Friday, September 2, 2011

Selamat Beraya Di Rumah-Rumah Mertua! (^_^)

Cerita pasal raya?

Owh, belum lagi. Sebab gambar-gambar raya masih belum complete & tak di collect sepenuhnya lagi dari lensa-lensa camera yang canggih itu. (kecuali camera saya yang hanya PANASONIC LUMIX 10 megapixel bukan NIKON DSLR yang heboh diperkatakan & digunapakai oleh orang zaman sekarang) LOL.

Sedang duduk menikmati saki baki terakhir cuti raya ni, teringatkan kawan-kawan yang telah mendirikan rumah tangga pada tahun lepas atau 2 tahun lepas. Majoriti tahun ni mereka beraya di rumah mentua masing-masing. Hoho! Apekah agaknya kalian rasa di pagi Syawal? Mesti sedeykan teringat mak ayah, adik beradik, saudara mara di kampung asal? Mungkin suasana tidak sama dengan apa yag kita alami sebelum kawen dulu. Haduii...takot nak gelakkan orang sebab diri ini sedar bahawa jika jodoh itu panjang, 1 hari nanti aku bakal merasa moment yang sama dengan kalian. Huhu!

Rakan-rakan yang saya sayangi....kalian kini telah dimiliki. Telah memiliki 2x ibu bapa, 2x adik beradik & 2x saudara mara. Tahun ni plak sambut raya sekali dengan merdeka. So, segala-galanya menjadi DOUBLE! Harapnya raya kalian tahun ini menjadi lebih meriah dari biasa. (^_^)



ini sahabat saya dunia akhirat...best buddy ever.Puan Umi Kalsom. Married to Encik Heiry.
Buddy, u leave me alone!! Huwaaa....



ini juga sahabat saye...Puan Hazwani. Married to Encik Izham.
Babe, sape sangka 'orang Kedah' ni berjaya juge menambat hati kamoo!



juge yang ini...Puan Nadia. Married to Encik Mirzan.
Nad, bile dah jadi bakal ibu ni dah kena kurangkan waktu hang out ngan kami org bujang ni. hehe!




ini dormmate saya...Puan Masfizah. Married to Encik Zamir.
Mas, dah jadi mummy dah sikalang.




buddy bilik selama 4 tahun. Sama2 bercinta & sama2 kuciwa. haha! Puan Rose Ellina. Married to Encik Syamsul. 
Zel, akhirnya ko kawen dulu dari aku. =p




ini kawan se 'company'(^_^) Puan Farah Shafinaz. Married to Encik Man.
Farah, your wedding dress is sooo gorgeous! I loiikee!





juga my ex-dormmates....Puan Asyikin. Married to Encik Uzair.
Dieki, dulu zmn skola u mmg nampak otai. Tapi bila da kawen...ayu sungguh! 


Actually ramai lagi yang kawan-kawan yang dah bertemu jodoh. Tapi tak simpan plak gambar-gambar wedding kamu. Jangan kecik ati ye. But whatever pon, happy to see kamoo semua bahagia bersama keluarga baru & ikatan kekeluargaan yang semakin besar. Kadang-kadang macam tak percaya korang semua dah kawen tau. Tapi apakan daya, time flies. Everyone is growing up. Selepas zaman kanak-kanak, akan datang pula zaman remaja & kemudian dewasa. Begitulah seterusnya.

Wish u all happily ever after! (jangan lupa agar doakan jodoh aku sampai pulaks ye lepas ni! hehe!) Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin!

p/s: aku ni asek buat entry pasal orang kawen jer....entry aku kawen entah bilenye akan kuar kan....huhu!

1 comment:

Unknown said...

buddy....tak bgtau pon hang masukkan pic kawen ktrog dalam blog...nk nages baca tau...tq buddy...luv luv luv luv u...waaa can retis plak kami jdnyer...lalala..tp jgn upload pic selepas kawen yer...nk kne edit jd cm b4 ni penat....hahahah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...