Thursday, October 13, 2011

Garam Yang Kau Makan Hanya Memberi Rasa Masin Je!

TEGAS

Nak review balik maksud TEGAS yang orang heboh dok perkatakan. Daripada observation yang aku buat, TEGAS yang diorang maksudkan adalah MEMAKI HAMUN orang bawahan kalau mereka tak buat kerja, melanggar arahan atau kurang ajar.

Sorry, itu BUKAN sikap aku.

As a Human Resource Graduate, 4 tahun aku belajar mengenali manusia secara formal education. Sebagai manusia biasa pulak....25 tahun aku belajar secara informal education, mengenali bermacam2 sifat manusia. Aku di didik mendekati manusia dengan cara BERHEMAH & BERBUDI BAHASA. Api tidak akan padam jika disembur dengan api juga. Sebagai seorang yang dilahirkan & ditentukan rezeki dalam golongan Pegawai, aku sedar bahawa ramai orang bawahan aku lebih tua umurnya dari aku. Malah, ada saudara darah daging aku sendiri yang tergolong dalam golongan orang bawahan/bukan pegawai.

My parents teached me NOT TO BE RUDE jika berhadapan dengan orang tua. "Tidak kira siapa kamu kelak, jangan sesekali BIADAP. Jaga BAHASA. Bahasa yang kamu tutur melambangkan MARUAH & KEJAYAAN/KELEMAHAN kami mendidik kamu."

Sebab tu aku tak suka nak marah-marah org bawahan aku sekalipun perbuatan mereka itu kadang-kadang menyusahkan aku.

TAPI, aku rasa bila berhadapan dengan org macam ni, aku tak boleh nak praktikkan ape yang aku belajar di zaman student dulu. Bila aku CUKUP MENJAGA BAHASA, orang bawahan aku malah lebih tua dari aku pulak (yang kononnya lebih banyak makan garam) SESUKA HATI sound aku seolah-olah aku ni bukan orang yang sepatutnya dihormati oleh golongan sepertinya. YES! Memang umur aku lebih muda dari kau. Tapi ingat 2 perkara.

Kalau aku nak kira aspek kedudukan & pangkat.
1. Dimana letaknya kedudukan aku dalam carta organisasi? Di atas atau dibawah pangkat kau?
2. Sekalipun kau lebih tua dari aku, tapi KEDUDUKAN kau BELUM LAYAK lagi untuk sound aku macam tu.

Kalau aku nak kira aspek umur & pengalaman.
1. Kau lebih banyak makan garam, tapi budi bahasa kau, adab sopan kau sgt BIADAP & seolah-olah tunjuk yang kau masih terlalu MENTAH!
2. Kau lebih banyak pengalaman, tapi takde satu pon pengalaman kau tu mengajar kau untuk menjadi manusia yang menghormati orang lain tak kiralah orang tu lagi muda dari kau atau sbgnya.

Aku tak suka MARAH orang
Aku tak reti BIADAP dengan orang
Aku tak reti KURANG AJAR dengan orang
TAPI....tak bererti aku selembut itu
Kau boleh PIJAK kepala aku.

Tapi berbalik kepada perkataan TEGAS di awal ayat tadi, mungkin bila berhadapan dengan orang2 mcm ni, aku perlu JADI TEGAS dengan cara MEMAKI HAMUN jugak. Sebab mungkin dengan cara ni je dapat MEMBENTUK orang tua yang banyak pengalaman tapi kurang PERADABAN & KESOPANAN. Nilai sivik yang kurang.

Banyak makan garam pon tak guna jugak kalau takde sebijik pon garam yang dimakan tu mengajar kau cara MENGHORMATI orang & MENJAGA BUDI BAHASA kau yang biadap tu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...