Friday, September 9, 2011

Jangan Salahkan Sesiapa...

Jangan menyalahkan sesiapa.

Mungkin kekecewaan kita hari ini, adalah kerana dosa kita yang lepas. Terimalah dengan redha & jadikan ia sebagai pelajaran baru, biar pun pelajaran itu adalah untuk kali yang ke 100. Tuhan akan sentiasa menguji tahap kesabaran & kekuatan kita. Kalau kita jatuh tersungkur awal tanpa bangun semula, sedangkan takdir mengatakan bahawa kita akan hidup lama, maka sia-sialah usia yang telah diberi tuhan.

Mohon agar Tuhan kurniakan sekuat2 keimanan, seteguh2 kekuatan & seluas-luas kesabaran. Supaya diri dapat menempuh segala dugaan yang mendatang. Mohon supaya tuhan menghalang syaitan dari terus merasuki diri. Mempengaruhi insan yang lemah untuk berbuat sesuatu di luar dugaan. Sekalipun dugaan itu sangat pahit, tapi yakinlah Dia telah menyelamatkan kamu dan sedarilah bahawa ada orang merasa dugaan yang lebih perit dari apa yang kamu rasa.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...