Aku tak pasti ini entry kahwin member kali ke berapa.
Tapi apa yang pasti, member aku kahwin lagi.
(ayat mcm ayahku kahwin lagi je kan. Haha!)
Kali ni seminggu selepas Azreen (member ATMA) kahwin,
kini giliran sahabat baik di zaman sekolah menengah (TJ's Science School)
Zaman Gila-Gila Remaja orang kata...haha! Phuuiii...
Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan
Puan Noor Syuhada Yakup @ Tora bersama pasangannya Encik Ashraf
seorang anggota Bomba & Penyelamat
(Huhu...sorry Torr, aku nak mention jugak kegagahan suami kau)
Majlis berlangsung dengan meriahnya di Felda Lui Selatan
Walaupun agak jauh, tapi kami gagahkan jua Kenari Cik Zuhaili @ Kapeng
untuk sampai ke teratak kamu, Puan Syuhada. =p
Memang di sepanjang jalan, bermacam-macam dugaan terpaksa kami tempuh
Antaranya kami mengalami 'kesesatan' jalan
Akibat dari map kami yang dicuri Cik Aimi @ Ayem
Sehingga kami terpaksa berhenti tanya pakcik yang jual jajan tepi jalan.
Selain itu, tayar Kapeng hampir meletup akibat dia tak reti nak elak lubang
(sakit pinggang aku ngan Kunin yang duduk kat belakang)
dan setelah hampir berputus asa, kami tiba jua di rumah kau Torr...
yang tersergam indah di atas bukit.
Adventure btol perjalanan kami. Haha!
Tapi best sebab sepanjang jalan kami asek tergelak ajer
sambil mulut tak habis-habis berkata,
"Thankkssss Toraaa...."
tapi demi nak tengok sahabat kami di hari bahagianya
kami gagahkan jua.
Bukan senangkan? Sekali seumur hidup.
Hahaha! Jom-jom kita tengok gambar yang dah bersusah payah aku amek.
Akhirnya berjaya amik gambar atas pelamin bersama pengantin
Puan Syuhada a.k.a Tora looks HOT dengan baju pengantinnya. Uuuu!!!
Pelamin sangat canteekkk! Aku suka colour purple tu.
Ni lah dia muka bahagia si 'perantin' perempuannye. Tak terkata aku tengok bahagianye...hehe
Cupcake yang shommellll....
"Everybody looks to left! Everbody looks to the right!"-Price Tag
Cik Rozilawati @ Kunin & Cik Azilah @ Ala
Cik Zuhaili @ Kapeng & Cik Zahira @ Yulan
Sebenarnya diorang cuba membaling beras. Konon nampak cam gimikla.
Tapi dalam gambar ni, tak nampak sebutir beras pon yang 'melambung'
Haha! Sorry, camera aku bukan DSLR okeeyyy!
Dulu empat sahabat baik yang bujang. Kini tinggal bertiga.
Aku tak brape paham motif gambar yang Kapeng cuba amik. Sorry Peng... =p
Sorang cikgu, sorang engineer, sorang tentera. Sape sangka? =)
Tiba giliran Cik Akmar @ Bun & Cik Amalina @ Malin beraksi
Belasahla gaya ape pun Bun...Malin....hehe
Tiba masanya untuk kami pulang.
Namun sebelum semuanya berpecah
Kapeng sempat mengedarkan kad jemputan perkahwinannya
yang akan berlangsung pada 26 November 2011
So, tunggu pasni akan ader lagilah entry kahwin dalam blog aku ni. Hehe!
Kepada Puan Syuhada @ Tora & suami
Semoga kalian hidup bahagia hingga ke anak cucu!
Untuk sahabat-sahabat STJ, memang satu moment yang menyeronokkan
Apabila bertemu kembali dengan kalian semua.
Bayangkan setelah 8 tahun meninggalkan bangku sekolah
Kita semua jumpa balik dengan masing-masing telah mempunyai
kerjaya dan kehidupan yang bahagia.
Macam biasa seperti di entry-entry kahwin member yang lepas,
pesanan aku cuma satu
doakanlah aku juga cepat-cepat naik pelamin
supaya blog aku tidak akan hanya ada entry 'Member Kahwin'
Tetapi akan ada juga entry 'Tuan Punya Blog Kahwin'
Hahaha! Just Kidding.... =p
p/s: Di perjalanan balik, kami tak sesat. Tapi terpaksa mengikut perlahan di belakang sebuah lori yang terlebih muatan dan ia menyebabkan kami tak senang duduk di sepanjang jalan. Nak potong, takut. Risau kayu balak tu tertimpa atas kami. What an experience....Haha!
4 comments:
hak3,..tergelak2 aku sorg2 bace...
mmg sronok giler jumpe korang,.;) ;)
haha tau xpe...best gile. bile lagilah nak gathering ngan korang kan...
nanti wed kapeng, korangdtg tau.. dtg la wal.. bleh tumpang mekap skali..
haha! nak tumpang make up ngan mak andam kapeng ke? hehe...melampau gitu. =p
Post a Comment