Sejak proses pemutihan berlaku secara besar-besaran, aku tengok warga asing semakin bermaharajalela di Malaysia ni.
Tadi masa aku isi minyak di salah satu petrol station yang ada kat KL ni, terjadilah satu insiden. Macam biasa kalau siapa perasan, majoriti cashier yang ada di petrol station di negara kita ni dimonopoli oleh warga asing. Mungkin warga asing lebih dipercayai dalam hal menjaga keluar masuk duit kot, berbanding orang Malaysia sendiri.
Aku masuk ke dalam kedai di petrol station tu, untuk draw duit & kemudian bayar duit minyak yang aku nak isi nanti. Tapi sebelum aku bayar, ada sorang pakcik ni (orang Malaysia) datang lebih awal dari aku ke arah cashier tu. Aku pasti dia seorang penunggang motorsikal kerana ketika itu dia masih memakai helmet di kepalanya.
Pakcik tu hulur not RM 100 pada Bangla tu sambil berkata," nak isi RM 3." Bangla tu tetiba buat muka. Namun tangan dia still menerima not RM 100 tu. Sambil tangan dia sibuk mengambil duit baki sebanyak RM97 lagi di dalam mesin wang tu, mulut dia membebel...
" Isi 3 ringgit saja, tapi duit besarrr juga bagi." kata dia dengan pelat Banglanye. Aku tengok pakcik tu diam je & muka dia seperti tak dengar apa-apa. Mungkin sebab dia pakai helmet, so dia tak dengar sungutan Bangla tu. Aku terus lagi memerhati.
Setelah cukup RM97 di tangan, Bangla tu pon hulur pada pakcik tadi sambil berkata dengan lancar & lancangnye....
" Ini duit kecil kasi simpan. Esok datang isi lagi, jangan bayarrr pakai duit besar. Kasi susah saja sama worang."
Telinga aku tak berapa nak sedap dengar kata-kata Bangla tu. Amboii...beradapnye bahasa Bangla ni? Aku tengok pakcik tadi berlalu pergi macam tu je tanpa sepatah kata. Ada 3 perkara je yang aku fikir tentang pakcik ni. Pertama, dia memang tak dengar apa-apa sebab pakai helmet tu. Mungkin jugak dalam helmet tu, dia sumbat MP3 dan menyebabkan dia langsung tak dengar apa-apa. Kedua, dia malas nak amik pusing dengan sungutan Bangla tu. Ketiga, dia memang manusia yang tak suka bertindak walau orang kutuk & bahasakan dia & dia memang sentiasa bermuka innocent.
Bukanlah nak wujudkan diskriminasi. Tapi, bagi aku...Bangla tu patut rasa sedar diri bahawa dia sedang berada di negara orang. Dia adalah orang yang menumpang tuah di negara lain. Sepatutnya jagalah budi bahasa. Tatatertib. Adab sopan. Lagi-lagi tengah bekerja, layan customer. Sukahati pakcik tu la kan, dia nak bagi not berapa sekalipun, nak isi minyak sikit ke, banyak ke...itu dia punya suka lah kan...janji dia bayar. Bukan dia rompak atau buat salah apa-apa pun. Mungkin dia ada sebab bagi duit besar. Saja nak tukar duit ke, atau dia memang takde duit singgit-singgit.
Kalau takde duit baki yang mencukupi sekalipon, Bangla tu boleh cakap baik-baik ape...ini aku tengok, duit baki bukan main banyak dalam mesin tu. Macamlah RM 97 tu akan habiskan semua duit kecik yang dia ada. Tak respect orang Malaysia langsung.
Boleh ke aku cakap ayat " Tak Sedar Dek Untung" pada orang macam Si Bangla tu? Nasib baik kena kat pakcik tu, kalau kena kat aku...mau jugak Bangla tu kena sound kaw-kaw tadi.
Pasni kalau Bangla tu naik pangkat jadi supervisor, mesti dia main jerit je kot, kat orang Malaysia yang dia tak puas hati. Amboii...hebat hang no...datang negara orang,besar kepala pulak tu. Haii....apelah nak jadi....
No comments:
Post a Comment