Entri MANUSIA vs DUIT
Bekerja sebagai orang yang meluluskan tuntutan kewangan memang membuatkan kita sentiasa berhadapan dengan berbagai-bagai jenis perangai manusia. Tapi objektif mereka tetap satu iaitu DUIT. Ada 6 jenis perangai manusia yang terhasil akibat kuasa duit.
1. 'High Temperature' Sebab Duit.
Ada yang jenis suka marah-marah kalau tuntutan dia lambat dapat atau ada yang terpaksa dipotong & di reject, kebiasaannya sebab dokumen tak lengkap, tuntutan lewat hantar atau terdapat unsur2 penipuan. (cuba nak dapat duit lebih tapi kantoi...ceh!)
Kalau dia marah, dalam kepala dia hanya tahu...dia MESTI dapatkan duit tu walau dengan apa cara sekalipun termasuklah memarahi orang yang menguruskan tuntutan. Katanya, itu HAK dia. Dia berhak tuntut! Dia berhak dapat! Tapi dia lupa..KITA BERHAK POTONG, KITA BERHAK REJECT sekiranya didapati HAK yang dia cuba dapatkan itu, dicemari dengan kecuaian diri sendiri.
Orang macam ni memang cepat kena sakit jantung & darah tinggi. Percayalah.
2. Depan senyap, belakang RATA MENGATA.
Owh, orang macam ni pon ramai juga. Depan kita, senyum je bila tengok apa yang dituntut tak sama dengan apa yang dia dapat. Bila berdepan dengan kita, ayat yang akan keluar.
"Alah, saya tak kisah pon berapa saya dapat. Apelah nak kisahkan...Rezeki tuhan tu bukan ada hari ni je, ye tak?"
Tapi bila kat belakang, heboh dia cerita dengan orang kata kita macam-macam....
"Dia tu kedekut! Sukahati je nak potong hak kita! Strict sangat! Banyak complaint!"
3. Hutang dia, dia lupa. Hutang kita, dia ingat.
Cuba dia berhutang dengan kita RM 1. Pastu cuba kita mintak dia bayar. Teka ape jawapan dia.
"Ah! Kau ni....dengan aku, RM 1 pon kau nak berkira la. Kira halal je la."
Tapi....cuba kita berhutang dengan dia RM 1 dan kita terlupa/taknak bayar/kita mtk halalkan.Guess ape ayat dia yang akan keluar?
"Kau lupa ke kau ada hutang RM1 dengan aku? APE?! Halalkan? Banyak cantik muka kau? RM1 tu duit jugak tau walaupun nilainye kecik!"
4. Bersungut Bila Tak Dapat, Senyap Bila Dah Dapat.
Kalau apa yang dia mintak tak dapat, mulut dia PENUH SUNGUTAN. Dikatanya kita ni:
- Leceh
- Tak bertolak ansur
- Berkira
- Terlampau strict
- Dengki
- Tak pandai buat kerja
Tapi, kalau apa yang dia tuntut tu kita bagi, terus dia hilang & senyap. Sepatah ayat TERIMA KASIH pon takde. Cantik betul adabnye.
5. Ramah Bila Mintak Tolong, Bila Dah Dapat Terus Sombong
Yang ni pon selalu jumpe. Kalau nak mintak tolong, lagi-lagi pasal duit, TETIBA je dia akan muncul bertanya khabar & sebagainya. Padahal sebelum tu dekat 5 taun tak bertegur sapa walaupun kita lalu sebelah dia. Tapi bila kita dah tolong & dia dapat apa yang dia nak...maka dia pon berlalu pergi. Macam tu je. Kadang-kadang tanpa cakap TERIMA KASIH pon. Cakap thanks je cukuplah...bukan kita kebulur mtk belanja makan pon. Bahasa tu kan jiwa bangsa.
6. Sentiasa Redha.
Tak kira la dia dapat separuh ke, suku ke...atau TAK DAPAT LANGSUNG...dia tetap redha. Katanya,
"Owh, memang salah aku la. Dokumen tak lengkap/aku hantar claim lewat. Takpelah, mungkin bukan rezeki aku."
Orang macam ni memang jarang-jarang ada. Kalau ada 10 orang mungkin hanya seorang je yang berperangai macam ni.
Sebenarnya banyak lagi jenis-jenis manusia bila berhadapan dengan duit. Tapi itu antara 6 perangai yang aku boleh rumuskan. So, harap-harap kalian tak tergolong dalam 5 perangai terawal tu. Letih nak berhadapan dengan orang-orang macam ni. Jangan cepat buta hati & buta mata sebab duit. Duit tak boleh bawak masuk kubur.
No comments:
Post a Comment