Jarang LELAKI nampak jelas dengan perkara ni. Kalau mereka nampak pon, mereka buat-buat tak nampak. Sebab, mungkin mereka fikirkan ia sbg 1 perkara yang remeh:
Imej & Personaliti
GF: Awak, tudung/cekak yang saya pakai hari ni cantik tak?
BF: Saya rasa macam serabutla. Cuba awak pakai mcm style budak perempuan hujung sana tu. (sambil tuding jari)
GF: Ermm...betul ke tak cantik, wak?
BF: Betul wak...saya tak tipu. Serabut style mcmni. Tak sesuai dengan awak.
Mungkin korang kata, biarlah bersikap jujur dalam berkata-kata. Yes. Kejujuran memang penting dalam sesebuah hubungan. Tapi, dalam hal mcm ni, lelaki kena faham. Wanita sangat sensitif dengan perkara yang melibatkan imej & personaliti. Mereka bukan berhati keras seperti kamu. Walau macamana kasar pon seseorang wanita tu, dia tetap akan sensitif dengan perkara ni. Sebab ia memang menjadi 1 lumrah. Menjadi wanita tercantik di hadapan mata orang yang disayanginya adalah perkara yang terpenting yang perlu berlaku dalam kisah percintaan seorang perempuan.
Maka sebaiknya, berilah dia kata-kata yang memberangsangkan. Yang membuatkan dia tidak merasa sedih & merendah diri. Tak salah pon kalau kamu ckp, "Sayang, awak pakai apa pun cantik. Jangan risau." walaupun ketika tu, ada sorang awek, lagi cun penampilannya yang lalu sebelah kamu.
Kamu tahu 1 perkara tak, kalau dia bertanya mcm tu, maknanya...dia pakai sesuatu pakaian/ aksesori tu supaya ia menarik perhatian kamu & seterusnya mengharapkan kamu mengatakan dia cantik apabila memakainya. So, dapat tak bayangkan betapa remuknya hati dia, bila kamu memberi jawapan yang sebaliknya?
Biar aku ingatkan bahawa, tak semestinya awek cun, yang lalu sebelah kamu tadi, hatinya sebaik hati kekasih kamu. Setiap manusia yang tuhan jadikan, ada kekurangan & kelebihan. Mungkin kekasih kamu tidak cantik, tapi hatinya lebih cantik,baik & terpuji dari awek yang cun, yang lalu sebelah kamu tadi. Walhal, dulu kamu mula2 jatuh cinta padanya pun sebab dia seorang yang baik hati kan? Pandai ambil hati kamu. Pandai hormati kamu & keluarga kamu. Sopan budi bahasanya.
Dulu masa kamu solo pun, kamu pernah terniat dalam hati, kalau aku ada awek nanti BIAR TAK CANTIK RUPA JANJI ADA BUDI BAHASA, TAHU JAGA TINGKAH & LAKU. Takde niat macam tu? Heh, jangan tipulah. Semua manusia pasang niat yang baik2 dengan harapan supaya Tuhan kabulkan permintaannya.
Tapi, kalau kamu lebih mengejar kecantikan rupa lebih dari kebaikan hati, so tinggalkanlah kekasih kamu tu dan pergilah kejar awek cun tadi. Kalau dia betul2 lebih baik dari kekasih kamu tu, maka untunglah badan Tapi kalau orang yang kamu kejar tu sebenarnya 'Luar Kondo, Dalam Setinggan'...PADANLAH MUKA!
kita find out lagi isi untuk tajuk ni pada next entry. Tunggu.
No comments:
Post a Comment