TOS! TOS! TOS!
Tolong Orang Selalu.
Itu ikrar Tunas Puteri yang selalu aku hafal masa zaman sekolah rendah dulu. Memang dalam hidup ni kita digalakkan tolong orang dalam apa jua keadaan sekalipun.
Kalau belajar Pendidikan Islam- kita digalakkan untuk selalu tolong orang. Tak kira bangsa & agama.
Kalau belajar Bahasa Melayu- kebanyakkan cerita teladan yang ada dalam buku teks pon banyak menceritakan tentang kebaikan menolong orang.
Tapi, kena tengok jugak pertolongan jenis apa yang kita nak bagi kat orang. Kalau pertolongan yang membantu kawan tu tapi dalam masa yang sama menjahanamkan orang lain, baik tak payah tolong kalau macam tu. Sama jugak kaedah macam korang tolong selamatkan nyawa orang, tapi kamu bunuh orang lain yang tak bersalah. So, kamu tetap dianggap pembunuh walaupon kamu sebenarnya dah selamatkan orang.
Biasanya, manusia ni akan nampak jahat nan satu lebih dari kebaikan kamu yang seribu itu.
Aku membebel ke? Lebih kurang la kot. Sebab lately aku tengok banyak sangat DRAMA yang berlaku di sekeliling aku. Kadang-kadang confused nak tengok drama yang mana satu. Pastu kalau drama tu tak melibatkan aku, takpe jugak. Ini dengan aku-aku sekali diheret masuk. Pastu bila dia dah tersepit, terkitai-kitai... aku pulak dituduh bersalah. Eh, rasa macam nak bersilat je bila dengar.
Bla-bla-bla....Sape yang terasa, sila take note. Sila berubah. Sila jangan tikam kawan dari belakang. Sila jangan jadi kawan makan kawan. Sekalipon korang tak pernah jumpe face to face dengan kawan tu. Sila ikhlaskan niat kamu berkawan. Tak kira melalui cara apa pun kamu kenal dia. Tak rugi pun kalau kamu be nice to every person yang kamu kenal. Dan lebih keji lagi hidup kamu, kalau kamu jadi seorang BATU API...yang hangus. Kenapa hangus? Sebab api tu makan diri kamu balik. Aduh...sadis sangat kehidupan kamu tu.
No comments:
Post a Comment