Sunday, September 25, 2011

Addicted Buah Plum (^_^)





Color menarik. d(^_^)b
Bentuk comel. d(^_^)b
Rasa sedap. d(^_^)b
Khasiatnye pon terlampaulah banyak. d(^_^)b

Aku sekarang macam addicted makan buah plum ni. Memang dulu zmn belajar ada makan. Tu pon orang bagi. Nak beli sendiri tu kem salam lah. Aku ni kurang sket makan buah. Starting aku mula gila makan buah plum ni bila...semalam aku stop kat kedai buah kat BTS tu, beli buah tangan sebab nak gi melawat orang sakit kat Bangsar Pantai Medical Centre.

Tengah pilih-pilih buah, terpandanglah buah plum ni dek kerana color dia yang merah menyala. Aku kan minat color merah. Huhu! So, bila tanya harga, katanya 10 biji RM6. Disebabkan gaji baru masuk...so, aku pon capai bakul & pilih. Pastu, makan sebijik, lepas tu makan lagi sebijik & sebijik lagi sehinggalah aku addicted dgn buah ni. Tadi lalu BTS lagi, beli untuk 2nd round punye. Hehe!

Ape khasiatnye? Jom kita reveal apa yang kita bley dapat dari sebijik buah plum:

-> mengandungi ferulid acid yang memiliki senyawa antikanser. Membantu menurunkan risiko kanser usus.

-> mengandung hydroxycinnamate, antioksidan yang dapat mencegah oksidasi LDL

-> melindungi tubuh dari serangan jantung dan menurunkan kadar kolesterol.

-> mengandungi borron, sejenis mineral yang membantu tubuh menyerap kalsium. Mengurangi risiko ostheoporosis

-> mengandungi diphenylisation yang bertindak sebagai julap. Bahan ini bukan sahaja mencuci perut, malahan juga mengatasi masalah sembelit.

-> penawar bagi mengubati penyakit gastritis

-> mengandungi khasiat antibakteria, melegakan demam, melancarkan pembuangan air besar dan mengatasi masalah kecacingan

-> sumber terbaik vitamin A, kalsium, magnesium, besi, kalium dan serat. Plum juga bebas sodium (garam) dan kolesterol

 (diperolehi dari sumber-sumber yang boleh dipercayai)




So, korang apelagi? Tak nak try ke? Sodap nihh!! hehe.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...