Ia merupakan sebuah kelahiran yang dinanti.
Bagi abang & kakak ipar aku yang telah bersabar menunggu selama 2 tahun.
Akhirnya si comel ini lahir dengan cukup sifat,
penuh berkat & syafaat.
Anak buah aku yang ke 7 ni diberi nama....
AIMY NUR ZAHRA BT MOHD RIZAL
yang bermaksud
"Keberkatan Cahaya Bunga"
Jom2! Kita scroll tengok cemane rupe Rizal's Jnr.
*****
****
***
**
*
Hidung macam ayahnye (acuan Hjh Saminah-our grandma's) hehe...
New Baby Born & New Mummy (^_^)
Kulit seperti ikut rupa ibunye. Cerah.
Kalau senyum macam ibunya yg sentiasa tenang tu. =)
Kalau cemik atau muka serious tu, saling tak tumpah macam ayahnye. Hoho!
Puteri sulung abang aku ni dilahirkan lebih kurang jam 1 tengahari pada 21 September 2011.
Sehari selepas birthday Busunye, 20 Sept dan
9 hari selepas birthday cousin dia, Ain Nur Ayiesha.
So, lepas ni Aimy bolehla celebrate besday sama dgn Busu Azreen & Kakak Ain okey! (^_^)
Terharu tengok Aimy disusukan buat kali pertama.
Dia budak yang pandai & cepat belajar
bila Auntie Ashu tengok Aimy pandai sedut susu dari picagari tu
secara sendiri & tanpa perlu diajar
Sampai nurse tu pulak terpaksa tarik picagari tu takut kamu tersedak.
Hehe! You're amazing dear.... (^_^)
Sekali tengok macam tak percaya je abang aku tu dah ada anak. hehe!
Satu-satunya abang yang :-
=> masa aku kecik, suka bangat SAKAT aku & adik.
=> telah mencampakkan PUTING KOPEK kesayangan aku jauh ke luar rumah sampai aku meraung.
=> jadi SPY & BODYGUARD masa aku skola menengah dan selalu pesan pada aku,
"kalau abang nampak kau outing sampai Seremban, abang heret kau balik." (^_*)
=> mula amik alih TANGGUNGJAWAB ayah tanggung sekolah kami since umur dia 18 tahun
=> jadi penasihat TEGAR kami
=> jadi BANKER di kala kami 'poket sempit'.
=> bila kami susah & taknak resahkan hati mama ayah, maka dialah yang kami CARI.
=> PEMERHATI dari jauh yg free of charge! huhu!
=> USTAZ keluarga kami
=> menjadi ROLE MODEL kami adik beradik.
Kepada abang & kak umi, CONGRATES for this new born baby. Auntie Ashu doakan Aimy akan jadi anak yang solehah, mendengar kata, anak yang comel, pandai & keletah serta cantik macam Auntie Ashu okehh! (haha! Perasan lah kau jahhh...!)
Kehadiran kamu akan menambahkan seri & 'kekecohan' di rumah tok ayah & mama wan
Tak lupa juga kehadiran kamu akan menambahkan lagi peminat kandang lembu tok ayah kamu.
6 orang cousin kamu sentiasa setia mengunjungi kandang setiap kali balik kpg
demi mendapat peluang tengok tok ayah bagi lembu-lembunya makan. Hehe!
p/s: 'Shikiwang' adalah nama timangan auntie ashu utk Aimy. (^_^) Mak bapak dia sile jangan marah. Huhu!
No comments:
Post a Comment