Thursday, October 27, 2011

Si Dengki Yang Kena Sembur. Baik Punye.

Balik kampung hari tu, aku tengok ladang jagung manis yang ayah usahakan, semakin maju & tak lama lagi akan membuahkan hasil. Bangga dengan kejayaan ayah. Ayah memulakan segala-galanya dari zero. Dari tanah itu asalnya sebuah hutan belukar, kini telah luas dan dipenuhi dengan tanaman yang mendatangkan hasil. Ayah memang seorang yang sangat berbudi kepada tanah.

Namun, dalam pada basahnya keringat ayah mengalir, mengusahakan tanaman tu...masih ada jugak jiran-jiran yang 'berbulu' mata tengok kejayaan ayah. Aku pon tak faham, apelah yang nak mereka dengkikan. Ayah bukan ambil harta mereka. Bukan minta modal sesen pon dari mereka. Malah, tanah itupon bukan milik mereka.

Sakit hati aku bila dengar satu cerita bagaimana menunjukkan betapa TINGGINYA SIKAP DENGKI sesetengah orang yang berada di sekeliling ayah.

Satu hari, di ladang jagung....ayah didatangi seorang lelaki yang kami sekeluarga amat kenali. Dari dulu, dia memang suka berdengki dengan keluarga kami. Dia membelek-belek pokok jagung yang ayah tanam. Katanya kepada ayah,

Si Dengki: Apehal aku tengok jagung kau ni, tak senonoh je rupanya. Ada yang tinggi, ada yang rendah. Buahnye pun tak cantik. Rongak-rongak. Macam gigi aku yang dah tua ni je.

(sedar pon dah tua, tapi tak reti nak jaga bahasa. Huh!)

Jawab ayah dengan tenang,

Ayah: Takpelah, baru nak mula. Memanglah macam tu.....

Ayah hanya membalas pandangan dengki lelaki itu dengan senyuman redha. Mungkin bagi ayah semua itu belum lagi mampu menjatuhkan semangatnya untuk terus berusaha. Atau ayah mungkin sudah lali dengan sikap dengki lelaki itu terhadap segala usahanya selama ini.

Kemudian, bila dia melihat ayah seperti tidak 'terpukul' dengan kata-katanya, dia mengorak langkah ke tengah ladang, bertemu dengan salah seorang pekerja ayah. Tapi, mungkin dia silap pilih orang untuk menghasut. Orang yang didekatinya itu adalah seorang yang lantang bersuara dan aku rasa pakcik tu pon memang tak menyukainya dari awal.

Si Dengki: Kau ni kenapalah bodoh sangat bekerja kat ladang ni. Baik kau usahakan tanah kau sendiri. Tanah kau terjaga, hasil pon kau makan sorang. Kau kerja dengan dia tu, berapa sen sangatlah yang kau dapat?!

Dengan sombong dia mengutuk pekerja ayah tu. Tapi silap orang kot dia nak nasihat. Pekerja tu sound dia balik. Baik punye.

Pekerja: Kau ni kenapa? Ape masalah kau kalau aku nak kerja dengan siapa pun? Walau tanah siapa pun aku nak usahakan, kau ape nak kisah? Aku tak mintak duit kau pun. Yang kau nak dengki sangat kenapa? Pegi balik! Pergi! Aku taknak tengok muka kau kat sini.Pergi!"

Dengan lantang pekerja tu menjerit ke arah lelaki si dengki tadi sambil tangannya menuding ke arah pintu pagar. Menyuruh si dengki itu keluar dari ladang ayah. Hameeekkkk ko! Si Dengki tadi pon balik dengan muka bengangnye kerana dimalukan di tengah ladang itu. Mungkin dia balik dengan rasa malu & serik. Atau mungkin dia balik dengan otak yang berfikir ligat mencari cara lain untuk memusnahkan usaha ayah.

Aku tak faham dengan sikap manusia yang suka mendengki dengan orang lain ni. Kita tak usik pon hak dia, kita tak usik pon keluarga dia, kenapa dia sibuk dengan hal kita, hal keluarga kita? Dari situ boleh tengok betapa syaitan tu dah berjaya menguasai minda & jiwa dia, memenuhkan hati nuraninya dengan sikap dengki dan hasutan. Masih wujud lagi rupanya manusia yang teruk macam ni kan. What a shame.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...