Next issue on entry yang bertajuk "Remeh Bagi Lelaki & Sensitif Bagi Perempuan"
Nak tau ape lagi yang sering di REMEH kan oleh lelaki & menjadi SENSITIF bagi seorang perempuan?
GF: Kenapa kawan-kawan perempuan kat office awak panggil awak SYG tadi?
BF: Biase lah tu. diorang memang suka bergurau. Takde ape-apelah. Jangan risau.
GF: Tapi takkan depan saya pon diorang still nak panggil awak SYG?
BF: Alah, awak ni....bende macam tu pon awak nak ambil pusing. Lagipon diorang tu dah macam adik beradik saye jer. Kat mulut je cakap sayang. Bukan sampai kat hati pon...cuba jangan fikir bukan-bukan. Sebab tu lah awak selalu tak percaya kat saya.
Orang cakap, dari mata turun ke hati. Sebelum turun ke hati, mesti dia lalu ikut mulut dulu kan? Haa....orang tua-tua pon selalu cakap, kata-kata itu satu doa. Hari ni sayang-sayang di mulut. Esok lusa, sayang-sayang di hati pule. Tulat & seterusnya akan jadi melayang-layang....
Perempuan ni hatinya halus. Sehalus pasir pantai. Mungkin lebih halus dari tu kot. So, bende-bende macam ni sudah pasti diambil pusing oleh golongan perempuan/wanita. Seperti mana dia marahkan lelaki lain yang takde ape-ape hubungan dengannya, yang sesuka hati jer panggil dia sayang/baby/darling/cinta atau sebagainya. Seperti itu jugalah dia tak suka orang lain menggunakan perkataan special itu kepada orang yang disayanginya.
Mungkin ada lelaki yang cakap entry aku ni merepek. Tapi korang akan tengok sejauh mana ke'merepek'an aku ni akan menjadi kenyataan, bila korang still dengan tegasnya nak habit 'sayang-menyayang', darling baby, pakwe makwe, daddy mummy di office tu berjalan seperti biasa & di ketika itu kekasih korang mula berubah hati terhadap korang. Sedangkan masa tu korang still sayang bangat sama dia. Lagi korang akan sakit hati bila dia juga mula ber'kasih sayang' dengan orang lain. Hahaha....masa tu janganlah salahkan sesiapa. Jangan salahkan aku kerana taip entry ni, jangan ketuk kepala orang lain, ketuklah kepala sendiri.
Bagi aku, yang jugak perempuan biasa ni....perkataan2 istimewa macam tu hanya boleh dipanggil pada orang yang benar-benar layak sahaja. Di office, di luar atau di mana-mana saja, walau sebaik manapon aku dengan kawan-kawan...bahasa & perkataan kena jaga. Bukanlah nak kata tak boleh sebut langsung perkataan macam tu dengan kawan-kawan. Boleh...Meh aku bagi contoh macamana perkataan2 istimewa tu boleh digunapakai dalam pertuturan korang dengan kawan-kawan.
# Contoh 1
" Kau ni, itu pon nak suruh aku ke intan payung oi...."
# Contoh 2
" Besok kalau kau datang awal, tolong aku punch card eh, sayang? Boleh kan?kan?kan? "
# Contoh 3
" Weh, Darling...mau ikut kami keluar minom ka? Kalau tak mau sila jaga pejabat. Haha! "
Haaa....ayat-ayat kat atas tu betul nampak macam bergurau. Memang jelas korang takde niat serong. Kalau aku jadik awek korang pon, aku takkan jeles. Sebab dalam ayat tu, masih ada unur-unsur kasar, ada unsur-unsur yang menunjukkan bahawa korang ni hanya bergurau ajer dengan wanita-wanita di pejabat korang. Tapi kalau ayat macam ni yang sering korang gunakan di office....
# Contoh 1
" Sayaaaangg....boleh tolong i siapkan report ni tak?"
# Contoh 2
" Darling...nak kuar makan tak? Lapar nanti. Stoplah kejap kerja tu."
# Contoh 3
" Mummy, esok daddy tak masuk office. Nak kena pergi site lah. Mummy tolong informkan kat boss yek untuk daddy?"
Kalau ayat macam ni lah yang selalu digunapakai di office, jawabnye, elok-elok officemate ladies korang 'tak rasa apa-apa'....lambat laun dorang akan rasa 'ada apa-apa' jugak. Tak percaya tengoklah. Kalau korang takde niat ape-ape pon tapi perempuan beb....awal-awal tadi aku dah cakap, hati mereka ni halus. Mereka ni dilahirkan sebagai manusia yang cepat concern, cepat sensitif & cepat sayangkan orang. Dan akhirnya akan menyebabkan perkataan FLIRTING itu muncul dalam kamus hidup korang. So? Boleh fikir secara waras tak demi perhubungan korang?
Sayangilah orang yang menyayangi kita. Janganlah kita sebok nak sayang orang lain sedangkan sayang kita pada awek sendiri pon, tak habis dicurahkan sepenuhnya lagi.
1 perkara aku nak korang tau bahawa wanita/perempuan dikurniakan 1 keistimewaan iaitu apabila dia terlalu menyayangi seseorang lelaki, dia akan mempunyai deria keenam! Kalau korang sedang melakukan sesuatu perkara yang tak patut bagi hubungan korang, lambat laun dorang musti akan dapat merasakannya. Tak percaya? Testlah =)
Nak FLIRTING jugak? Up to you dude...but make sure u're SMART ENOUGH =p Kalau takat pandai suam-suam kuku....lupakanlah niat tu. Hehehe.....
No comments:
Post a Comment