Saturday, September 17, 2011

Kamu Mintak, Tuhan Bagi...

Kita lupa...
Bila kita berhajatkan sesuatu
Kita mintak pada Tuhan
Sebolehnya kita berjanji
Agar Tuhan kurniakan permintaan

Tapi bila Tuhan dah kurniakan permintaan
Kita buang dengan sia-sia
Hanya kerana kita telah nampak yang lebih baik
Dan kita rasa, apa yang kita mintak dulu
Apa yang Tuhan dah kabulkan itu
Tidak diperlukan lagi.

Suatu hari, Tuhan tarik semula kurniaan itu
Masa tu baru kamu sedar
Kamu telah sia-siakan apa yang telah Dia berikan
Masa tu jangan menyesal
Sebab apa yang jadi milik kamu itu
Akan menjadi milik orang lain.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...