Dapat Terus Sombong

Yang ni pon selalu jumpe. Kalau nak mintak tolong, lagi-lagi pasal duit, TETIBA je dia akan muncul bertanya khabar & sebagainya. Padahal sebelum tu dekat 5 taun tak bertegur sapa walaupun kita lalu sebelah dia. Tapi bila kita dah tolong & dia dapat apa yang dia nak...maka dia pon berlalu pergi. Macam tu je. Kadang-kadang tanpa cakap TERIMA KASIH pon. Cakap thanks je cukuplah...bukan kita kebulur mtk belanja makan pon. Bahasa tu kan jiwa bangsa.


6. Sentiasa Redha.

Tak kira la dia dapat separuh ke, suku ke...atau TAK DAPAT LANGSUNG...dia tetap redha. Katanya,
"Owh, memang salah aku la. Dokumen tak lengkap/aku hantar claim lewat. Takpelah, mungkin bukan rezeki aku."

Orang macam ni memang jarang-jarang ada. Kalau ada 10 orang mungkin hanya seorang je yang berperangai macam ni.

Sebenarnya banyak lagi jenis-jenis manusia bila berhadapan dengan duit. Tapi itu antara 6 perangai yang aku boleh rumuskan. So, harap-harap kalian tak tergolong dalam 5 perangai terawal tu. Letih nak berhadapan dengan orang-orang macam ni. Jangan cepat buta hati & buta mata sebab duit. Duit tak boleh bawak masuk kubur.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...